Para Penyiasat Saya

29 July 2012

Dosa Semalam.

Dosa semalam aku intai
Dan titis-titis air mata menunggu untuk keluar
Melepaskan kekesalan...

Gelapnya Ya Allah,
Terbiar aku di situ
Dunia aku gelap taktala itu
Mencari cahaya; tidak
Diberi cahaya; menolak...

Ampunkan aku Ya Allah.
Ganasnya angin kau pukul jasadku
Pukulah aku libas keluar segala dosaku !

Dan airmata deraslah kau keluar
Cuci segala kekotoranku
Aku butuh kesucian
Aku butuh keampuanan
Agar bersih di mataMu, Tuhan..

12 July 2012

Jumpa Cinta

Assalamualaikum dan Bismillah...

Entah kenapa rajin pula nak menjenguk blog yang dah bersawang ni. Dengan line enternet yang ala-ala siput bab* ni.. Gigihkan juga lah nak mengadu kat blog sendiri.

Bertunang?

Sebelum bertunang ada apa ye?

Merisik?

Merisik tu akan adanya perbincangan antara dua buah keluarga pasangan yang ingin mendirikan masjid.

Sekarang ni kat kampus ceritanya tak habis-habis tanya betul ke aku nak bertunang..?
Ya Allah... Sumpah aku sendiri pun tak tahu aku nak bertunang ke tidak.. 
hmm..??

Ceritanya, aku tak sedia lagi. itu ceritanya. OK?

Aku tahu kau dah jumpa pengganti aku AS.... Her name is Dara Mulia. :') entah, tapi rasa terkilan sangat sebab orang yang kau pilih sekarang bukan seperti apa yang kau nak dulu. Kau sendiri tahu orang yang macam mana kau nak.. Tapi akhirnya kau pilih orang yang macam tu.

AS, kau dah banyak berubah since kita putus.. Pendirian kau berubah ! Kau dah lupa apa yang kau nak.. Ramai yang kata kau akan mainkan DM.. entah. Kau sahaja yang tahu niat kau bersama DM sekarang. Aku doakan kau bahagia..

Biarkan aku tetap menyayangi kau dari jauh, merindui kau dalam senyap.. 

Ramai yang suruh aku move on. Aku sedang move on la ni.. tapi dengan membawa sekali nama kau.. Aku rasa bahagia sangat bila ada ketika aku teringatkan tentang kau dan aku rasa sedih. Kemuncak rasa bahagia itu bila aku akhirnya menangis bila terlalu rindu dengan kau AS.. Ya Allah, bahagianya aku mencintai orang yang aku sayang dalam senyap, tanpa orang itu tahu...

Aku jumpa cinta aku iaitu kau. :')




Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari