Para Penyiasat Saya

06 October 2011

5 Haribulan-ku yang Terakhir :')

Assalamualaikum..
selalunya.. bila 5 haribulan aku akan cerita2 special sikit,kan :')


Ia mungkin menyakitkan.. Ia mungkin melukakan..

Lumrah dalam setiap perhubungan, dan rasanya semua pasangan yang bercinta pasti akan ada perselisihan. kadang-kadang air mata tak lari ikut serta mengambil bahagian.. Bila bertengkar, hati akan terasa macam kena heart attack.. haha.. :') secara tak langsung, pasangan yang bercinta akan turut merasa orang yang kena serangan jantung. :'p Perkara yang paling menyiksakan ialah penantian.. perkara yang paling mencabar ialah kesabaran.. manusia tak sempurna.. punyai perasaan yang tidak siapa pun duga.. kata orang, bercinta ni ibarat makan sambal belacan, walaupun pedas tetapi akan makan.. maksudnya, Cinta itu satu kepastian, walau siksa macam mana pun tetap akan bercinta..

Ia pernah juga membahagiakan.. Ia merawat.. Ia pengorbanan..

Dalam liku2 perjalanan sepasang kekasih itu.. pastinya yang buatkan sesebuah hubungan itu kekal ialah kebahagiaan.. selagi terukir senyuman, selagi tenang perasaan, cinta akan terasa membahagiakan.. Dan pengorbanan demi pengorbanan akan terus terawat kerana di sentuh dengan kebahagiaan..

 Ia pertemuan dan Ia juga perpisahan..

Yang hidup pasti akan mati,kan? :') maka yang bertemu, pasti akan berpisah..Perjalanan hidup kita, dah tertulis oleh Allah SWT.. Perpisahan bukan yang kita mahukan.. Tapi siapalah kita untuk melawan jalan cerita dari Maha Pencipta..Semua yang berlaku ada hikmahnya..

Hidup perlu diteruskan.. Yang indah itu..dan yang pahit ini.. AKU JADIKAN KENANGAN.. 

Malam 5 haribulan kita bersatu.. dan malam 5 haribulan juga kita ditakdirkan berpisah.. Kisah cinta kita tidak akan terus hilang sebegitu.. Ia akan kekal di dalam Lamanku ini.. Cerita tentang perkenalan, pertemuan dan perpisahan.. Ini semua akan mengajar kita untuk lebih matang.. lebih memahami siapa diri kita.. dan lebih  menyedarkan kita tentang betapa besarnya kuasa Allah SWT.. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.. semua ini akan menjadi kenangan.. Kisah ini akan menjadi salah satu bab yang bermakna dalam buku kehidupan kita..

Kepada Si Dia yang pernah aku sayang,kasih,cinta dan rindu..,,
Tiada apa lagi selain 'terima kasih'.. :') 
Jaga diri dan teruskan kehidupan..
Capai cita-cita..
Jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak lelaki dan seorang abang..
Apa yang terjadi pada kita sekarang, aku terima..
Jika ini yang terbaik dari Allah, aku redha..
Kita berdua tetap saudara seislam.. 
Dan terima kasih juga kerana menjaga sepanjang 5 Bulan perkenalan..
Terima Kasih..


 Doaku agar kita berdua diberi kebahagiaan masing2 di sepanjang menempuh perjalanan yang baru.. Insyallah -SofieShaz-




Selamat Tinggal Stranger.. ILY.. 





No comments:

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari