Para Penyiasat Saya

05 December 2011

2 Bulan ber'Ombak Rindu'..

Assalamualaikum,,

Bila baca tajuk mesti ingat aku nak buat review tentang filem Ombak Rindu kan?


Ombak Rindu??

Aku dah tengok dah. Dengan Mok. Tapi aku sedih.. :( aku sedih sebab aku tak nangis langsung !
=.= Sumpah serik tengok cerita jiwang dangan Mok.
Aku tak tahulah samada cerita tu yang memang tak sedih or memang konsentrasi aku diganggu oleh budak Mok itu. Haiiihh...

Lupakan Filem Ombak Rindu itu.
Aku yang sebenarnya sedang berombak rindu..
Harini  5 Disember,kan? :( Aku tak suka tarikh ni.. Maka genaplah 2 bulan aku tanpa dia. ada saja yang tak kena tadi. Mood aku pun lain macam je. Baru aku tahu.. Aku rindu dia.. Tapi aku sedar dia tak. Kan awak, kan?
Bila lah aku boleh delete kau dari ingatan aku ni?
Bila laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Ahad lepas, aku tak selesaikan apa yang aku patut selesaikan.. Entah, aku dah ada banyaaaaaaaaaaak sangat peluang. Tapi bila aku tengok muka dia, tengok lama2... Aku tak nak hilang dia. Sumpah aku tak nak ! Aku tahu kalau aku terus terang, kemungkinan besar aku akan hilang dia. Okay, seriously, aku tak nak benda tu terjadi.

So, aku buat keputusan untuk biarkan je. Atau lebih tepat, aku serahkan pada tuhan.

Aku kenal dah perangai dia. Aku tahu apa dia fikir. Sebab itu aku rasa, tak perlu lah aku cerita dan terus terang pada dia. Sebab itu sekarang ni, aku nak sibukkan diri.

Sibuk-sibukkan diri ! hahaha. Aku dapat jadi MT Sukan dan Kebudayaan. Dan aku dapat join Committee Photo Gallery. Dan aku daftar nama untuk Nasyid Kolej. Omaigod ! haha.. Nasyid!!! Lantak lah.. Aku betul2 nak busy ni. xD

Bila baca blog sorang kawan aku ni.. Aku sedih gila. Tapi aku pun gembira la sebab mereka dah 7 bulan. Kalau tak, aku pun dah celebrate 7 bulan aku. Tapi entah lah. Tak boleh ke semua kembali seperti dulu? :') Tak mungkin kan? Kan awak? 

Ombak Rindu..
Kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku..
Bawa air mataku yang mengalir membasuh lukaku..




1 comment:

afdhalfikri said...

haha....udah2 la tu nak berombak rindu....tu tande rindu kat sape tu?? hoho

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari