Para Penyiasat Saya

27 July 2011

Selamat Hari Jadi..!!

Assalamualaikum kiri dan kanan,,

Oh.. =_=' hari ni hari rabu. Kelas ada satu je.. So jari-jemari aku sememangnya rajin untuk meng'update' cerita.

Tapi kali ni aku tak nak dah cerita pasal jiwang-jiwang bagai. (hahaha)
Semua orang ada atuk masing-masing. Aku pun ada. Dan ada ramai atuk. haha. Adalah cerita kenapa aku boleh dapat ramai atuk~~~

Mungkin ada dikalangan yang sedang membaca ni, atuk2 telahpun selamat kembali kepadaNya. Maaf kalau kalian ada yang tersinggung. Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada nya..

"
Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa dari anak soleh"


Okay. Berbalik kepada cerita tentang atuk aku. Setiap bunga yang mekar, pasti akan layu satu hari nanti. Begitu juga dengan manusia.. sediap yang sihat pasti akan sakit.

Atuk aku orangnya sangat lincah dan ceria. Kalau kami ramai-ramai serbu tempat tinggal dia, mesti kecoh. Cerita-ceritanya. Gelak ketawanya. Kadang-kadang pening kepala nak melayan atuk.

Tapi baru-baru ni. atuk nampaknya semakin uzur. Kadang-kadang kasihan melihat keadaan atuk. Kalau dulu, atuklah yang paling kerap keluar ke sana ke sini dengan keretanya. Tapi sekarang tengoklah... hendak melangkah pun perlukan bantuan orang.



Sejak atuk sakit ni, Mummy dengan ayah selalu datang Pontian tengok-tengok atuk. Kadang-kadang atuk tak ingat pun siapa kami. :(



Atuk dah makin kurus dan tak ceria macam dulu.. Mummy dengan ayah lah peneman atuk sekarang. Walaupun mereka sangat sibuk, tapi mereka sanggup datang selepas kerja.



Kami bawa atuk keluar ambil angin kat tepi pantai.. Kalau dulu atuk boleh pergi pantai sendiri.. Tapi sekarang biarlah kami yang bawa atuk ke pantai ambil angin..


Atuk rapat dengan ayah. Walaupun ayah hanya menantu atuk. Mungkin sebab ayah saja yang boleh faham apa atuk cakap. Atuk pernah kena stroke... mungkin sebab itu apa yang atuk sebut kami tak faham. Tapi ayah boleh faham tau! haha..


'Ayah, i can see your tears in this picture'..

Time ni, atuk beriya nak aku ambil gambar dia.. Dia cuba senyum tapi tengoklah.. setakat itu sahaja atuk mampu tersenyum.. Bila aku ambil gambar ni, aku nampak mata ayah berkaca-kaca.. Lepastu ntah kenapa.. aku tersentap agaknya..aku pun tiba-tiba sebak. :'|


Hari ini... 27 Julai.. Hari Jadi Atuk.. Alhamdulillah.. Tuhan masih beri kesempatan kepada atuk untuk menyambut ulang tahun kelahirannya tahun ini..

Mungkin atuk pun tak ingat aku.. Tapi takpa lah.. :')
Kalian semua... doakanlah atuk aku sihat dan cergas seperti dulu ya.. Ntah sempat atau tidak untuk atuk menyambut hari jadinya di tahun hadapan...

Atuk,, SELAMAT HARI JADI... :'D


Sekian..







21 July 2011

Kisah Sepasang Kekasih..

ini adalah sebuah kisah cinta.


"Bila sayang, semuanya rasa indah"


awak saya minta maaf...
tapi kalau awak x nak maafkan saya..
saya faham..saya tak boleh halang..
tapi saya tak da niat nak buat macam tu..
awak saya sayang awak...
awak selalu buat saya sedih..
tapi saya tak kisah sebab saya sayang awak..
saya tahu salah saya besar..
kalau awak benci kat saya..
saya tak boleh halang...
tapi awak tak boleh halang saya sayang awak..

saya tak kisah kita jauh..
saya tetap sayang awak...
kadang-kadang saya sedih tengok orang lain jalan2 dengan pasangan...
saya teringat kat awak...
awak jauh...
tapi saya selalu pujuk hati saya...
'takpe.. awak jauh.. tak bermakna awak tak sayang saya'..
lepastu mesti saya tenang balik..
sebab saya dah mula sayang awak...

saya tak kisah kita jauh..
saya tetap sayang awak..
kadang-kadang saya tengok roomate saya selalu super saver dengan pasangan dia..
saya teringat kat awak..
awak sibuk... tak ada masa..
tapi saya selalu pujuk hati saya..
'takpe.. awak sibuk.. tak bermakna awak dah tak ingat saya'..
lepastu mesti saya senyum balik..
nanti mesti saya peluk baju awak yang awak tertinggal tempoh hari...
sebab sayang memang dah sayang awak..

kadang-kadang awak tak perasan..
masa tu saya kecik hati dengan awak..
saya balas msg pendek-pendek..
saya ingat awak faham yang saya merajuk dengan awak..
tapi awak x perasan semua tu..

saya tunggu awak pujuk saya..
saya tgk kawan-kawan saya yang lain..
pasangan dia pujuk bila dia merajuk..
tapi kita jauh dan awak sibuk..
mungkin saya kena pujuk diri sendiri...
awak tahu....
saya pergi tengok wayang sorang2..
tengok cerita cinta sorang2..
saya nak pujuk diri sendiri..
sebab saya tahu awak tak perasan saya merajuk...
saya tak nak kita gaduh...
saya tak nak cerita kat awak...
takpelah...
saya terus karaoke sorang2..
saya nak pujuk hati saya..
saya nyanyi lagu2 sedih...
saya teringat kat awak....
takpelah..
saya tak nak kita gaduh...
sebab saya nak kita saling sayang...

harini...saya buat silap...
mungkin silap besar...
saya takut awak marah... saya cuba pujuk awak...
sebab saya tak nak awak pujuk diri sendiri..
saya dah rasa...
tak best pujuk diri sendiri.. :'(

saya janji tak buat lagi..
saya tak nak kita gaduh...
awak tahukan kenapa..?
sebab saya sayang hubungan kita...
saya tunggu awak...seperti mana yang awak nak..


AWAK...,, SAYA MINTA MAAF...


"bila bercinta, jangan mengharap taman sentiasa berbunga"



11 July 2011

Penat Fikir Positif

'Dalam dunia ni, apa yang tak ada dugaan? Nak mati nanti pun masih diduga tau tak?'

'Aku pernah dengar.. Tuhan akan tunjuk Dia sayang hambaNya dengan cara memberikan dugaan'

'Hmmm... betul ke.. apabila manusia diberi banyak dugaan, bermaksud Allah SWT ingin menaikkan martabat manusia itu..'

Assalamualaikum kiri dan kanan,,

Aku ada peristiwa pahit yang berlaku pada 11 Ogos 2010 dan ia berlaku pada 1 Ramadhan dan ketika itu juga pada hari jadi aku yang ke 18 tahun.

harini 11 July.. lagi sebulan je 11 Ogos.. kenapa aku post cerita mcmni? huh? =__='

Aku dah hidu bau-bau Tragedi !! Ogos lalu akan berulang.. :'(

Aku tak pasti macam mana.. Aku cuba untuk think positive. But the thing is, there are always negative.

sekian..


'Ya Allah... kalau benar untuk aku, kau berikanlah aku sedikit petunjuk.. kalau benar ini dugaan untuk kami, kau kuatkanlah hati kami.. kalau benar semua ini akan berakhir, aku pasti ia untuk kebaikan.. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui...'



04 July 2011

VOTE gambar saya!! haha!

Assalamualaikum kiri dan kanan,,

ye.. jam sekarang tepat 5:30 pagi.. Baru je siapkan BEL311 essay tentang FACEBOOK.. =___=' urghh! tajuk yang sangat boring..! (dah tak ada tajuk lain agaknya lec aku ni) Oh! Dan 5 minit yang lepas, aku berperang dengan seekor Cengkerik Gergasi (seekor..?? o.O). Ntah mcm mana Cengkerik Gergasi tu boleh ada dalam bilik tumpangan sementara aku ni, aku pun x tahu.. Aku nak bunuh (penyekkan dia) guna botol air yang 5 Liter tu.. Tapi dia lincah melompat ke sana dan ke sini. Bunyi penyapu dan botol air gedegang gedegung x menganggu langsung lena roomate aku.. semua tidur lena sedang aku lagi berperang menyelamatkan mereka dari Cengkerik Gergasi. Cengkerik Gergasi tu sekarang dah hilang dari pandangan. Bawah meja Mida. Aku takut nak cari dan bunuh dia. Dia sgt suka melompat.. errr.. besar sangat.. so, biar jela dia sembunyi kat bawah meja tu. Mungkin dia masih terkejut dengan bunyi hentakan botol air 5 Liter tadi. HAHAHAHAHA! Cengkerik Gergasi yang Malang!

Ok. biarkan kisah Cengkerik Gergasi itu. Post aku kali ni hanya untuk meraih 'LIKE' dari kamu kamu kamu semua.. Semalam... aku ternampak satu pertandingan di FACEBOOK.. Dan aku pertaruhkan gambar ini..



Talent : Fiza Hashim a.k.a roomate aku.. (sape nak jumpa, sila dtg Tun Teja. Single Available.HAHA! :P)

Aku tak expert mana.. tapi cuba nasib je. Gambar paling banyak 'LIKE' akan menang.. :D

Atas budi bicara kalian semua, kalau rasa gambar ni boleh tahan,,
sila LIKE PAGE di sini dahulu..
Setelah anda LIKE PAGE itu,
sila LIKE PICTURE di sini pula...

baiklah itu sahaja.. oh,btway.. inilah contest pertama aku.. so, agak 'jakon' sikit.. lalalalalala~~~

LIKE tau..! hehe.. Terima kasih.. ^__^


Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari