Para Penyiasat Saya

28 November 2011

Lepaskan Kamu.

Assalamualaikum..

Please yang baca ni jangan terus fikir yang bukan2.

Kau takkan dapat faham apa yang aku rasa. Kau lelaki,kan... Apa sangat yang kau kisah. Tapi aku lain..Setiap tindak tanduk kau ke atas aku, aku akan fikir dan aku cuba fahamkan apa yang kau nak sampaikan.

Hari ni kau bertindak melulu. Mungkin kau tak sedar perbuatan kau. Tapi aku sedar. Mungkin kau tak kisah. Tapi tidak bagi aku. Mungkin kau rasa itu perkara biasa. Tapi benarkah itu biasa bagi kau?

Aku tak kata aku sebaik-baik wanita di atas muka bumi ini. Aku masih dalam memperbaiki diri sendiri. tapi aku pun bukan perempuan murah yang kau boleh buat sebegitu. Mungkin kau dah biasa buat begitu pada perempuan lain. Tapi bukan aku. Aku yang kau anggap kawan.

Kau bertindak sebegitu tanpa sebarang penjelasan. Siapa aku dan siapa kau sampai kau sesuka hatinya buat aku macam tu.

Aku mimpi kau pergi. Mungkinkah itu tandanya persahabatan kita juga akan putus dan pergi selepas ini? Aku tak pasti. Tapi aku benar-benar inginkan penjelasan. Mungkin aku berdiam tadi, tapi tak bermakna aku tak kisah apa yang kau buat pada aku.

Aku harap ada masa sesuai untuk kita bincang tentang hal ni.

Atau tidak... aku akan biarkan dan aku lepaskan kau, persahabatan dan cerita kita.. Sebelum aku terlebih sayang pada orang yang tak sepatutnya iaitu kau. 


2 comments:

shafina hanom said...

aawwwhh...what happen babe...be strong k??u're tough gurl ryte..this what i alwys say to myself...smile ..:)

noor nabilla fattin said...

bw strong sis , u deserve better :)

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari