Para Penyiasat Saya

20 February 2012

Dunia Bagai Taman Permainan.

Assalamualaikum,

Maaf. Dah lama aku tak berblogging. Di sekitar aku mungkin tahu mengapa aku diam di blog. :')

Cinta itu anugerah dari Allah. Cinta itu Universal. Tetapi cinta yang ingin aku ceritakan kali ini ialah cinta di antara Adam dan Hawa. :')

Cinta itu anugerah dari Allah. Cinta yang datang dari Allah itu sudah tentulah suci. Tapi mengapa cinta itu juga yang akan bawa manusia ke kancah dosa. Dunia penuh dengan nafsu. Nafsu yang mengusung manusia itu sendiri ke neraka jahanam. Dan nafsu itu punyanya juga dari cinta. 

Apa ini semua. mengelirukan.

Kalau benar cinta itu membahagiakan, mengapa masih ada yang derita kerananya? Yang rela menempah neraka dengan sanggup membunuh diri sendiri kerana cinta. Itu tanda bahagia.

Jika benar Hawa itu jadinya dari tulang rusuk Adam.. Kenapa sukar itu mereka dipertemukan. Bagaimana ingin tahu itulah tulang rusuk kaum Adam? 

Kenapa dunia begitu sukar?

Kenapa tidak dipermudahkan sahaja?

Kenapa begitu rumit?

Kenapa sehingga ada manusia seperti alat permainan di dunia?

Kenapa mesti seperti itu?

Kenapa tidak dunia ini wujud untuk satu perjalanan panjang yang adil dan saksama?

Kenapa ada yang lebih ada yang kurang?

Dulu, aku pernah kata.. aku akan terima orang yang sayang aku lebih dari aku sayang dia. Sebab kalau aku sayang orang lebih dari dia sayang aku, semua itu akan musnah. :')
Hari ini terbukti, semua itu tak ada beza. 

Sebab itu aku tertanya-tanya. Kenapa perlu aku dapat rasa cinta tapi akhirnya tetap sama. Dosa, di sepanjang percintaan? Itu juga aku keliru. Dosa. Dan tuhan sangat murka dengan dosa-dosa seperti itu. 

Jadi mengapa perlu diletakkan rasa cinta di antara dua manusia yang tidak ditakdirkan bersama di syurga nanti?

Mengapa tidak sahaja diletakkan rasa cinta apabila dua insan yang ditakdirkan benar-benar akan bersama di syurga?

Mengapa beri peluang untuk manusia membuat dosa??

Persoalan yang tiada jawapan.

Dan itulah Dunia.

BAGAI TAMAN PERMAINAN.




No comments:

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari