Para Penyiasat Saya

27 July 2011

Selamat Hari Jadi..!!

Assalamualaikum kiri dan kanan,,

Oh.. =_=' hari ni hari rabu. Kelas ada satu je.. So jari-jemari aku sememangnya rajin untuk meng'update' cerita.

Tapi kali ni aku tak nak dah cerita pasal jiwang-jiwang bagai. (hahaha)
Semua orang ada atuk masing-masing. Aku pun ada. Dan ada ramai atuk. haha. Adalah cerita kenapa aku boleh dapat ramai atuk~~~

Mungkin ada dikalangan yang sedang membaca ni, atuk2 telahpun selamat kembali kepadaNya. Maaf kalau kalian ada yang tersinggung. Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada nya..

"
Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa dari anak soleh"


Okay. Berbalik kepada cerita tentang atuk aku. Setiap bunga yang mekar, pasti akan layu satu hari nanti. Begitu juga dengan manusia.. sediap yang sihat pasti akan sakit.

Atuk aku orangnya sangat lincah dan ceria. Kalau kami ramai-ramai serbu tempat tinggal dia, mesti kecoh. Cerita-ceritanya. Gelak ketawanya. Kadang-kadang pening kepala nak melayan atuk.

Tapi baru-baru ni. atuk nampaknya semakin uzur. Kadang-kadang kasihan melihat keadaan atuk. Kalau dulu, atuklah yang paling kerap keluar ke sana ke sini dengan keretanya. Tapi sekarang tengoklah... hendak melangkah pun perlukan bantuan orang.



Sejak atuk sakit ni, Mummy dengan ayah selalu datang Pontian tengok-tengok atuk. Kadang-kadang atuk tak ingat pun siapa kami. :(



Atuk dah makin kurus dan tak ceria macam dulu.. Mummy dengan ayah lah peneman atuk sekarang. Walaupun mereka sangat sibuk, tapi mereka sanggup datang selepas kerja.



Kami bawa atuk keluar ambil angin kat tepi pantai.. Kalau dulu atuk boleh pergi pantai sendiri.. Tapi sekarang biarlah kami yang bawa atuk ke pantai ambil angin..


Atuk rapat dengan ayah. Walaupun ayah hanya menantu atuk. Mungkin sebab ayah saja yang boleh faham apa atuk cakap. Atuk pernah kena stroke... mungkin sebab itu apa yang atuk sebut kami tak faham. Tapi ayah boleh faham tau! haha..


'Ayah, i can see your tears in this picture'..

Time ni, atuk beriya nak aku ambil gambar dia.. Dia cuba senyum tapi tengoklah.. setakat itu sahaja atuk mampu tersenyum.. Bila aku ambil gambar ni, aku nampak mata ayah berkaca-kaca.. Lepastu ntah kenapa.. aku tersentap agaknya..aku pun tiba-tiba sebak. :'|


Hari ini... 27 Julai.. Hari Jadi Atuk.. Alhamdulillah.. Tuhan masih beri kesempatan kepada atuk untuk menyambut ulang tahun kelahirannya tahun ini..

Mungkin atuk pun tak ingat aku.. Tapi takpa lah.. :')
Kalian semua... doakanlah atuk aku sihat dan cergas seperti dulu ya.. Ntah sempat atau tidak untuk atuk menyambut hari jadinya di tahun hadapan...

Atuk,, SELAMAT HARI JADI... :'D


Sekian..







1 comment:

hannanmustaffa said...

sedih; tersentuh org; org da takde sorang pon atok kat dunie ni ;(

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari