Para Penyiasat Saya

29 November 2011

To tell, to answer, to ask.. ^,^

Assalamualaikum..

After balik dari jogging dengan member tadi, someone mention nama aku kat twitter. Dia tag aku pada satu entry dia.. Orang itu ialah Senah Glamour . ^0^ Kebetulan aku tengah free ni, biar aku jawab kehendak si cantik manis ni. Siap ada RULES lagi tau. bacabacabacaBACA!


RULES!!
1.You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. and create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged Him/Her.
6. NO tag back!
7. No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY,TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.

*okay untuk rules no.2 : 11 Things About Myself 




1- Aku suka orang panggil aku 'sayang'. Tapi takda pun yang nak panggil aku 'sayang' =_='
2- Aku wajib nyanyi bila dalam bilik mandi. Tak kisah bilik mandi rumah siapa pun.
3- Jangan panggil aku 'kakak' kalau kau nak aku beli barang2 kat kedai kau.
4- Tak suka lipas ! Tak suka serangga ! Malanglah nasib mereka kalau menggedik lalu depan mata aku.
5- Perkara gila aku buat bila bertukar dari seorang penari kepada ahli taekwondo.
6- Aku akan buat 'nananannananannaa~~~' bila aku tak ingat lirik lagu yang aku nyanyi. huhuhu.
7- Aku kuat sentap. Jangan panggil aku 'babi/gila/bodoh/sial...dan sebagainya'. Jangan tanya kenapa aku senyap lepastu.
8- Aku suka buat muka. Best ! 
9- Sangat suka tengok jejaka tampan. Dan aku akan sebut 'Indahnya ciptaan tuhan...' :P
10- Aku yang kurus ni, lebih tertarik pada lelaki yang berisi dan tembam. HAHAHA.
11- Kuat berangan, Kaki wayang, Kaki shopping, Kaki makan, Kaki pukul, Kaki meronggeng, dan Kaki online. xD


*Then aku kena jawab : 11 Soalan daripada SENAH GLAMOUR

1.Umur berapa tahun,bulan and hari? Haa KIRA-KIRA :p 
-umur dah cecah 19 tahun 3 bulan 19 hari.. haa..berapa jam saat detik x nak tanya ke? haha.

2.Takut kena ENJIT tak ? Jarum ?
-Huuu.. tak takut arr.. Berdebar je. Lepastu mula lah terkumat-kamit baca doa. x_x

3.Berapa JAM depan laptop , berapa JAM depan BUKU?
-hahaha. Ermmm.. susah nak jawab. Mostly depan laptop. Buku? Owh.. Takpa..Saya selalu baca mukaBUKU.

4.Pernah exsiden berapa kali ?
-Pernah. Cukuplah sekali.. hahaha.

5.Nazmi Faiz ke Greyson Chance ?
- Greyson Chance pegi mati. Hahaha! Dah tentulah Nazmi xP Auuuummmm!!!

6.Blogger sejak tahun bila and bulan berapa ?
-Rasanya sejak masuk UiTM.. Tahun 2010 bulan 7.. :)

7.Facebook or Twitter ?
-Both ! Haha... Kalau otak tengah betul,Facebook. Kalau tengah nak membebel,mencarut, Twitter saja. hehe.

8.Suka layan drama melayu or korea ?
-Walaupun drama Melayu kadang2 macam 'ntah pape ntah', saya akan pilih drama Melayu berbanding Korea. Drama Korea cerita semua sama. Yang best cuma pelakon tu cun atau hansome je. hihihi..

9.SENAH GLAMOUR COMEL TAK? lalalalalala 
-'Ofcos' lah comel..!! Ya Allah comel nye!!! *psss..!! belanja roti canai kassim ea.haha.

10.Single or Couple?
-Alhamdulillah,, single. huuuuu~~~

11.Pernah mandi dalam parit ?Sambil jerit-2 dekat orang lalu lalang?
- Malangnya... Tak pernah berkesempatan mandi dalam parit.. Mana nak cari parit besar2 sekarang nih!!! hahaha!



*Rules no.3 : Create 11 New Questions

1- Hai awak! Dah gosok gigi belum?
2- Apa nama moyang awak? Ingat tak?
3- Kereta idaman? Ada lesen ke awak tu?
4- Awak pernah jumpa saya? Saya macam mana? hehe.
5- Apa awak nak buat kalau jumpa saya?
6- 5 tahun dari sekarang, awak siapa?
7- Yang mana lebih penting? Sahabat atau kekasih? Kenapa?
8- Makanan paling tak sedap pernah awak rasa?
9- Pasukan bola sepak kegemaran?
10- Minat politik? Kenapa?
11- Apa perkara terakhir awak harap awak dapat buat sebelum meninggalkan dunia selain mengucap?

Ehh..!! belum selesai lagi...!

*Rules no.4 : 11 People to Tag


OKAY. done!


28 November 2011

Lepaskan Kamu.

Assalamualaikum..

Please yang baca ni jangan terus fikir yang bukan2.

Kau takkan dapat faham apa yang aku rasa. Kau lelaki,kan... Apa sangat yang kau kisah. Tapi aku lain..Setiap tindak tanduk kau ke atas aku, aku akan fikir dan aku cuba fahamkan apa yang kau nak sampaikan.

Hari ni kau bertindak melulu. Mungkin kau tak sedar perbuatan kau. Tapi aku sedar. Mungkin kau tak kisah. Tapi tidak bagi aku. Mungkin kau rasa itu perkara biasa. Tapi benarkah itu biasa bagi kau?

Aku tak kata aku sebaik-baik wanita di atas muka bumi ini. Aku masih dalam memperbaiki diri sendiri. tapi aku pun bukan perempuan murah yang kau boleh buat sebegitu. Mungkin kau dah biasa buat begitu pada perempuan lain. Tapi bukan aku. Aku yang kau anggap kawan.

Kau bertindak sebegitu tanpa sebarang penjelasan. Siapa aku dan siapa kau sampai kau sesuka hatinya buat aku macam tu.

Aku mimpi kau pergi. Mungkinkah itu tandanya persahabatan kita juga akan putus dan pergi selepas ini? Aku tak pasti. Tapi aku benar-benar inginkan penjelasan. Mungkin aku berdiam tadi, tapi tak bermakna aku tak kisah apa yang kau buat pada aku.

Aku harap ada masa sesuai untuk kita bincang tentang hal ni.

Atau tidak... aku akan biarkan dan aku lepaskan kau, persahabatan dan cerita kita.. Sebelum aku terlebih sayang pada orang yang tak sepatutnya iaitu kau. 


26 November 2011

Ohh. Jumaat dan Cuti-ku..

Assalamualaikum..

ya..ya.. aku tahu.. it's already 2 am now. =_=' What should i do.... I'm bored.

Bored?
Yah...I'm serious.
Sumpah bosan!
Ahh hello..
Assignment kau berlambak,sayang...
=____='
Jangan ingatkan aku tentang
Assignment boleh tak?
Hew. hew. hew.
Diamlah.

Ahhhh.. Ya Allah.. baru minggu pertama... Banyaknya assignment aku... Bersusun.. :'O 

Uisssh..!!! jangan merungut Aida !

=O= oooOOhh..!!!

ALHAMDULILLAH.

Jumaat.
Ye.aku tahu sekarang dah sabtu. Pergi mam semua itu. =.=

Jumaat.
Kelas Journalism. Miss Linda. Nazar tak minum ais dua hari. 

HAHHHH??!!!

Ye. Tak minum ais DUA HARI. <--- matilah aku.x_x

Ape bangangla aku bernazar macam tu. Ye. Terima kasih kepada Nunu sebab beri idea macam tu. huargh3!! XD

oh ya.Jumaat.
Lepas kelas Journ yang BEST tu, terus cari issues untuk assignment.. *haaa..mukarajinkeluar ^0^ hahaha. Alhamdulillah, aku dah jumpa issues yang aku nak carutkan kat dalam individual assignment tu. hehehe. Lepas tu, petang Mok ajak main tennis kat unit sukan..

Wooohhoooo!!!

Macam tulah aku jerit.hahaha. Kak Jiji? =..= ohh.. Lama2 nanti dia kenal la peranai aku macam mana. mwehehehehe... Lepas tu beriya lah aku siap2 pakai baju sukan.. *jiwakarismatibatibamuncul. haha. Dah separuh jalan aku pergi Unit Sukan. Tiba2 kawan2 dia yang dah sampai kat Uni Sukan tu patah balik.

oh. =,= ni minggu pertama. MINGGU PERTAMA. tak ada orang yang nak bersukan di minggu pertama,Aida. Sumpah muka bengang aku keluar. Haha. Sila tanya Mok apa dah jadi pada tangan dia. Biar berparut la Mok! haha. Padan muka! Lain kali nak ajak bersukan biar confirm Unit Sukan buka. Faham,Mok? hahaha.

Sebab tak dapat bersukan, kami lepak kat tangga depan court bola tampar. Uish..sempoi~~ angin sepoi2 bahasa. Dan bergaduh sebab Fakri Saarani. 

Siapa??? =__='

Babi siapa tak kenal aku sepak kepala dia.

Fakri Saarani pemain bola sepak Harimau Muda. hahaha. Ye. Dia punca aku dengan Mok gaduh tadi. Tak apa lah Fakri,, saya tetap sokong awak dari mana2 arah. heheheheheheh.. *gataigatai.:P

'What ever it is, Fakri tetap berbakti,okay. Korang ada?!'

Ahh.pergi mati semua yang kutuk orang sendiri. Aku pantang Melayu yang me'layu'kan orang sendiri. Macam bangang. *huihuidahpandaimencarut.

Okay2. Tak nak kasar2 bahasa dah.

Sabtu.
Ya Allah...aku dah bayangkan kebosanan yang bakal melanda. Supposedly, aku, auni, nad, ain nak keluar dgn kereta sewa ke bandar Melaka. Nak cari jersey lah! But when it comes 'kereta sewa'....hahaha..

Assalamualaikum,,Usama..
Ha,Aida apa citer?
Usama2,, kereta sewa ada lagi?
Alaaa.. dah penuh la sayang...
=_='

Sabtu.
Haaa...Mok kan ada!! :D *mukapenuhharapan.

SORRY MOK PERGI KENDURI KAHWIN DENGAN KAWAN2 DIA.

So..Sabtu?

Kau buat assignment jela,Aida..
Tapi aku stress..
Aku nak kena shopping dan   
beli jersey..
Tak payah beli jersey sangat la,kan..
Aku nak pakai time 
Malaysia lawan Bahrain kot..
=0=
Kau pakai jersey Man.U..!
Aku benci  kau !

*toleh ke katil Kak Jiji...
Hmmm.. Kak Jiji dah nyenyak tidur. bestnye dia tidur.. Nak join lah! hehehe.. Okay tu jah. Maka kebosanan-lah aku pada hari Jumaat dan sabtu ni.. TANPA minum AIS...


24 November 2011

Dan Bila...

Assalamualaikum..

ALHAMDULILLAH... :)

Aku baru je siapkan proposal untuk COM266 tadi dengan Nunu, Miza and Ain. Fuhh!! tak sampai 4 jam. Tinggal print dan submit next wext. even proposal tu kena submit 20hari lagi. hahaha. But Miss Linda tu garang nak 'mam' boleh tak? =_=' Daripada dengar dia membebel, baik siapkan cepat. Aku sangat fobia bila lect garang macam Miss Linda tu. Huhh!

Sambil-sambil makan maggi kari dan hirup coffee Nur Shifa' ni, meh aku cerita apa berlaku semalam.

Ya, tentang bola Team Harimau Muda lawan Syria.. Kalah 2-0. Tapi aku tetap tak rasa nak salahkan team kita. Mereka baru je lawan Indonesia, lepas tu nak lawan lagi dengan Syria. Hanya dengan latihan selama 2 jam je. Lagipun, team kita hilang taring sebab fadli shas pun tak dapat turun padang sebab demam, dan kalau tengok dari segi fizikal pun, awal2 lagi team Syria dah ada kelebihan. Aku tengok, badan Fares dari Syria dengan pemain kita jauh beza kot. =_=' aku pun seram. hahaha.

So, walau apapun, Harimau Malaya tetap di hati selamanya. Aauuuummm!!! ^0^ Kita tunggu pula game Harimau Muda dengan Bahrain ahad ni okay. ^_^

Aku tengok bola kat Leksy semalam. Dengan mok dah semestinya. Ada la 2-3 orang yang fikir kami ni 'something2'.. Ahaha.. Motiflaa.. Kami tengok bola je kot..

Semalam aku sedar satu benda. Manusia ni makhluk Allah yang tak pernah kenal erti bersyukur. Ya,termasuk aku. Dan aku kesal sebab aku ada sikap yang macam tu. Selalu aku sebut 'Alhamdulillah'. Aku sedar. Tapi aku tak sedar bila aku hanya ucap bila aku dapat apa yang aku nak. Bila apa yang aku dapat benda yang aku tak dapat, tak pula aku nak ucap. Mungkin aku selalu sebut 'Alhamdulillah'.. Aku sedar. Tapi aku tak sedar yang aku pun selalu merungut.

Bila Mok cerita sesuatu kat aku semalam, aku terkedu. sumpah aku speechless. Aku tak tahu nak respond apa. Yang aku dapat fikir, aku rasa diri aku ni teruk sangat sebab selalu merungut. Sedangkan aku patut bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku cuma nampak kekurangan dan kelemahan diri aku dan kelebihan orang lain. Sedangkan sebenarnya, kekurangan itulah yang patut aku banggakan sebab mungkin orang lain sebenarnya mahukan kekurangan yang ada pada aku.

Semalam bila dengar cerita Mok, aku rasa lain sangat. Tak tahu maca mana nak cerita kat sini. Hmmm.. ha'a.. tak tahu macam mana nak explain. Urghh!! Biarkan jelah!HUHU..

Okay,maggi kari ni kenapa makin lama makin tak sedap?! Ish!! tengok! Tak habis lagi... >.< okbai.



*You know what? I miss you. :'( even everything looks like nothing happen.
Really miss you. And I'm sure you know that this person is you.. 



23 November 2011

They Ruined Everything !

Assalamualaikum,

Seriously. Hari ni(22/11) macam haprakk!!

Okay. Aku tak ada mood nak makan ubat yang berlambak kat atas meja belajar aku ni. Biar je la kat situ. You  know why? This is b'cause of you ! and you! AND YOU!

yes. THEM !

Whatever.=_=

LIFELESS !
God please.. Miracle !



22 November 2011

Harimau Malaya me'ngaummm'..!! ^0^

Assalamualaikum..

'Tak apelah.. kelas pukul 9 malam.. Game pukul 8 malam.. sempat la tengok dalam 45 minit..'. 

7.30..Yes! Mok dah cop kan tempat. weeeehoo! Bag tinggalkan kat Miza, then aku melangkah riang pergi ke cafe Leksy (Laksamana). Uish!!! Mok kat kerusi depan sekali?!! hahaha! Duduk dengan penuh rasa semangat di barisan hadapan. Sedangkan orang lain sedang berdiri di belakang.. ahahaha!!

8.10..Buat muka. Mok beritahu game start pukul 8.30.. =_=' WHAT?!! haiiiih... 20  minit pertama jela aku tengok Harimau mengaum.. Aku redha.

Tengok screen,tengok jam, tengok screen, tengok jam... Sumpah tak nak pergi kelas..

'Aida, I dah ada kat parking. Jom pergi kelas..'

Oooooh noo.. itu Auni... =__='

pada masa yang sama..

OOOHHHH NOOOOO!!!! INDON GOAL???!!!!!

Terasa berat meninggalkan Leksy yang penuh dengan wajah2 kekecewaan.. Meninggalkan Mok yang dalam keadaan hampa.. maafkan aku Harimau.. tapi kuliah Sir Fazlul lagi penting... :(

Dalam kelas. Hati gelisah. Sir buat lawak. Aku ketawa. Namun hati sedih mengenangkan Indonesia goal.Tiba2 Mok message. 

'Goal!!!'

HAHHAHAAHAHA. Hati riang kembali. sabar Aida, sabar.. Habis je kelas, pecutlah kau kembali ke Leksy.

Class dismiss.

Leksy aku datang!!!!!!

Sampai Leksy. Penuh. Sumpah ! Ramai gila. Malu nak selit dan pergi ke kerusi kosong sebelah Mok yang berada di barisan hadapan.....

Terfikir dua tiga kali juga. Bukan apa. Takut nanti ramai yang marah bila aku lalu dan menghalang pandangan peminat2 bola semua tu.

Ahhhh!! Pergi matilah ! wachaaa!! Aku redah. Tak toleh kiri, tak toleh kanan. Nampak je Mok, aku terus duduk di 'takhta' yang telah disediakan. Dan yang duduk di bahagian depan,aku seorang je perempuan. =_=' hahahha.

Menonton.

bla..bla...bla....

GOAAAAAAAAAAAAAALLLL!!!!

Malaysia MENANG!!!

Hahahaha!! Tak sia-sia aku tengok bola kali ni. ^_^

Aku tahu hari ni mostly blogger2 Malaysia akan update cerita tentang bola. 100% pasti ! Ya termasuk lah aku.. Walaupun ceritanya akan lebih kurang sama, tapi tak apa lah, aku nak juga cerita macam mana aku tengok bola tadi. hehe..

Rasanya ini entry kedua aku cerita tentang bola. Sebelum ni aku cerita time Malaysia menang lawan Indonesia juga di Piala AFF Suzuki. Ya, dua je. =.=

Aku tak minat bola pun dulu. But now, seperti yang anda tahu, sejak masuk Karisma, aku dah minat bola. Dan Jersey Man.U itu bukti aku dah secara rasminya suka tengok bola. ngeh3~~~

Muslim, cool ! Fadhli Shas, awesome! Baddrol, super awesome! OKS, Mega Ultra Awesome coach !
hahaha.

Aku puas  tengok bola tadi. Walaupun 60minit aku hilang, sebab pergi kelas. But memang sangat sangat sangat seronok tengok bola. Mok pun banyak terangkan kat aku tentang bola. Kenapa offside, kenapa kad kuning, kenapa penalty, kenapa itu, kenapa ini. yelaaa... Yelaaa...pemain akademi bola sepak negeri sembilan,kan... Untungla... hahha..

Apa yang penting sekarang, Harimau semakin mengaum!! Patah sayap Si Garuda.!!


AaaauuummmmM !!!!



*okbai.sambungmakanmaggi






20 November 2011

Aku Dah Part 4 laa...!!

Assalamualaikum,,

Harini kena update entry dengan tergesa-gesanya. Ada 55 minit saja lagi sebelum pukul 12 malam.. Ye, ye.. Sempat lagi! Masih lagi 20.11.2011... Tarikh yang cantik juga.. ngeh3~~~

Tak Percaya??!! 

cuba buang titik2 tu.. maka jadilah 20112011... Weee...!!!

=_=' okay.Aida, kau sangat loser sebab buat macam tu. Hambar..hambar... =_=

Okay, tarikh 20112011 maka tamatlah cuti sem aku yang sangat membosankan itu... Now, lets start the war!! hohoho!

First nak cerita, aku dapat kolej. But bukan Tun Hasan. Ye. =.= Aku dah boleh remove dari group Tun Hasan kat FB tu. Walhal aku yang create group tu. babylaaaa...!! okay whatever~~~
Aku dapat Tun Senaja.. Dan dan dan... luas..!! Tak macam err... ok2.. x nak mention apa2. hahaha.
Roomate aku kali ni. Kak Jiji QS Part 6, Billa AD Part 4, dan Ida CS Part 3... Huuu... jauh gila dengan aku MC Part 4.. ahaha.. Tapi so far diorang okay la.. Dan Kak Jiji sangat sangat sangaaaaaaaaaaat CANTIK okay! I mean CHANTEK GILA WEYH!!! sumpah cun woooo.. ^0^

okay dah Aida. Kau dah macam lesbian terang-terangan. hihihi~~~ *tunjukgigigusibengkak

Oh ya.. =_=' gusi aku bengkak dan aku demam. Itu! Itu sangat tak best.

Esok kelas pertama pukul 8.30 di fakulti baru dan aku tak tahu mana kelas aku. Esok kena keluar awal supaya aku ada masa untuk sesat di fakulti baru. kroohh!!! =oO=

Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee  ^_^ aku dah Part Four..!! Okbai!

Muahhhhh!!! 


16 November 2011

Rezeki Kau Nanti,Aida..

Assalamualaikum..

Harini pagi2 dah online. Sanggup guna phone lagi. Haha.. Aku ketepikan tidur pagi aku sekejap tadi.. Sentuh dan sentuh, dah dapat connect WiFi, maka Login lah aku ke dalam duna Mukabuku.

Berderet status ' Alhamdulillah... dapat pergi Fast Track..!!'.. ' OMG..dapat FT broadcasting..bla bla bla..'
=_=' Huisssh.. bertuahnya depa semua tu... Dapat fast track terus ijazah.. Aku ni? Haaa.. tersangkut kat Lendu nih. =_=

Cemburu.?

Tak lah.. aku tak cemburu pun.. Sebab aku memang tak apply pun FT tu.. cuma yela... perjalanan aku masih jauh..mereka2 tu dah masuk degree la lepas ni.. Takpa laa.. Rezeki masing-masing,kan..

Cerita tentang rezeki, bila semalam bincang-bincang dengan MOK, aku rasa aku nak ikutlah apa Mummy plan untuk aku after Diploma nanti.. Mungkin sebenarnya itulah bidang dan rezeki aku. Kita mana tahu,kan.. :)

Aku ingat, aku akan habiskan juga Diploma aku ni dan teruskan plan Mummy.

Haaa... semalam dah dapat pujuk Mummy pasal lesen kereta..!! weehoo..!! ^0^



Tak lama je lagi cuti sem aku ni... Ahad ni aku bergerak balik ke Lendu. haaa.. tak sabar rasanya nak start kelas.. aku nak tebus balik kesilapan aku. Belum terlambat lagi kot.. Aku ada 3 sem lagi.. GO AIDA!
Dan aku tak sabar nak start berlatih taekwondo di gym.. Ya Allah, sumpah rindu nak warm up ramai2.. ^_^

Dan untuk engkau,, sumpah aku rimas dengan kau. Suka lah kau nama aku kau cerita2 kat kawan2 kau semalam,kan.. Dah. aku malas nak fikir kau lagi. Suka hati kau lah nak syok sendiri ke apa. Aku nak fikir masa depan aku dulu. Wekkkk!! >.<

Kepada kawan2 aku yang dapat pergi FT, aku doakan korang berjaya di sana nanti.. Jangan lupa aku weyh.. haha. i will miss you guys!!

Ohyaa.. Semalam tambah lagi kucing.. This one is  female. Melly Mi'amour.. Beli sebab Mimo tak da kawan. Lagipun nanti bila aku balik Lendu, sapa nak main2 dengan Mimo,kan.. Melly ni cute jugak.. tapi tak secomel Mimo la.. Mimo bulu panjang gila.. Melly ni bulu panjang tapi tak kembang macam Mimo..
Ahahahaaii.. nantilah... akan ada entry pasal Melly,okay ^0^ 

KrrooooOOhh!! ^oo^


14 November 2011

It's Complicated.. :'(


okay.. seriously kali ni aku tak boleh nak decide.
Ini bukan soal aku terlalu memilih atau apa.. but the thing is, aku tak tahu perasaan aku. Aku takut kalau aku setuju, semua musnah !

Saat2 macam ni lah aku teringatkan sesorang.. Mr.Stranger.. Dia mungkin pernah jadi yang istimewa, but now dia sahabat aku.. :') Dan kalau boleh, aku nak dia tolong aku pilih.. :'( Tapi kalau aku cerita.. belum tentu dia terima apa yang aku nak cerita.. 


Ya Allah.. :'(

Mummy tak faham..
Dia cuma tengok dari luar.. tapi aku lagi kenal dia.. 
Please... aku tak nak buat keputusan tergesa-gesa macam  ni...
Aku ada hak untuk memilih,kan?? :'(

please.. 



09 November 2011

You Know It.. Damn!

Assalamualaikum,,

When writing about you, I'm write about my life.

Tadi aku berchating2 dengan Rat Cantik.. (Sheda,anan,uji)
Yeah.. kami ada Group kat FB tu.. lalalalala~~~ hahaha..
Then aku post ini.



ye.. dan tiba2.. you post something on my wall..

DAMN!!
..YOU KNOW IT..

But how??
Okay, miss you. :')
And I ♥ Man.U..!








Mohd Shazrin Syafiq !

Assalamualaikum,,

'Arini nk wt ape la agknye.. 
bosan gila'
'Pi r updte blog..
Wat entry psal rain jek.
Tp jgn ckp rain gemok.tough xpe..
sbb kenyataan.hehe'

Haha.. itu bukti,okay ! XD

Sebab Rain a.k.a Mok dah request entry tentang dirinya dan dia nk nama dia ada kat Google. HAhA! Maka inilah green light untuk aku kutuk2 Mok aku ni.. haha.

Siapa Mok ni?
Nama panjang tapi tak penuh,, Mohd Shazrin Syafiq.
Lahir 5 January 199*
Anak kelahiran Melaka + Negeri 9

Aku kenal Mok ni time Karisma 2011. Dia ni budak silat. Aku budak Taekwondo. So, kami macam x bertegur pun time training. Senang cerita, aku tak perasan pun kewujudan Mok ni. Peduli apa aku time tu kan. Haha..

So, macam mana kenal?
Hmm.. Ingat tak aku cerita tentang Pemeriksaan kesihatan kat SINI ? Ok,then aku urus2kan mana yang patut, then main2 dengan kamera aku tu. Tiba-tiba, 

'Eh jap, kau 19 ea..' sambil tengok2 borang aku.

 Dalam hati aku, apa hal pula mamat ni. Tetiba. then aku ignore je. Bla..bla..bla... and so on. 

'Aku part one masscomm..'

Yang tu aku dengar. Okay, aku kenal muka2 junior aku okay. =__=' muka kau..aku tak pernah nampak.

'Kau masscomm? Junior aku ar kalau macam tu. 
Tapi aku tak pernah nampak kau time induction pun..?'

=__________________='

'Weyh..ambik gambar aku weyh.'

Hati aku baik, so aku ambik jugaklah gambar budak yang kononnye junior aku.
Snap !


'Uish..! Tough kan aku..? haha..'

=_=' time tu aku tgk je muka budak ni. Nak mintak lempang ke ape? hahaha. Start dari situ aku dah mula anti dengan budak nih. Soalan dia tu buat aku menyampah !

Okay.. sambung lagi.
Training hari ke berapa aku tak ingat. Tapi time tu kaki aku dah terseliuh ar. Time tu coach suruh main bola jaring. Aku snap gambar2 je ar.. ape lagi kan?
Preeeeeeeeeeeeeeeeettt!! *bunyi wisel.

'Eh, sini jap kamera..ada amik gambar aku tak..?'

Ish..budak ni lagi..

'Nah.. tgk ar.. aku tak ingat..'



'..aha!.. tengok! Ada gaya tak aku lari. Style seyh.. Tough kan?..'

Aku terdiam. -,- aku tak suka dia.

Then ada satu kali tu kitorang just lepak2 kat gym.. Tiba2 Mok ni join nyampuk. keluarlah cerita dia dulu pernah main bola, itulah inilah, dulu dia tak gemok macam sekarang lah, cousin dye cun lah, couple dgn amoi lah, menang itulah menang inilah, baju branded2 lah, tekatekitekatekok semua keluar. Dia je yang nak bercakap. Iiieeeesshh!!! bernanah telinga aku dengar.

After potpet2, dia suruh Aimi tangkap gambar dia. Dia kata nak tunjuk something style la konon. 
Snap !


'...haha.. amacam hebat kan aku..?..'

Aku nak muntah dengar.

'..Uish tengok..! nampak seyh Muscle aku..! haha..'

Babilah. Aku tak tahan dengar ayat2 belagak dia tu. Wargggggggghhh!!
=,=  sumpah time tu aku makin x suka budak ni.
ahaha.


Dan lagi stress bila ak dapat tawu, dia bukan junior Masscomm. Dia DPA je! Booo la weyh~~ hahaha.
Sejak dari hari tu, aku dah tawu dah perangai dia macam mana dan ayat dia macam mana. >.<


'Aida.. Rain tough kan?..'


'Fuhh..smart ar Rain.. kan?'


'Ish..tough ar aku..!'


'hehe.. Rain comel kan,kan? haha..'





'Gambar ni Rain nampak Ensem ar..haha..kan?'


'Hmm.. ambil badan sekali..biar nampak bdn Rain yang tough ni..' 


*korang dah boleh agak dia tanya apa kat aku. =_='

Okay! meh sini aku tunjuk gambar best.






HAHAHA...!!
Haaaa... Tough ke Rain?
Comel ke Rain?
Ensem ke Rain?
haaa... jawab Rain.. jawab... hahahaha!

Peace No War yaw!! haha

Itulah dia Shazrin Syafiq..
macam mana aku boleh rapat.. Aku pun tak tahu bila.. yang aku tahu, menyampah aku tu berkurang la jugak time training kat Pantai Pengkalan Balak.

..He saved me..

Tak taulah dia ingat ke tak. But time tu aku dah tak jejak dasar. *dah taw pendek,pi men jauh2
Then budak aku menyampah ni juga yang tolong aku.
=_=' Ye Mok..Thanks a lot... haha.

After that kami dah okay..
Kami jog pun sama2.. *walaupun budak tu lambat 30minit! =_=' penat aku tunggu.
We shared story.. about cats.. football.. friendship..

Seriously, I saw our similarities and chemistry..
Lama2 aku adapt juga la dengan perangai belagak dia tu. haha..

Sampai dia nak lawan pun, I'm the only person who always with him.. *yeah..sampai boleh pula keluar cerita bukan2 kan...haha.
But seriously, aku tak cakap aku tak kisah, aku kisah juga macam2 cerita keluar. Tapi aku tahu apa yang aku anggap tentang dia dan apa aku rasa tentang dia.
So, tak payah nak kepoh2 lah.. Aku ni kebal.haha. Tapi tak tau lah Mok rasa apa. Dia x cerita pun apa feedback dia. haha.

Yang penting, aku lega bila aku ada time dia dalam keadaan macam tu. Dan bila Shazrin Syafiq yang aku menyampah sangat tu dapat pingat, aku gembira sangat. Bersyukur. Terima kasih Lip Balm ! hahaha!



And dia pun dah jadi antara yang rapat dalam hidup aku. Dan aku dah anggap segala ayat2 belagak dia tu ayat yang wajib aku baca or dgr tiap2 hari. haha! 

'Sometimes friendship will ends with any reason.. I hope this friendship will never ends even one day either you or me read an Al-Fatihah and Yassin'


*okay,Mok,bak sini RM1000 untuk entry yang panjang nih! XD


07 November 2011

Meeooww !! ^0^

Assalamualaikum,,


Okay, boleh menjerit sekarang.. AHAHA!
Ye aku tawu.. comel,kan? hehe..

Ni kucing aku.. Mimo..
Nama panjang dia Mimo Mi'Amor.. (Mok nama ni dah macam tajuk slot Tenelovela kat TV3.haha)
Jantan, kuat makan, kuat tidor, dan sombong ! (sumpah, Mimo sangat sombong =,=)

After lunch tadi, aku main2 sekejap dengan Mimo.. berlari sana dan sini dan akhirnya dia stop sebab pening.. =_=' mungkin. hahaha.
Aku selalu kenakan si Mimo ni. Rasa best ! haha! ^_^ Errr.. tapi tidak lah sampai potong kaki dan siat2 bulu Mimo tu.. haha..
Lepas tu, mummy mesti bising dan akan mention ayat ni.. 

'Akak..Tak baik tau.. Kucing binatang kesayangan nabi tau !..'

Heeee... Tiba-tiba nak cerita apa yang hebat sangat kat kucing ni.. (Mimo kau patut berbangga aku cerita tentang kau kat dalam blog aku.hahaha.)

- Kucing TIDAK BOLEH merasa menggunakan lidah?

Dikatakan, kucing menggunakan deria bau untuk merasa makanan. Maksudnya, sebelum dia makan, dia akan ambil bau dulu. Then baru dia akan pilih samada nak makan atau tidak.

- Kenapa kucing LIBAS2 EKOR?

Dikatakan, kucing akan melibaskan ekornya ke kiri dan ke kanan apabila dia marah dan dalam keadaan tidak selesa. So, janganlah anggap kucing tu nak manja2 bila dia dah start libas2. ^0^

- Boleh TURUNKAN tekanan darah?

Dikatakan, apabila mengusap-usap atau membelai-belai kucing, tekanan darah yang tinggi dapat diturunkan. Wow! (Mimo,hang memang cool..!)

- Kucing suka manusia berjantina PEREMPUAN?

Hehehe.. apa boleh buat.. Dikatakan, kucing lebih memberi respon atau tindak balas kepada suara perempuan. (haha.yang ni aku gelak2 je bila baca)

- Kenapa dengan KENCING kucing?

Dikatakan, kencing kucing ni.........Will GLOW in the Dark.

=__________________= err.... Krik Krik Krik.


- Kenapa dengan kucing yang MATA BIRU?


Dikatakan lagi, kucing yang mempunyai mata berwarna biru ni kucing yang PEKAK..!! What??!
emmm.. Oh okay.. Pheww~~ Mimo aku tak pekak. Lega~~~ hahaha.
But mereka yang pekak ni ada keistimewaan lain yang boleh buat mereka dengar..
Huh?? Boleh percaya ke fakta ni? =,=

- Kenapa kucing suka GESEL2 pada badan manusia sebab GEDIK?

Jawapannya, kucing tak gedik. Depa tu manja. Tak macam manusia, hati keras, kepala batu ! hahahaha ! xD
okay, aku lupa aku manusia. =__='
Dikatakan, apabila kucing menggeselkan badannya ke kaki atau anggota tubuh badan manusia, ia sebenarnya sedang menanda manusia itu dengan bau. Maksudnya dia calitkan bau2..so senanglah dia nak cam tu tuan dia... ^0^ 

Alolooo... comelnye Mimo.... !! Banyak lagi fakta-fakta menarik tentang kucing. Anda boleh berjumpa dengan Pakcik Google untuk maklumat yang lebih lanjut.. Hee.. ^_^



05 November 2011

Dah genab sebulan.. :')

Assalamualaikum,,

Hari berganti hari... Dan hari ni..genap sebulan kau pergi..
Terdetik buat enteri pasal ni after aku terbaca enteri kwn aku, Shahira..
:')
Congratz syg.. dah 6 bulan,kan? :)
Kalau jodoh kami panjang haritu, mesti kami pun dah 6 bulan macam kau dan dia..

Dalam masa sebulan tanpa dia,, macam2 berlaku...
Ini kali pertama aku rasa lain after putus..
Aku dah mula untuk tak nak serious dengan siapa2..
Aku dah mula kawan dengan ramai orang.. Tapi aku tak boleh nak biarkan siapa2 pun lebih dari dia..

Dah genap sebulan aku buat semuanya sendiri..
Dah genap sebulan aku tak mengadu dekat dia..
Dah genap sebulan aku biarkan semua ni..
Dah genap sebulan dan aku terasa mcm lama sangat..
dah genap sebulan aku tak dengar masalah dia..
Dah genap sebulan tak dengan kami ketawa sama2..
Dan dah genap sebulan aku rindu dia..

I miss you Stranger.. :')

But now, even I'm still think about you,, aku nak mulakan hidup baru..
Itu yang kau minta dari aku,kan?
Aku akan mulakan hidup baru..
Aku nak fokus lebih pada pelajaran aku..
Jangan risau,, kau tetap ada dalam hidup baru aku..
Sebagai kenangan.. :')

Sekian,,


04 November 2011

Result oh Result..

assalamualaikum..

Aku dah check result pukul 3 pagi tadi..
Thanks kat MOK sebab sama2 teman aku check result..
Ada beberapa orang shj yang tahu result aku..

Agak menyedihkan bila tengok result aku kali ni. :(
Tapi aku tahu dan mengaku memang aku salah..
Aku leka sangat dengan siapa2 dan apa2 tu..

Aku tengah down gila sekarang ni..
Mummy ayah mesti sedih.. :(
Aku dah serba salah gila dah ni..

Next sem, aku janji, aku belajar betul2..
Aku nak naikkan balik pointer aku..
Aku akan guna cara mereka2 guna tu walaupun cara tu salah..

Asalkan pointer aku naik next sem..
-_-

Aku lulus.. Alhamdulillah..
Tak ada repeat.. Alhamdulillah..
Cuma pointer aku jatuh malah lebih teruk dari pointer part 1 aku..
:(

Tahniah kat kawan2 aku yang dapat DL..
Bila lah nak merasa DL..
Next sem ke? Hmm.. Insyallah.. Aku USAHAkan !

Ayah, Mummy.. akak minta maaf..
Memang salah akak and akak akan tebus balik..
Jangan lah marah2 kat akak ea..
Sakit telinga la mummy.. 
Akak ada 3 sem lagi... Gie me some time to make u proud one day, okay..
I'm Sorry..

*down down down... :(

Lepas ni, saya akan kurang fikirkan awak,sorry..


03 November 2011

Keluar Result..!!

Assalamualaikum,,

Dup Daap Dup Dap..!!

weyh.. sumpah takut ni..
Entah apa jadi lah dengan result sem 3 aku esok. =__='

WAAAAARGGGHHH!!!!
 AKU STRESS!! 

=__________________________="

Dan sebab aku stress,, aku pergi shopping lagi dengan mummy.. hahaha.!

Tarra!! ni daa!!
JERSEY Man.U
RM39.90

MOK..!! lepas ni kita boleh tengok bola sampai lebam okeh! hahaha!

huuuuuu~~~~ takut takut takut....
 x_____________________x

LANTAK lah!

eh mana boleh?!!!!

emmmm...

SEMOGA result aku okay dan pointer tak jatuh..
AMIN~~~~ -_-

hey,I Miss You..

sekian,, ^0^


02 November 2011

This is for S,S,A and A..

Assalamualaikum..

To S,
Weyh.. kau buatlah macam mana...
Hati aku dah less sensitive..
Kau mungkin tak sedar apa yang kau buat tu telah buat aku kecewa.
Hari ni, aku buka profile kau dan aku pula yang kau hide dari wall.
Thanks a lot.
Kau rasa aku ganggu hidup kau ke?
If yes, fine.. aku rasa, kau dah boleh remove aku dari friends. Sebab aku tak boleh nak remove kau. Aku tak kuat nak buat tu semua. Tapi aku tahu kau boleh.
Aku tak tahu la apa salah aku dah buat kat kau.. Tapi makin lama makin kau selalu buat aku terasa. Itu ke yang kau nak?
Aku tahu kau baca, dan aku tak kisah kau nak fikir aku ni apa. But seriously, kau buat aku betul2 sedih sekarang ni.
Aku tunggu kau. Tapi aku tak tahu kau kisah ke tak aku tunggu kau.
Ni pesan aku. Kalau kau boleh jumpa gadis lain yang lebih sayang kau lebih dari aku sayang kau, kau tunjuk kat aku. Then, aku takkan pedulikan kau lagi. AKU JANJI.

To another S,
Kau ni sweet.. tapi main tarik2 tali je dengan aku,kan? Stress aku! haha.
Weyh... aku tak pernah rasa bosan teman kau hari2.
Kau MOK aku. ^_^
The next sem,would be our time dude! haha.
Tapi aku tak nak jadi budak LEKIR okay! XD
Tak sabar nak lepak2 dengan kau lagi.

To A,
Apa kau nak lagi?!!
STAY AWAY FROM ME laaaahh!!
Aku tak suka kau cari aku lagi.
Kita dah lama selesai,kan?
Nak berkawan biasa dengan kau pun aku dah tak nak.
Please, aku tak nak jadi mangsa kau lagi..

To another A,
Emmmm.. sorry.. tapi kawan baik aku tak suka aku kawan dengan kau..
Kau baik.. kau selalu ambil berat tentang aku..
But kadang2 kau buat aku rimas..
Dan kawan baik aku yang lebih kenal kau, nasihatkan aku untuk jauhkan diri dari kau.
Sorry kawan..,, but kau memang kawan yang prihatin..
Thanks bro.

sekian,, 


Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari