Para Penyiasat Saya

24 February 2012

Afif Shairazi.

Assalamualaikum..

Dia baik. Dia sempurna untuk menyempurnakan aku. Namun dia lebih tahu akan apa keputusannya.

Samada suka atau tidak. Rela atau terpaksa. Mahu atau tidak. Keputusan di tangan dia. 

Apa yang aku terkilankan. Mengapa datang dengan penuh harapan dan keikhlasan jika akhirnya akan berakhir dengan rasa benci di hati.

Aku benci dia??

Oh tidak benar. Tapi mungkin dia sudah tanam rasa benci itu terhadap aku.

Terkilan lagi kerana sudah aku paksa membuka pintu hati. Tapi kenapa akhirnya masuk untuk seketika lalu ditinggalkan tanpa menutupnya kembali sebaiknya?

Seperti yang aku kata, dia sahaja yang tahu akan apa tindakan yang dia lakukan.

Tiada yang sebaik dia. Bersyukur walaupun terkilan.

Ini yang dia mahukan.

Sedikit pun tiada benci.

Cuma yang pasti terasa sangat terkilan. :')

Mungkin ini memang takdir aku yang tak pernah berubah.

Sampai bila??

Hmm.. Sampai Adam yang betul diciptakan untuk aku datang dan membawa aku dengan cara halal. Insyallah.. :)

Ini yang Afif Shairazi mahukan. Walaupun sesungguhnya hati ini tidak pernah merelakan. 

Aku sudah sedaya upaya untuk memulihkan keadaan. Tapi nampaknya dia tidak lagi ada rasa untuk berbaik semula.

Ini yang Afif Shairazi mahukan.

Maaf, aku terpaksa buang semua tentang kau. Semua. :"(

Sebab ini yang Afifi Shairazi mahukan.

Semoga dia dapat teman hidup sebaik heliza, secomel najwa dan secantik neelofa. :')

Thanks for everything.

Untuk kenangan sejak dari tempat permulaan bertemu sehingga sekarang.. Thanks..

Selamat tinggal Afif Shairazi,
Selamat tinggal Debab,
Selamat tinggal Wafiey,
Selamat tinggal Tope'ah..

20 February 2012

Dunia Bagai Taman Permainan.

Assalamualaikum,

Maaf. Dah lama aku tak berblogging. Di sekitar aku mungkin tahu mengapa aku diam di blog. :')

Cinta itu anugerah dari Allah. Cinta itu Universal. Tetapi cinta yang ingin aku ceritakan kali ini ialah cinta di antara Adam dan Hawa. :')

Cinta itu anugerah dari Allah. Cinta yang datang dari Allah itu sudah tentulah suci. Tapi mengapa cinta itu juga yang akan bawa manusia ke kancah dosa. Dunia penuh dengan nafsu. Nafsu yang mengusung manusia itu sendiri ke neraka jahanam. Dan nafsu itu punyanya juga dari cinta. 

Apa ini semua. mengelirukan.

Kalau benar cinta itu membahagiakan, mengapa masih ada yang derita kerananya? Yang rela menempah neraka dengan sanggup membunuh diri sendiri kerana cinta. Itu tanda bahagia.

Jika benar Hawa itu jadinya dari tulang rusuk Adam.. Kenapa sukar itu mereka dipertemukan. Bagaimana ingin tahu itulah tulang rusuk kaum Adam? 

Kenapa dunia begitu sukar?

Kenapa tidak dipermudahkan sahaja?

Kenapa begitu rumit?

Kenapa sehingga ada manusia seperti alat permainan di dunia?

Kenapa mesti seperti itu?

Kenapa tidak dunia ini wujud untuk satu perjalanan panjang yang adil dan saksama?

Kenapa ada yang lebih ada yang kurang?

Dulu, aku pernah kata.. aku akan terima orang yang sayang aku lebih dari aku sayang dia. Sebab kalau aku sayang orang lebih dari dia sayang aku, semua itu akan musnah. :')
Hari ini terbukti, semua itu tak ada beza. 

Sebab itu aku tertanya-tanya. Kenapa perlu aku dapat rasa cinta tapi akhirnya tetap sama. Dosa, di sepanjang percintaan? Itu juga aku keliru. Dosa. Dan tuhan sangat murka dengan dosa-dosa seperti itu. 

Jadi mengapa perlu diletakkan rasa cinta di antara dua manusia yang tidak ditakdirkan bersama di syurga nanti?

Mengapa tidak sahaja diletakkan rasa cinta apabila dua insan yang ditakdirkan benar-benar akan bersama di syurga?

Mengapa beri peluang untuk manusia membuat dosa??

Persoalan yang tiada jawapan.

Dan itulah Dunia.

BAGAI TAMAN PERMAINAN.




03 February 2012

Apa-apa Pun Boleh Jadi

Assalamualaikum..

Tergerak hati nak buat post baru malam ni. em? malam? 2.26 pagi.. =__=' malam ke? urgh... lupakan.
Harini macam-macam berlaku. Dan paling menyedihkan bila classmate, groupmate, levelmate aku kemalangan petang tadi. Motor. 

Ya Allah, sembuhkanlah Miza dan Nunu.. :'( 

Hmm. Esok lepas kelas Journ, aku akan terus pulang ke JOHO.. woohooo!! Nak amik BB aku dan datang hebohkan majlis tunang Uji.. wooo~~~ Dah nak ada laki dah kawan aku sorang ni.. :) Aku bila lagi?? haha.

Kadang-kadang kita tak tahu apa akan jadi pada kita. Dan apa hikmah disebaliknya. Jujur aku masih sedih dan kecewa. Mungkin sebab itu, belum terbukanya hati untuk betul-betul terima Afif.

Afif Shairazi bin Khalid

Dia baik, dan mampu memimpin aku. :') Tuhan sahaja tahu perjalanan kita berdua. Aku tak mampu mengharap dan memberi harapan lagi. Setiap kali harapan itu tercipta, jika ia musnah, tiada siapa mampu meneka peritnya. Kalau dia memang Adam untuk aku, aku redha, aku bersyukur.. Jika dia bukan Adam untuk aku, Ya Allah.. kau jauhkanlah hati kami sebagaimana kau pernah lakukan dahulu.
Kepada insan yang mengecewakan aku tempoh hari, aku maafkan kau. Mungkin aku yang tidak faham isi hati kau, situasi kau. Aku doakan aku cepat-cepat dapat lupakan kau dan terima kenyataan ini. Aku maafkan kau dan aku tak pernah menyesal kita dipertemukan. Sekurang-kurangnya, kau pernah menjadi sebab untuk aku terus kuatkan semangat ketika aku dalam kesusahan. Terima kasih. Dan terima kasih juga kerana pernah kau cuba bahagiakan aku. Aku doakan kau jumpa dan dapat apa yang kau kejarkan dalam hidup kau. Aku lepaskan kau sepenuhnya, dan dengan rela.. 

Dan manusia, termasuklah aku, mudah lupa. Apa yang ada di depan mata disiakan. Bila hilang dari pandangan, tercari-cari. Sahabat, aku cuba dalami diri kau. Mungkin memang bukan saatnya. Atau mungkin memang bukan untuk kita. Mulai saat dan detik ini, aku akan jaga kau seperti aku jaga adik beradik aku sendiri. Aku sayang kau dan aku akan sentiasa ada untuk kau. Bila-bila masa. Dan macam yang aku cakap, apa pun terjadi, tak ada siapa boleh renggangkan hubungan kita. :)

Apa-apa pun boleh jadi. KITA HANYA MERANCANG, TUHAN TENTUKAN.



Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari