Para Penyiasat Saya

24 November 2011

Dan Bila...

Assalamualaikum..

ALHAMDULILLAH... :)

Aku baru je siapkan proposal untuk COM266 tadi dengan Nunu, Miza and Ain. Fuhh!! tak sampai 4 jam. Tinggal print dan submit next wext. even proposal tu kena submit 20hari lagi. hahaha. But Miss Linda tu garang nak 'mam' boleh tak? =_=' Daripada dengar dia membebel, baik siapkan cepat. Aku sangat fobia bila lect garang macam Miss Linda tu. Huhh!

Sambil-sambil makan maggi kari dan hirup coffee Nur Shifa' ni, meh aku cerita apa berlaku semalam.

Ya, tentang bola Team Harimau Muda lawan Syria.. Kalah 2-0. Tapi aku tetap tak rasa nak salahkan team kita. Mereka baru je lawan Indonesia, lepas tu nak lawan lagi dengan Syria. Hanya dengan latihan selama 2 jam je. Lagipun, team kita hilang taring sebab fadli shas pun tak dapat turun padang sebab demam, dan kalau tengok dari segi fizikal pun, awal2 lagi team Syria dah ada kelebihan. Aku tengok, badan Fares dari Syria dengan pemain kita jauh beza kot. =_=' aku pun seram. hahaha.

So, walau apapun, Harimau Malaya tetap di hati selamanya. Aauuuummm!!! ^0^ Kita tunggu pula game Harimau Muda dengan Bahrain ahad ni okay. ^_^

Aku tengok bola kat Leksy semalam. Dengan mok dah semestinya. Ada la 2-3 orang yang fikir kami ni 'something2'.. Ahaha.. Motiflaa.. Kami tengok bola je kot..

Semalam aku sedar satu benda. Manusia ni makhluk Allah yang tak pernah kenal erti bersyukur. Ya,termasuk aku. Dan aku kesal sebab aku ada sikap yang macam tu. Selalu aku sebut 'Alhamdulillah'. Aku sedar. Tapi aku tak sedar bila aku hanya ucap bila aku dapat apa yang aku nak. Bila apa yang aku dapat benda yang aku tak dapat, tak pula aku nak ucap. Mungkin aku selalu sebut 'Alhamdulillah'.. Aku sedar. Tapi aku tak sedar yang aku pun selalu merungut.

Bila Mok cerita sesuatu kat aku semalam, aku terkedu. sumpah aku speechless. Aku tak tahu nak respond apa. Yang aku dapat fikir, aku rasa diri aku ni teruk sangat sebab selalu merungut. Sedangkan aku patut bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku cuma nampak kekurangan dan kelemahan diri aku dan kelebihan orang lain. Sedangkan sebenarnya, kekurangan itulah yang patut aku banggakan sebab mungkin orang lain sebenarnya mahukan kekurangan yang ada pada aku.

Semalam bila dengar cerita Mok, aku rasa lain sangat. Tak tahu maca mana nak cerita kat sini. Hmmm.. ha'a.. tak tahu macam mana nak explain. Urghh!! Biarkan jelah!HUHU..

Okay,maggi kari ni kenapa makin lama makin tak sedap?! Ish!! tengok! Tak habis lagi... >.< okbai.



*You know what? I miss you. :'( even everything looks like nothing happen.
Really miss you. And I'm sure you know that this person is you.. 



No comments:

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari