Para Penyiasat Saya

20 January 2012

Boomm!! dan meletup. bussssssssssssshh..

Dan ianya seperti bom nuklear.





Kau hancurkan hatiku hancurkan lagi kau hancurkan hatiku tuk melihatmu kau terangi jiwaku kau hancurkan lagi kau hancurkan hatiku tuk melihatmu...

Tapi kalau kau rasa, kau memang, kau dah ada niat buat aku macam ni, aku mohon, kau pergi jauh-jauh dari aku.

Aku tak kisah apa kau nak buat. Aku cuma tak faham, kenapa kau datang balik, dan kau baik2 balik dengan aku, sedangkan kau dah ada orang lain. 

Sedangkan kau tahu aku sampai bila pun tak akan sanggup tengok kau dengan siapa-siapa pun. Even kau mintak maaf macam mana pun, aku lebih rela kau tak minta maaf dari kau tunjuk perangai sebenar kau sekarang.

Hari ni hari jumaat,kan? Allah tu memang nak tunjukkan aku siapa sebenarnya kau. Ya Allah, aku betul-betul sayang kau dan aku ingat kau ikhlas. 

Dalam aku sedang jaga perasaan aku pada kau, aku sanggup ketepikan orang lain, orang yang sanggup buat apa je untuk aku, aku tolak mentah-mentah sebab kau, sebab perasaan aku pada kau. Hari ni, Tuhan tunjuk aku perkara sebenar.

Serious, aku tak sangka kau buat aku macam ni. :') Kau manusia jenis ape la. 

Sayang, aku sayang sebab aku cukup jaga perasaan aku pada kau. Tapi sampai bila,kan? Kau terus buat aku macam ni. Kau baik dengan aku tapi sebenarnya kau buat aku macam ni. 

Mungkinlah kot aku yang beriya nakkan kau. Aku yang beriya sangat tunggu kau. Dan akhirnya kau mainkan aku macam tu je.

Dah tiba masa aku fikirkan perasaan orang lain. Mungkin kalau aku tak sayang orang yang bakal aku terima tu macam mana aku sayang kau. Tapi itu lebih baik kalau orang tu betul-betul ikhlas dengan aku. Insyallah, perasaan sayang tu semua milik Allah. Tidak ada yang mustahil.

Aku bersyukur, Tuhan betul-betul berikan aku petunjuk hari ni.

Mulai saat dan detik ini, jangan cari aku lagi. 

Thanks for everything. Aku sayang kau.












13 January 2012

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. Test Eco tadi semua aku dapat selesaikan. Takda yang rongak-rongak. Tadi dah pergi klinik. Doktor check urine test segala. Sebab perut aku yang sebelah kanan sakit gila bila nak gerak or terhentak. Last-last, result keluar dan aku ada infection kat pundi kencing and kidney aku. Haaaaaaaa... :O

Tapi tak apa lah. ubat semua doktor dah bagi free. Harap-harap cepat sihat. Sbab aku dah tak tahan sangat sakit bila terhentak time naik  moto dengan Nad :'(

Lepas tu, aku tak dapat pergi kelas Photo malam tadi sebab sakit. Aku makan dekat laksamana tadi pun sup ayam dan nasi putih je. Air mineral je. Sumpah dah macam makanan kat hospital. ......

Esok pagi-pagi aku akan ke Shah Alam untuk interview dengan Alaf 21.. :D

Time dekat Laksamana tu, aku ternampak shira dengan samad. Dari jauh.. Aku tersenyum sorang-sorang. Tengok mereka gurau-gurau.. Aku teringat Dia..

Tiga Bulan Sembilan Hari.... u left me.

I MISS YOU. =,0


10 January 2012

New Chapter.

Assalamualaikum, ^o^

Well technically, this is the first entry for this month on 2012.. :D So, Weeeeeeeeee~~!!
Hari ke-10 untuk 2012..
So.. Apa yang dah jadi?

Awal-awal tahun yang tak menggembirakan langsung sebab tiba-tiba tak dapat menyabut New Year di melaka seperti yang dirancang. Sumpah sedih. Lebih-lebih lagi bila malam New Year, Mummy di wad dan operation. Aku sambut New Year dengan cara yang sangat berbeza tahun ini. Rasa bersyukur sebab walaupun Mummy tak ada malam itu dan kami sekeluarga seperti dalam kesedihan, tetapi aku dapat menunaikan solat Isyak yang sangat tenteram. Bila aku dapat solat dalam masa tahun yang berbeza. :D Aku solat pada tahun 2011 dan selesai pada 2012. Rasa lain sangat. Sedangkan orang lain sedang seronok tengok bunga api, aku bersyukur sebab dapat peluang untuk selesaikan solat terakhir 2011 dan solat terawal 2012.

Apa pun, alhamdulillah.. Mummy dah sihat sekarang. :) Terima kasih yang mendoakan Mummy. 

Kemudian, hari demi hari, ada sahaja perkara yang berlaku. Yang gembira, yang sedih. 5 January 2012, alhamdulillah, selesai tugasan aku untuk buat surprise untuk birthday Mok. 









hahaha! Puas bila dapat kenakan Mok.Walaupun kek tak semahal mana sebab dapat cari dekat Masjid Tanah je., hahaha. Dan tak ramai yang datang, tapi meriah sangat! ^_^ AKU SAYANG KAU,KAWAN!

Itu takdir..

Azam aku tahun ini, 

Cipta banyak lagi kenangan baru, perbaiki diri, kukuhkan lagi pegangan agama dalam diri aku.

Tentang kisah cinta pula... hahaha. Motif la kan nak buat ayat macam tu. xD
Okay2.. Kalau tentang itu, aku tak ada apa-apa plan lagi. Yang lama masih berbekas. :')

Alhamdulillah.. Aku hargai insan2 yang cuba menyayangi aku. Aku pun berdoa agar ada petunjuk. Cinta tu kan milik Allah. Jadi, dari Dia lah kita memohon. :)

Apa-apa pun..,,









Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari