Para Penyiasat Saya

03 February 2012

Apa-apa Pun Boleh Jadi

Assalamualaikum..

Tergerak hati nak buat post baru malam ni. em? malam? 2.26 pagi.. =__=' malam ke? urgh... lupakan.
Harini macam-macam berlaku. Dan paling menyedihkan bila classmate, groupmate, levelmate aku kemalangan petang tadi. Motor. 

Ya Allah, sembuhkanlah Miza dan Nunu.. :'( 

Hmm. Esok lepas kelas Journ, aku akan terus pulang ke JOHO.. woohooo!! Nak amik BB aku dan datang hebohkan majlis tunang Uji.. wooo~~~ Dah nak ada laki dah kawan aku sorang ni.. :) Aku bila lagi?? haha.

Kadang-kadang kita tak tahu apa akan jadi pada kita. Dan apa hikmah disebaliknya. Jujur aku masih sedih dan kecewa. Mungkin sebab itu, belum terbukanya hati untuk betul-betul terima Afif.

Afif Shairazi bin Khalid

Dia baik, dan mampu memimpin aku. :') Tuhan sahaja tahu perjalanan kita berdua. Aku tak mampu mengharap dan memberi harapan lagi. Setiap kali harapan itu tercipta, jika ia musnah, tiada siapa mampu meneka peritnya. Kalau dia memang Adam untuk aku, aku redha, aku bersyukur.. Jika dia bukan Adam untuk aku, Ya Allah.. kau jauhkanlah hati kami sebagaimana kau pernah lakukan dahulu.
Kepada insan yang mengecewakan aku tempoh hari, aku maafkan kau. Mungkin aku yang tidak faham isi hati kau, situasi kau. Aku doakan aku cepat-cepat dapat lupakan kau dan terima kenyataan ini. Aku maafkan kau dan aku tak pernah menyesal kita dipertemukan. Sekurang-kurangnya, kau pernah menjadi sebab untuk aku terus kuatkan semangat ketika aku dalam kesusahan. Terima kasih. Dan terima kasih juga kerana pernah kau cuba bahagiakan aku. Aku doakan kau jumpa dan dapat apa yang kau kejarkan dalam hidup kau. Aku lepaskan kau sepenuhnya, dan dengan rela.. 

Dan manusia, termasuklah aku, mudah lupa. Apa yang ada di depan mata disiakan. Bila hilang dari pandangan, tercari-cari. Sahabat, aku cuba dalami diri kau. Mungkin memang bukan saatnya. Atau mungkin memang bukan untuk kita. Mulai saat dan detik ini, aku akan jaga kau seperti aku jaga adik beradik aku sendiri. Aku sayang kau dan aku akan sentiasa ada untuk kau. Bila-bila masa. Dan macam yang aku cakap, apa pun terjadi, tak ada siapa boleh renggangkan hubungan kita. :)

Apa-apa pun boleh jadi. KITA HANYA MERANCANG, TUHAN TENTUKAN.



No comments:

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari