Para Penyiasat Saya

25 June 2011

Fairytale... ♥ (part 1)

Assalamualaikum kiri dan kanan,,

Aku dah blur. apa yang aku nak cerita ni? banyak sangat sepatutnya. Cuma aku tak tahu nak mula dari mana... Ok. ini mungkin entry TERPANJANG aku. kamu kamu kamu perlu sediakan snack dan choki2.. hahaha. :P

Bissmillah...

Kelas COM di pagi hari jumaat menambah debarku. Dililit dengan Pashminar pada pagi itu terasa sangat selesa.. memandangkan kelas COM di SAC di dalam perpustakaan. sangat sejuk. Miss Shafie berkongsi ilmunya.. Aku fokus.. Butir2 yang keluar dari mulutnya amat berguna memandangkan subjek ini tiada buku teks. aku perlukan nota!

Aku tergerak hati untuk melihat jam tangan. aku tiba2 tak bergerak. Otak tiba2 tak bisa berfungsi. aku tenung muka miss.. Cuba untuk fokus kembali. cuba dapatkan makna setiap perkataan yang keluar dari mulut dia.. minit demi minit..

Aku cuba... dan kemudian aku mula gelisah.. Badan aku memang berada di dalam kelas.. Tapi aku dah berada di tempat lain. Melaka Sentral.

Kelas tamat dan singgah sebentar di rumah sewa Nad. Aku masih di Melaka Sentral.

Berada di dalam kereta.. Jari aku mula menyentuh2 permukaan skrin phone. Mesej demi mesej.. Melaka Sentral makin dekat.

Jari yang tadi laju menyentuh-nyentuh, tiba2 hilang fungsi dan mula sejuk.. Aku mula menyiapkan diri. Mesej tidak lagi dibalas oleh aku tetapi dibalas oleh jari2 nad.

Aku dapat rasa degup jantung yang seperti ingin pecut keluar dari ikatan2 tali darah..

DAP DAP DAP DAP..

Nad, Fiza, Dayah memberi aku semangat. Ya. sejak seminggu yang lalu, mereka tak putus2 memberi aku semangat untuk menempuh detik2 ini.

'kte men game..nk.sy tkkn gtau mane sy..awk cr smpai dpt..nk tk? msti best..hehe'

Aku makin cuak. 'game'..? haaaaaaaa... makin debar lah aku.. aku menyahut cabaran itu..

langkah demi langkah.. mata ku melilau cari,, dalam hati tak putus2 salawat.. Melaka Sentral tak besar tapi ketika itu seperti kota sesat bagi aku. Mencari dan mencari.. Aku tak fokus dengan pencarian aku. minda aku lebih kepada apa akan terjadi bila kami bertemu nanti.

Dan akhirnya bukan aku yang mencari... Dia yang jumpa aku dulu.. berdiri di belakang aku..

Untuk beberapa saat sahaja aku mendongak.. tidak disengajakan,, kami berdua memilih putih sbagai warna pakaian... kemudian aku terus mengelak dan memalingkan muka..

Terlalu banyak suara2 dalam minda aku.. Aku terima apa saja yang berlaku.. ketika itu aku pasrah je. Allah ada untuk kuatkan semangat aku. Degup makin laju dan aku terasa ingin pecut dan larikan diri. lari laju2 dan keluar dari Melaka Sentral.

Dia ada sesuatu yang buat aku tiba2 tenang. Mata.

Reaksi muka dia tidak seperti yang aku bayangkan. Dia okay. saat itu hati aku yang tidak pernah ada senyuman tiba2 tersenyum.. :) Alhamdulillah...

Dia buat aku tenang dan terus tenang...

Makan tengah hari bersamanya memberi aku banyak pengalaman baru. Sushi King pilihan untuk menjadi medan selera kami.. Pengalaman yang sangat baru bagi aku. Tak lama lagi aku akan biasakan sushi itu dalam senarai makanan kegemaran aku.. :)

Terasa keserasian dan aku mula senang berada di sisi dia..

Ditemani rakan2 yang lain Nad, Fiza dan Dayah.. supaya tidak ada unsur makhluk ketiga..

Kami bermain pasir,, merasa bayu dari laut,, mengira bintang,, menggunakan setiap saat mencipta kenangan.. ♥♥♥

20 jam yang penuh dengan memori indah.. Dan kemudian, jarak memisahkan kami.. menahan air mata melihat dia pergi sangat memeritkan.. nak saja aku pancitkan tayar bas tu.. =___='

'Jauh di mata, dekat di hati'... kan? haha. ^_^

Dan menerima diri aku seadanya adalah perkara terindah... Dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. thanks...


*********THE END*********

*nantikan gambar-gambar kami.. :) thnks sudi baca..







No comments:

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari