Para Penyiasat Saya

02 May 2012

Luahan lagi..

Guess what? aku tengah dengar lagu kat blog dia time buat entry kali ni. :') jam menunjukkan tepat 4.20 pagi... 
Jari-jemari pantas menekan huruf demi huruf, ayat demi ayat. Mencari bahan2 yang boleh buat aku rasa gembira, hilangkan rasa sedih dan cuba untuk menghilangkan rasa ingin tahu tentang dia. :(

ye, aku rindu. 

:] tersengih sekejap. 

hahaha. kenapa?

Hey, aku terpandang jari manis kanan aku sendiri. 

Cincin Kita :')

Sekejap. Aku nak betulkan cincin ni...

:') okay, now dah nampak nama dia.

Adamku, afif shairazi, aku rindu dia.. Setiap saat.. :'(

15 April 2012. Itulah tarikh segalanya yang terindah makin jauh dari kehidupan aku.

Pelangi Hati,
Aku tahu kau tidak rasa apa yang aku rasakan sekarang..
Rindu yang tak terucap..
Dan air mata yang tidak pernah berhenti mengalir bila terkenangkan saat2 indah bersama.. :')
Kau pun pasti tidak seperti aku yang sekarang tak lalu untuk menjamah nasi.
Aku seorang sahaja yang rasa.. kan?

Tak apa lah, aku pasti bila kau teringat susah senang kita bersama dahulu, kau akan tahu bahawa aku pernah wujud..

Hari ni, BlackBerry aku tu, aku biarkan mati.. Aku tak sanggup nak baca tweet2 dia di twitter. Dia mungkin tak merasa sakit bila dia tweet benda2 macam tu.. tapi bagi aku, setiap tweet dia yang aku baca, aku akan telan perlahan-lahan dan akhirnya, racun itu sampai ke hati.

Jadi, aku biarkan sahaja BB itu mati... sampai sekarang.

Dan aku sebenarnya tak sanggup untuk baca balik apa yang dia bbm aku tempoh hari. Seolah-olah aku ni perempuan murahan.. Ya Allah... Sampai macam tu sekali kau fikir,adam.. :'I 

Aku telan lagi,adam..

Sebab aku tahu, dan kenal kau.. kau tak bermaksud macam tu ketika kau tengah marah,kan? 

Hari ni, aku banyak cerita benda2 yang indah tentang kita pada Ain.. Ain dengar dan tersenyum.. Dia kata kau dan aku sangat sweet.. :')

Alu teringat-ingat bila kita sama-sama cari masjid dan surau untuk selesaikan tanggungjawab masing-masing. Aku teringat bila kita sama-sama main buaian lepas solat Mahgrib sementara tunggu waktu solat isya'... Aku teringat taman tu.. Aku teringat Planetarium.. Aku teringat aku lap peluh2 di dahi kau.. 

Ya Allah.. :'I

'Afif'... nama terukir di cincin ni.. Setiap masa aku tengok.. Dan kemudian pasti aku akan sedih. :(
Dan kemudian, aku akan tengok lama2 nama kau. Apa ayat yang keluar?

"Kita pasti bersama kembali, dia akan kembali sekali lagi".. :')

Mungkin kau tak sedar atau kau sememangnya sedar.. Kau dah buang aku.. :') dan bukan itu yang aku tangiskan.. Apa yang aku tangiskan ialah bila teringat kau bersusah -payah untuk dapatkan aku dahulu.. dan akhirnya sekali lagi kau bersusah-payah untuk buat aku lepaskan kau...

Kembali pada aku, Afif Shairazi.. :'(

Doaku kepada Allah tak pernah putus-putus...

Aku tunggu...


Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari