Para Penyiasat Saya

07 November 2011

Meeooww !! ^0^

Assalamualaikum,,


Okay, boleh menjerit sekarang.. AHAHA!
Ye aku tawu.. comel,kan? hehe..

Ni kucing aku.. Mimo..
Nama panjang dia Mimo Mi'Amor.. (Mok nama ni dah macam tajuk slot Tenelovela kat TV3.haha)
Jantan, kuat makan, kuat tidor, dan sombong ! (sumpah, Mimo sangat sombong =,=)

After lunch tadi, aku main2 sekejap dengan Mimo.. berlari sana dan sini dan akhirnya dia stop sebab pening.. =_=' mungkin. hahaha.
Aku selalu kenakan si Mimo ni. Rasa best ! haha! ^_^ Errr.. tapi tidak lah sampai potong kaki dan siat2 bulu Mimo tu.. haha..
Lepas tu, mummy mesti bising dan akan mention ayat ni.. 

'Akak..Tak baik tau.. Kucing binatang kesayangan nabi tau !..'

Heeee... Tiba-tiba nak cerita apa yang hebat sangat kat kucing ni.. (Mimo kau patut berbangga aku cerita tentang kau kat dalam blog aku.hahaha.)

- Kucing TIDAK BOLEH merasa menggunakan lidah?

Dikatakan, kucing menggunakan deria bau untuk merasa makanan. Maksudnya, sebelum dia makan, dia akan ambil bau dulu. Then baru dia akan pilih samada nak makan atau tidak.

- Kenapa kucing LIBAS2 EKOR?

Dikatakan, kucing akan melibaskan ekornya ke kiri dan ke kanan apabila dia marah dan dalam keadaan tidak selesa. So, janganlah anggap kucing tu nak manja2 bila dia dah start libas2. ^0^

- Boleh TURUNKAN tekanan darah?

Dikatakan, apabila mengusap-usap atau membelai-belai kucing, tekanan darah yang tinggi dapat diturunkan. Wow! (Mimo,hang memang cool..!)

- Kucing suka manusia berjantina PEREMPUAN?

Hehehe.. apa boleh buat.. Dikatakan, kucing lebih memberi respon atau tindak balas kepada suara perempuan. (haha.yang ni aku gelak2 je bila baca)

- Kenapa dengan KENCING kucing?

Dikatakan, kencing kucing ni.........Will GLOW in the Dark.

=__________________= err.... Krik Krik Krik.


- Kenapa dengan kucing yang MATA BIRU?


Dikatakan lagi, kucing yang mempunyai mata berwarna biru ni kucing yang PEKAK..!! What??!
emmm.. Oh okay.. Pheww~~ Mimo aku tak pekak. Lega~~~ hahaha.
But mereka yang pekak ni ada keistimewaan lain yang boleh buat mereka dengar..
Huh?? Boleh percaya ke fakta ni? =,=

- Kenapa kucing suka GESEL2 pada badan manusia sebab GEDIK?

Jawapannya, kucing tak gedik. Depa tu manja. Tak macam manusia, hati keras, kepala batu ! hahahaha ! xD
okay, aku lupa aku manusia. =__='
Dikatakan, apabila kucing menggeselkan badannya ke kaki atau anggota tubuh badan manusia, ia sebenarnya sedang menanda manusia itu dengan bau. Maksudnya dia calitkan bau2..so senanglah dia nak cam tu tuan dia... ^0^ 

Alolooo... comelnye Mimo.... !! Banyak lagi fakta-fakta menarik tentang kucing. Anda boleh berjumpa dengan Pakcik Google untuk maklumat yang lebih lanjut.. Hee.. ^_^



1 comment:

Fathin || Bamir said...

alololo....comel sangat kucing tu!!!
grrrww!

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari