Para Penyiasat Saya

29 September 2011

Ada Isi..!

Assalamualaikum,

- Ya, aku sedang minggu final exam.
- Baru shj selesai paper Psychology. (x tahu la macam mana markah nanti) =__='
- Tinggal 2 lagi paper, CIT dan Public Relation.
- ♥ Alhamdulillah semua dah kembali okay.. ^-^ ♥
- Aku dengar kau dah nak kahwin. Tahniah.. Mungkin memang kita tak ada jodoh. Aku harap kau sampaikan Kad Jemputan tu pada aku. Aku rindu mak kau.
- Ada orang mintak aku buat tutorial shawl. Patut ke aku buat??
- Aku dapat adik baru (anak kucing)
- Sesiapa kat JB yang  baca post aku kali ni. cepat set date dgn aku. Aku balik JB 2 Oct. aku nak keluar lepak2!! ^0^
- Sesiapa nak aku jadi pekerja part time dia untuk sebulan, sila amik aku cepat. Aku pekerja yang berdedikasi. >_< ngeee~~
- Siapa nak kahwin, sila amik dan bayar aku jadi photographer. Aku nak job. haha!
- Siapa yang terasa gedik nak jadi model and nak photoshoot, contact aku kat Facebook
- Okay tu ajelah! ^..^

Last but not least,,



SELAMAT HARI JADI BUDAK BUNCIT,
^O^













Sekian,


 

26 September 2011

I can't STOP.

Assalamualaikum,

Ahahaha.. lalala.. Aku rindu FB aku.
Oh. aku tak boleh tidur pulak. Esok paper CiTU.
Aku pandang nota pun dah tak bernafasu.
Mungkin sebab Facebook,aku rindu padamu.
(hahaha)

Tadi aku ada tweet.. "FB, Shaz, I'm gonna miss both of you 2nite"
Hahaha.

=___________="

Okay. Aku rindu dia.
TAK! mana ade aku rindu! Wekkk!!! hahaha!


=..= Okay. Memang rindu.

Aku baru perasan yang sekarang minggu exam..
Last sem, time2 minggu exam la kita kenal2 kan awak?
Semua sebab Shahira..
Kalau tak sebab dia, tentu kita tak kenal..
Tentu saya tak perasan yang awak ada iras seseorang.
Tentu kita tak post2 kat wall.
Tentu kita tak gadoh2 pasal Sinchan.
Tentu kita tak chating kat Facebook.
Tentu awak tak minta nombor phone saya.
Tentu awak tak teman saya study untuk final exam sem lepas.
Tentu awak tak call saya sampai tertidur.
Tentu saya tak merajuk time mula2 awak tipu saya.
Tentu awak tak pujuk saya.
Tentu saya tak nyanyi2 lagu before awak tidur.
Tentu saya tak cerita banyak.
Tentu awak tak nyanyikan saya lagu 'mungkinkah terjadi'.
Tentu saya tak tolong awak tukarkan lagu blog awak.
Tentu awak tak buat lawak kat dalam MaharajaLawak tu.
Tentu awak tak selalu pujuk saya dengan ayat 'Karipap noo karipaaap~~~' :'D
Hahahaha. Saya tak suka bila awak sebut ayat tu. Tapi awak sebut juga sebab nak pujuk saya dulu.

Kalau tak sebab Shahira jugak,
Tentu awak tak skype dengan saya.
Tentu bukan awak yang saya selalu tunggu, sebab awak sibuk kerja part time tu.
Tentu tak ada sesiapa nak tenangkan saya bila saya kena ugut dulu.
Tentu bukan awak yang suruh saya bersabar bila saya sakit.
Tentu saya dah tak kuat.
Tentu saya tak tahu ape pulak beban awak dengan orang2 kat sana.
Tentu kita tak kongsi masalah bersama,
Tentu kita tak berjumpa hari tu.
Tentu awak tak akan mesej saya dan suruh saya cari awak kat MC hari tu.
Tentu saya tak pandai2 lagi makan sushi.
Tentu kita tak dapat tengok laut sama2.
Tentu kita tak menyorok dalam gelongsor tu.
Tentu saya tak selamatkan awak dari tikus2 liar tu.Awak tidur je tawu.
Tentu saya tak merasa lihat awak bila bangun tidur.
Tentu awak tak beli baju 'I LOVE MELAKA' tu.
Tentu saya tak ada 'bantal peluk' tu.
Tentu memory card saya tak penuh dengan gambar awak.
Tentu juga nama awak tak akan ada dalam blog saya.
Tentu tak akan bermakna bila tengok tarikh 5 May.

Tentu saya tak cemburu sebab awak.
Tentu saya tak selalu marah2 kat awak.
Tentu saya tak menangis sebab awak.
Tentu saya tak serabut fikirkan awak.
Tentu saya tak kisahkan siapa2 pun yang cakap tentang kita.



Tentu saya tak sedar yang saya terlalu sayang awak...














Tentu...saya tak sedar yang saya masih sayangkan awak.

sekian,





25 September 2011

We are Complicated.

Assalamualaikum,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Tengah hari tadi aku deactive Facebook.
Tengah hari tadi aku buat keputusan.
Kami sedang mencari jalan penyelesaian.
Biarlah, aku mahu lepaskan dahulu final aku ni.
Before 5 Ocktober nanti, insyallah...
Aku harap semua akan jelas.

Setiap doaku selepas solat, tak tinggal doaku agar Tuhan sejahterakan kedua ibu bapaku serta adikku.
Setiap doaku itu juga-lah, tak tinggal doaku agar Tuhan terus memberikan petunjuk demi petunjuk buatku.
Setiap doaku itu juga-lah, semua kesulitan aku serahkan hanya padaNya.

2 October nanti, 12 tgh hari, tamatlah nanti final exam aku.
Insyallah, selepas itu, aku akan berikan keputusan aku.
Aku harap perpisahan sementara ini dapat sedarkan kami berdua.

Kadang-kala kita tak sedar yang kita perlukan seseorang itu dalam hidup kita.
Kadang-kala kita tak sedar yang kita silap memahami perasaan sendiri.

Aku harap sepanjang perpisahan sementara ini, aku akan sedar tentang apa yang aku tak sedar.
Dan aku berharap dia juga akan sedar.
Aku harap kalau dia benar sedar, usahlah aku disembunyikan lagi.
Aku benar2 ingin semua yang dekat dengan dia tahu tentang aku, bukan disembunyikan lagi seperti dahulu.
Mungkin perkara remeh, tapi tidak bagi aku.

Perpisahan sementara ini akan buat kami lebih berfikiran lebih dalam.
Soal perasaan perlukan masa.
Buat masa ini, aku akan jaga apa yang ada dalam hati aku.
Aku harap yang lain menghormati keputusan aku.
Biarkan aku menjaganya dulu sebab ia masih milik aku dan dia.

Kalau dia baca, harap dia sedar. Sehingga sekarang, aku tak pernah menyesal setia dengan dia.
Aku cuma perlukan pengakuan dia yang jelas. SANGAT JELAS.  (please.before 5 oct)
Aku pasti dia tahu kenapa mesti sebelum 5 haribulan.

Aku dah usaha..
Dan berdoa..
Seterusnya aku akan tawakal..dan semua aku serahkan pada Allah.

Akhir sekali, aku harap semua ini tidak mengganggu aku dalam menghadapi Final Exam minggu ini. Semoga semuanya berjalan lancar. Insyallah.. Amin.

Dah hampir sebulan simpan DOMO ni. DOMO ni sepatutnya dah sampai kat awak hari tu.


This can explain everything.

Relationship should not be complicated like this, right?


*aku tak boleh lari dari menagambil gambar. saat ini, hanya gambar yang boleh menjelaskan segalanya.


Sekian,,






24 September 2011

Hari Ini...

Assalamualaikum.

1- HARI INI AKU STUDY PSYCHO..
2- HARI INI AKU MAIN STICKY-MAN
3- HARI INI LUNCH AKU DINNER PLATE KFC (auni bungkuskan)
4- HARI INI BASUH 12 HELAI BAJU.
5- HARI INI BANYAK UPLOAD AND EDIT GAMBAR.
6- HARI INI CHATING DENGAN BAKAL ADIK IPAR. (hehe..)
7- HARI INI DINNER MAKAN ROTI JE (xde selera)
8- HARI INI MIM NYANYIKAN LAGU.. (suare mim sodap tau!haha)
9- HARI INI MASIH TAK TOPUP LAGI..
10- HARI INI MASIH SEDIH..
11- HARI INI MASIH MENANTI..
12- HARI INI MASIH BERSABAR...
13- HARI INI MASIH MENCARI JAWAPAN SOALAN SEMALAM.
14- HARI INI MASIH BERFIKIR.


15- ....YANG PASTI BUKAN HARI INI SAHAJA, TAPI SELAMANYA, HATI AKU MASIH MILIK DIA....



















sekian,,



22 September 2011

Macam-macam-Lah aku ni..!

Assalamualaikum,,

Sebelum aku start menaip ni, tadi aku buka balik post lama aku.. ya.. inilah post itu..
(klik yg warna pink tu) Banyak yang kami bincangkan semalam..

Dan akhirnya kami dapat jawapan yang sebenarnya..
Aku akan ingat nasihat dia.. Dan aku akan fikirkan tentang apa yang dia cuba suruh aku buat..
Semua ada hikmah,kan?

Aku sedar apa yang berlaku sekarang, tak patut berlaku pada aku.. Auni pun dah banyak sangat nasihatkan aku.. Fiza, Dayah, Nad, Zaidi, Shahrul, Jabar, Shahril, Yusry dan Mummy..
Ya.. dan akhirnya aku betul2 sedar apabila orang yang berbincang dengan aku semalam pun nasihatkan benda yang sama...

Aku pun sebenarnya dah lama fikirkan tentang ni.. Cuma aku tak mahu dah ulang benda yang sama.. Penat. Sebab itu sampai sekarang aku bertahan..
Tapi memang betul, aku tak patut seksa diri macam ni dan terlalu berfikiran positif terhadap semua perkara..

Insyallah, aku akan fikir dalam2 balik tentang semua tu.. Dan aku akan bertindak.. Maaflah aku bertindak lambat.. Sebab ini soal perasaan... Aku tak nak buat silap lagi.. Itu alasannya..

21 September 2011

Mummy & Ayah honeymoon lagi?

Assalamualaikum,,

Hahahahaha! okay, boleh ketawa terbahak-bahak dulu kalau korang terasa jengkel dengan tajuk post aku kali ni. AHAHA!

Ni ade lah gambar sikit yang sempat aku post.. yang lain2 nanti aku upload la ye.

pegang2 tangan..UNTUNGLA..

Merajuk sebab aku tak kahwin lagi.. 'AHAHA' (tak2..gurau je)

KrooOOOhh.. =..=' (jeles)

Photographer pun nak posing jugak...

Dating tepi Pantai Klebang..huhu..

ye..ye... Mummy and Ayah honeymoon lagi... (ye..motif sangat kan..haha)


aku tadi pun dapat join sekejap je dengan diorang. lepas tu diorang hantar aku balik ke Lendu.. =..=" kRooOOH..!!

Tak kisah-lah Mummy and Ayah nak honeymoon berapa banyak kali pun.. asalkan tak ada adik baru sudah.. TAK SUKA BUDAK2 NIH!!! hahaha!


Okay, cukup lah tu..






Dan,dan,dan.... akhirnya aku dapat juga pergi tengok tournament taekwando tu.. ehehe.. Ya..walaupun sedikit kecewa sebab tak dapat turut bertanding, aku terima.. Sebab aku pun baru je sebulan join latihan..


Apa-apapun, thanks coach sebab bagi aku join tengok pertandingan tu dan jadi assistant.. Insyallah giliran aku pula yang bertanding taekwando next sem.. Amin...


Dari semalam aku demam... keluar dengan mummy ayah tadi ada juga-lah kurang sikit.. but after training tadi, kepala aku dah start panas balik dah.. haiiihh..

Oh yaa.. ada someone tu nak pergi Beijing dan Swis.. nak tinggalkan aku jauh2..
Entah kenapa semalam bila dia cakap macam tu, aku sebak.. dan ye, aku nangis dalam selimut.. 
Entah..aku terasa macam dia memang nak tinggalkan aku jauh2... nasib baik tetiba terputus line sebab kredit habis.. kalau tak, lagi melalak-lah aku kat dalam selimut tu.. (ya..awak tak perasan pun..sebab awak excited..) :')

Okayla... itu sahaja..

Sekian...

*doakan aku cepat sembuh!


19 September 2011

Kematianku.

Assalamualaikum,,
12.50pm.
Dan tinggal beberapa jam sahaja lagi aku akan menjawab paper BEL311 final aku untuk Sem 3 ni.
Dan kenapa aku masih boleh terlintas untuk menaip dan bercerita di blog?
Aku mimpi aku pergi.

Dua tiga malam ni, aku kerap mimpi yang  bukan2. Haha. kesian Auni, dia yg terpaksa dengar aku cerita pasal mimpi aku. Tapi entah dia fokus ke tak, aku pun tak tahu. yang penting aku dah cerita. at least aku tak lah takut sangat.

Ya, mesti lebih tenang kalau aku dapat ceritakan mimpi aku pada dia. at least, orang yang aku sayang tahu perasaan aku sekarang. T_T

Mimpi tu buat aku semakin merasakan bahawa aku dah kehilangan orang yang aku sayang.

Ahaha. tak apa, korang tak akan faham..

Dalam mimpi tu, di saat aku menghebuskan nafas terakhir, dia ada.
Dalam mimpi seterusnya juga, di saat aku menanti dan terkulai, dia tempatku berpangku.
Dalam mimpi itu, sebelum kematianku, dia ada sebagai adam idamanku.

Dan apabila aku terjaga, jari-jemari pantas mencari handphone, di saat itu, hanya satu nama dalam fikiran.. hanya dia yang aku ingin bercerita tentang apa yang aku mimpi..
Tapi sayang... aku menghela panjang dan terus membatalkan niat..
Dia tak ada..

Cepat2 aku ceriakan wajah, cerita pula kepada auni, yang kini menjadi pendengar setiaku.

Di saat kematianku nanti, ampun maaf segala dosaku kepada mummy ayah apis...
Di saat kematianku nanti, ampun maaf segala dosaku kepada ahli keluarga lain...
Di saat kematianku nanti, ampun maaf segala dosaku kepada semua makhluk di dunia ini...
Di saat kematianku nanti, ampun maaf segala dosaku kepada Allah SWT...
Di saat kematianku nanti, harapanku, adamku yang sah, disisiku...
Mengajar dan membisikkan dua kalimah syahadah di telingaku, di balik helai-helaian rambutku...
Menggenggam kuat telapak tanganku...
Menemaniku dengan senyuman agar aku tenang dan tidak berada di dalam ketakutan...

Di saat kegelapan menjadi permulaan kematianku,, kucupan terakhir di umbun2ku dari adamku..
Di saat roh terpisah dari jasadku,, bukan teriakan tapi wajah sayu dari adamku..
Di saat kembalinya aku ke dasar bumi,, air mawar dan ayat2 suci untukku dari bibir adamku...

Dan di syurga nanti, kalau bidadari yang akan menemanimu, izinkan aku menunggu menjadi salah satu dari bidadarimu..
*kata orang, kalau mimpi kita bertemu maut, panjang umur.. Insyallah..




16 September 2011

Nak cerita banyak ni..!

Assalamualaikum..

Ya mengikut tajuk post kali, maka bersiap sedia la kita semua untuk membaca cerita2 aku.. ahaha.

Mula2 aku nak nyanyi satu lagu ni...

~~Pulanglah sebelum ku runaway, aku menanti kamu everyday, aku menunggu dari Monday, Tuesday, Wednesday Thursday, aku tak ingin tak perlu~~

hahaha.. Tarra!!!


♥ Awi Rafael
YEAHHHH!! itulah dia.. This sem, part six Masscomm macam biasalah akan buat event besar. kalau last sem Youth Media Carnival (YMC)..,, This sem, mereka semua dok pakat ramai2 buat event TOUCH 2011.. Event kali ni more to charity.. kalau last sem more to media.. menarik juga lah konsep kali ni. Aku sendiri terpegun tengok senior2 aku boleh catat rekod malaysia sebab Banner Photo terpanjang.. Tak silap aku ada 38 ribu lebih gambar yang mereka dok tampal2 buat banner.. So, bila event macam ni haruslah ada artis kan.. Gambar ni aku amik time Awi dah nak balik. ni kat parking lot.. Best! Sporting! Tahniah,tahniah! ^0^

okay, NEXT..!!!!
CHARLIE
huhh!! okay. Bab ni aku tak suka nak cerita. tapi inilah yang berlaku dalam kehidupan seharian aku minggu ni..

Serangga yang macam semut tapi belang2 tu namanya Charlie.. atau boleh juga dipanggil sebagai Semut Kayap (warghh!! tak suka nama kayap kau tu!)  Semut Kayap atau Charlie ni angpa semua jgn fikir  serangga ni comel naa.. (x pass pulak aku guna bahasa utara). nampak tak pic kedua. Haaa.. yang tu, yang tu lah effect daripada sengatan Si Charlie tu. dan,dan, bilik air hostel aku ni, ye, kat Kolej Tun Hasan ni, Ada banyak Carlie wOOOO.. Aku takut!!!! ramai dah member2 aku kena.. abis muka, tangan, kaki, tengkuk.. 

-Mula-mula bila dia gigit, akan gatal gila babs.
-Lepas tu akan merah sangat2.
-Kemudian akan bengkak.
-Seterusnya akan bernanah! (OMG)
-Lepas seminggu nanah dah tak ada.
-Tapi......Parut yang tinggal sangat lama untuk dihilangkan..

YA ALLAH..!! Lindungi aku..!

Okay, sekarang cerita Tae Kwan Do aku pula..
Sekarang training aku dah makin ganas. Dulu aku tendang2 target bag shj. sekarang aku dah boleh tendang orang. ya! manusia! hahahahahahahaahahahahahahaha! (stop.tarik nafas) hahahahahahahahahahahah!! ok. cukup lah tu. Tendang punya tendang, aku pun kena tendang jugak. Dan yang paling aku tak suka bila coach yang tendang aku. Dan dia tendang kat perut. SUMPAH! senak!!!!!! Dan maaflah aku menangis...

Cuba tengok muka insan lemah ini.. Tengok!!!
Hai.. Saya insan yang lemah..
See!! tak kesian ke tengok aku nih.. Lemah semacam je. Aku baru lagi masuk TaeKwanDo kot.. Coach pun kalau ye nak tendang aku, tendang la pelahan2 sikit.. Habis gugur anak2 cacing yang aku kandungkan ni... HAHAHA. 

*Owh.. about pic kat atas.. aku saje je letak pic.. haha. gilo publisiti! 
Sebenanye gambar tu tak ada kena mengena pun dgn Tae Kwan Do, aku cuma nk korang tgk aku lilit pashminar kedut ni.. Time aku lilit ni, aku kelam kabut gila sebab kejar masa. Sumpah kelam kabut... Kat tangga pun aku masih tengah lilit2kan pashminar tu. Tapi macam okay je kan? hehe.. Dan aku terus snap even aku tak pakai eye liner, celak dan x pakai lip ice... aku sempat sapu bedak je. Wargh!!Dah mcm orang sakit pulak!!

=____=" KRIK KRIK... okay, aku dah mula syok sendiri.. ehehe.. sorry2..

Okay..Next.. cerita aku dengan GAME di Facebook..
Weyh..!! Sumpah dulu aku perli2 gila bebudak yang gila main game kat FB.. HAHA.. sekarang aku pula yang kena badi. hahaha.

THE SIMS SOCIAL

BEJEWELED BLITZ


Oh yaa.. Kalau yang THE SIMS SOCIAL tu.. aku rasa bukan aku sorang je yang tengah kemaruk. Mungkin Nad dan Shahira dan lain2 jugak tgh gila main benda tu.. HAHA.
Lepas tu sambil2 aku main The Sims, aku maiin Bejeweled. Mak aaaiihh.. aku lupa makan mandi semua..!! hahaha..!
SO.. maaflah kalau aku kdg2 tak reply chat kt FB..sbb sebenarnya..aku sedang berperang.. =,='


Apa lagi aku nak cerita ya?

Ohhh.. Hmmm.. yaa... itulah dia.... aku nak mula cerita bab ni je mood aku terus berubah. Dah ar. malas aku nak cerita... Faham2 je lah..

Okay bye.. sorry la post aku kali ni banyak sangat cerita.. hehe.. Jumpa next post okay! Muuahh!! Love you all!! ^0^


Sekian..



11 September 2011

Ego-nya Kita..

Hari ini aku sibuk sangat..
Sibuk sibukkan diri..
Kau tawu..aku keluar dengan kawan2 aku..
Aku shopping2..
Aku makan2..
Aku loncat2, nyanyi2, jerit2, ketawe2..
Aku menikmati hidup aku..

Tapi aku tak lupa yang kau dan aku..
Apa yang dah berlaku..
Aku dengan kau je yang tahu,kan??
:') Ye laa.. Aku masih ingat kau..

Walaupun kau selalu sakitkan hati aku..
Walaupun kau kadang2 tak perasan pun semua tu..
Mungkin aku salahnya..
Mungkin juga kau salahnya..
Tapi sia-sia..
Sebab semuanya salah EGO kita..

Kau EGO...
Aku??
Aku pun ada EGO..
Kita takkan mudah untuk berdamai kali ini..
Sebab aku pasti kali ini..
EGO kau dan aku kali ini sangat tinggi..

Mungkin ia juga bisa hancurkan segalanya..
Hancurkan kasih sayang..
Hancurkan sebuah kejujuran..
Hancurkan segenggam kepercayaan..
Hancurkan sebesar pengorbanan..
Hancurkan berpurnama kenangan..
Hancurkan sebuah hubungan..

Tersayang, ke mana EGO ini akan terus menemani kita..
Tersayang, EGO inikah yang akan memusnahkan segalanya..



Jika benar ia bukan milik kami, Kau jauhkanlah hati kami, Ya Allah..
Kerana aku tak mahu ibadahku, perasaanku, sia2 ke jalan yang salah..
Jika memang ia milik kami, Ya Allah, Kau dekatkanlah hati kami dengan izinMu..
Kerana aku tak mahu Hawa kehilangan Adamnya, begitu juga aku yang tak mahu kehilangannya..

..Sepenuhnya..Aku serahkan ke atasMu Ya Allah..






07 September 2011

Selasaku..

Assalamualaikum,,

Walaupun hari ini hari Rabu.. Aku peduli ape? haha. Nak cerita jugak Selasaku..
Pertama sekali, aku nak ajar korang semua buat satu bunyi ni..

"KrooooOOOOhh" *dongak sambil besarkan hidung tu.

Haaa...Besar lagi kak long, abg cik, tok bah, tok ngah..

Bunyi ape tu?

Itu bunyi Ba Alip Ba Ya.. hohohoho..

Kalau korang dengar aku buat reaksi yang macam tu.. Fahamilah, itu bermaksud aku iyekan je apa yang korang cakap. HAHA.

Selasaku, Hantu Boncengku, Pontengku, McDku, J.Coku... Yah...itulah dia Selasaku..

baiklah. itu sahaja,hahahahaha!

KroooooOOOhh..!! =..= *dua titik untuk dua lubang hidung anda.


Sekian,


05 September 2011

Selamat Hari Cinta..!!

Assalamualaikum..

Hari ni berape hari bulan ye?

5 September 2011

okay, before aku start ngobrol2 sama kalian, ya bisa ngak aku ingin sekali mengucapkan HAPPY BIRTHDAY kepada mantan pacarku. semoga kamu bahagia ya sama pacar barumu. aku senang sekali deh lihat kamu bahagia sama dia seperti apa yang kamu omongin sama aku tempoh hari.. Bagus bangat deh. Akhirnya, kamu ketemu cewek yang cocok. manis lagi! ^__^

*Bahasa Indonesia (my third language) hahaha.

Kalau itu aku cerita tentang orang itu.. perenggan seterusnya ialah tentang...

Muhamad Shazuan Shaliman which is my DOMO♥..! *kizkizpelukpeluk




HAPPY 4 MONTH for US..!! ♥

 Love you, b.. Alhamdulillah, Allah masih izinkan kita bersama.. :)


Ape ni gambar sampul duit raya pulak??

HAHAHA. Malam tu aku kena congak macam2.. dengan tak ada kalkulator.. (maklumlah,masscomm tak belajar Math dah) Nak congak guna otak je memang failed lah aku.
Shaz bolehlah nak congak2 macam tu. So, aku terpaksa kira atas sampul duit raya ni sebab itu je kertas yang aku sempat capai time Shaz dengan aku lawan siapa paling cepat kira.

Kira ape? hahahaha!!
 
4bulan = 122hari = 2928jam = 175680minit


haaaaa.... gila tak gila dia suruh aku kira tak guna mesin tekan2 tu (calculator).. =..=' KroooOOOh..!

Nasib baik tak suruh aku convert jadi saat.. hahaha! ^__^

Apa2pun, aku bersyukur kami dapat bertahan. Walaupun 4 bulan tu sekejap.. :)
Memandangkan aku dan dia dipisahkan dengan jarak yang cukup jauh, aku harap perasaan yang ada sejak 4Bulan lepas tidak pernah berubah.. *Kan,b..? ^__^

Doakanlah hubungan kami ini berkekalan.. Dan semoga Allah dan keluarga memberkati dan merestui hubungan ini. Amin...


"Cinta itu seperti Cappuccino.. Enak bila diminum ketika panas.. Tapi nanti cepat habis.. Kalau tak mau habis, diminumnya perlahan-lahan.. Tapi nanti diburu kesejukan, (Film : Heart 2 Heart, 2011)


Sekian,



Blogger.com Dah Makin Cool!

Assalamualaikum,, Wahhh... tengok-tengok!!

Blogger.com dah berubah wajah laaa..

ehehehe...

Style lah!

Suka!

^______________^

*senyumsenyum

ok,Sekian..

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari