Para Penyiasat Saya

30 June 2011

Fairytale... ♥ (part 2)



Assalamualaikum kiri dan kanan,,

Maaflah lama tak update story dan lambat upload gambar2 yang dijanjikan.. Broadband aku kat kolej Teja ni lembab nak *&^%$#@! (maaf mencarut!) Aku nak main facebook pown jadi tak selera sbb nak update status memakan masa hampir 15 minit.. %$#@! =___='

Last Post aku cerita tentang ... ... ... kan... haha. (nak baca sila klik dot dot dot tu) Tapi aku tak letak gambar sebab gambar2 tu semua banyak kat photographer aku.. :P hahaha.. so post kali ni, aku letak gambar dan sedikit caption supaya kamu kamu kamu semua dapat faham.. 'Ratu Cantik' semua tak sabar2.. ni untuk korang tau!

OKAY JOM..!!


Ini gambar tima dalam kereta.. on the way nak gi Melaka Sentral.. Muka cuak dan tak boleh nak senyum... lantak lah Nad nak amik gmbar ke ape.. aku dah terlalu cuak time ni..


Aku tak pergi sorang2.. aku bawa photographer (Nad) dan bodyguard.. haha.. Fiza and Dayah..


OUR LUNCH..!!




aku tak ingat apa nama makanan ni.. yang aku tahu, aku makan tak abis.. Stranger yang habiskan.. hehe..

lepastu kami tengok wayang.. Green Latern.. haha! dating tengok cerita aksi tau..! ahahaa!










snap2 gambar sementara tunggu nak masuk panggung.... :)

dah puas jalan2 dekat MP dan DP,, kami makan malam pulak... Nak cari tempat makan susah betul malam tu.. siap sesat2 jalan lagi... Dengan minyak tiba2 nak habis.. Sesat mencari stesen minyak.. basib baik ada Uncle Mutu...! hahaha!















Sebab dah takda tempat lain nak makan, kami singgah je mana2 tempat makan.. sedap ke tak?? hemmm... ok laaa~~~ hahaha.



Dan... tempat terakhir kami ialah Pantai Puteri.. ♥
dan dalam realitinya aku sangat rendah bila berdiri sebelah budak panjang nih. haha!

haaaaa... cara tak..?!!


OK yang ni burukkkk!!! tangan aku tak ada seni sangat...! ahaha.

Warggghh!! jeles3! bentuk 'love' stranger buat jadi... tangan kidal yang berseni kononnye.. hahaha!


gambar selepas ni, adalah gambar yang paling aku suka... ♥ ♥ ♥









banyak kenangan malam tu.. aku dan dia je yang tahu.. ... ^___^

dan sekali lagi,,

ALHAMDULILLAH...





25 June 2011

Fairytale... ♥ (part 1)

Assalamualaikum kiri dan kanan,,

Aku dah blur. apa yang aku nak cerita ni? banyak sangat sepatutnya. Cuma aku tak tahu nak mula dari mana... Ok. ini mungkin entry TERPANJANG aku. kamu kamu kamu perlu sediakan snack dan choki2.. hahaha. :P

Bissmillah...

Kelas COM di pagi hari jumaat menambah debarku. Dililit dengan Pashminar pada pagi itu terasa sangat selesa.. memandangkan kelas COM di SAC di dalam perpustakaan. sangat sejuk. Miss Shafie berkongsi ilmunya.. Aku fokus.. Butir2 yang keluar dari mulutnya amat berguna memandangkan subjek ini tiada buku teks. aku perlukan nota!

Aku tergerak hati untuk melihat jam tangan. aku tiba2 tak bergerak. Otak tiba2 tak bisa berfungsi. aku tenung muka miss.. Cuba untuk fokus kembali. cuba dapatkan makna setiap perkataan yang keluar dari mulut dia.. minit demi minit..

Aku cuba... dan kemudian aku mula gelisah.. Badan aku memang berada di dalam kelas.. Tapi aku dah berada di tempat lain. Melaka Sentral.

Kelas tamat dan singgah sebentar di rumah sewa Nad. Aku masih di Melaka Sentral.

Berada di dalam kereta.. Jari aku mula menyentuh2 permukaan skrin phone. Mesej demi mesej.. Melaka Sentral makin dekat.

Jari yang tadi laju menyentuh-nyentuh, tiba2 hilang fungsi dan mula sejuk.. Aku mula menyiapkan diri. Mesej tidak lagi dibalas oleh aku tetapi dibalas oleh jari2 nad.

Aku dapat rasa degup jantung yang seperti ingin pecut keluar dari ikatan2 tali darah..

DAP DAP DAP DAP..

Nad, Fiza, Dayah memberi aku semangat. Ya. sejak seminggu yang lalu, mereka tak putus2 memberi aku semangat untuk menempuh detik2 ini.

'kte men game..nk.sy tkkn gtau mane sy..awk cr smpai dpt..nk tk? msti best..hehe'

Aku makin cuak. 'game'..? haaaaaaaa... makin debar lah aku.. aku menyahut cabaran itu..

langkah demi langkah.. mata ku melilau cari,, dalam hati tak putus2 salawat.. Melaka Sentral tak besar tapi ketika itu seperti kota sesat bagi aku. Mencari dan mencari.. Aku tak fokus dengan pencarian aku. minda aku lebih kepada apa akan terjadi bila kami bertemu nanti.

Dan akhirnya bukan aku yang mencari... Dia yang jumpa aku dulu.. berdiri di belakang aku..

Untuk beberapa saat sahaja aku mendongak.. tidak disengajakan,, kami berdua memilih putih sbagai warna pakaian... kemudian aku terus mengelak dan memalingkan muka..

Terlalu banyak suara2 dalam minda aku.. Aku terima apa saja yang berlaku.. ketika itu aku pasrah je. Allah ada untuk kuatkan semangat aku. Degup makin laju dan aku terasa ingin pecut dan larikan diri. lari laju2 dan keluar dari Melaka Sentral.

Dia ada sesuatu yang buat aku tiba2 tenang. Mata.

Reaksi muka dia tidak seperti yang aku bayangkan. Dia okay. saat itu hati aku yang tidak pernah ada senyuman tiba2 tersenyum.. :) Alhamdulillah...

Dia buat aku tenang dan terus tenang...

Makan tengah hari bersamanya memberi aku banyak pengalaman baru. Sushi King pilihan untuk menjadi medan selera kami.. Pengalaman yang sangat baru bagi aku. Tak lama lagi aku akan biasakan sushi itu dalam senarai makanan kegemaran aku.. :)

Terasa keserasian dan aku mula senang berada di sisi dia..

Ditemani rakan2 yang lain Nad, Fiza dan Dayah.. supaya tidak ada unsur makhluk ketiga..

Kami bermain pasir,, merasa bayu dari laut,, mengira bintang,, menggunakan setiap saat mencipta kenangan.. ♥♥♥

20 jam yang penuh dengan memori indah.. Dan kemudian, jarak memisahkan kami.. menahan air mata melihat dia pergi sangat memeritkan.. nak saja aku pancitkan tayar bas tu.. =___='

'Jauh di mata, dekat di hati'... kan? haha. ^_^

Dan menerima diri aku seadanya adalah perkara terindah... Dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. thanks...


*********THE END*********

*nantikan gambar-gambar kami.. :) thnks sudi baca..







24 June 2011

Debaran bukan Lebaran.

Assalamualaikum kiri dan kanan.,,

2.50 pagi dan untuk beberapa jam saja lagi aku perlu ke kelas pagi. dan masih tidak melelapkan mata. buat preparation untuk hari yang paling penting buat aku..

tinggalkan debaran itu seketika. aku nak mencarut terlebih dahulu.

BEL311... dan sejak semalam, aku mula membenci lecturer aku. Sangat benci. Aku sangat bertungkus-lumus menyiapkan outline dgn article... hanya semata-mata article dari newspaper, dia sanggup nak failed kan aku! WTF!!!!! Weyh... kau tak perlulah tengking2 aku kat depan kelas macam tu siaaa... nak mengajar tu ajar lah betul2... tawu lah kau BAGOS... =___='

Dan selepas kelas BEL, aku ke kelas taekwando.. hebatnya, aku buat tendangan side-kick dan turning-kick dgn penuh jayanya d'sebabkan aku membayangkan muka Lecturer aku tu. HUUUaaarghhh!!!! puas! puas!

haaaaaaaaaaaaaaa~~~ (tarik nafas ye kawan2..)

dan beberapa jam saja dari sekarang aku akan bertemu seseorang. seseorang yang sgt penting. Ya Allah... tuhan je tahu.. aku sangat nervous sgt. Nasib baik ada yang teman aku nanti. Fiza, Nad, Dayah.. huuuuuuuuu...

Aku akan overnight ramai2.. Dan aku harap semuanya berjalan lancar... Aku dah banyak buat persiapan..

Kalau apa-apa terjadi, (perkara malang) aku akan terima dengan hati yang terbuka... Aku harap Allah mempermudahkan perjalanan hidup aku. Amiinn...

OH!!! Nway,, Aku dah pun dapat baby yang ke-3... Nokia C3-05... hijau epal pulakkk~~~ hahaha! Melayang macam tu je duit PT aku.. haha! Dan....dan..dan.. PERMOHONAN KOLEJ aku BERJAYA!!!!!!!!!!!!!! HAHAHA! :D


Berdebarnye!
DuP dAp DuP DAp!!!

15 June 2011

Masuk Balai..!

Assalamualaikum kiri dan kanan,,

Hari ni rabu.. Dan memandangkan kelas aku cuma ada satu je iaitu BEL311,, maka banyaklah masa yang terluang.. (tu yang tetiba rajin nak update story ni.haha)

Hmm.. Hari ni aku dapat pengalaman baru. MASUK BALAI..!! Warghh... aku memang penjenayah yang dikehendaki.. hahahha! XD Choooii~~~ jangan doa bukan2 lah kawan.. haha.

Sebenarnya, aku pergi IPD Alor Gajah tadi dengan Numb2, Nunu and Miza.. Kami ada tugasan untuk subjek COM dan perlu dapatkan report daripada polis. So, inilah pengalaman pertama aku menemuramah anggota polis. Nasiblah aku bawak baby aku sekali.. dapatlah tangkap gambar-gambar sikit..



ini mangsa kemalangan untuk report polis yang kitorang ambil. Kebetulan sampai je IPD tu,, betul2 ade kes kemalangan.. So, kira kami dapat report yang fresh la.. :)


Disebabkan kebetulan ada kemalangan tu, dapatlah aku ambil gambar keadaan kenderaan yang mengalami kemalangan tu.. Bukan senang nak amik spontan mcm ni woo.. haha.



Ni masa mangsa membuat report tentang kemalangan.. Pegawai polis tu namanya Tuan Roslan.. berjawatan sebagai Penolong Pegawai Penyiasat. HAHA! aku teringat cerita Detective Conan. :P




Misi selesai... Report dah dapat, gambar dan temu ramah pown dapat.. Sebelum balik, beriya nak abil gambar berlatarkan IPD Alor Gajah.


Bila keluar dari IPD tu, ada satu perasaan yang aneh muncul.. aku dah mula jatuh cinta dengan bidang journalism dan kewartawanan.. Huuuu~~~ lalalalalaaaa...



14 June 2011

Perubahan...dan Berubah..

Assalamualaikum kiri dan kanan.,

Maaf.. maaf.. maaf.. Dah lama sangat kan aku tak update cerita terbaru. Sem kali ni agak mencabar. BEL 311 dah x semudah BEL sem 1 dan 2. Sampai nak ada dictionary english-english bagai. hurrrgghh.. =____='

Oh! By the way.. HAPPY BIRTHDAY STRANGER...! yeayyy.. awak dah 19 tahun..!!! ^___^ Uit, awak! Semoga hidup awak diberkati dan semakin hari semakin bahagia... :) Dan... lakukanlah 'perubahan'...

sebenarnye, aku dah lapar sangat sampai tak ada idea nak cerita apa.. Aku pi makan dulu la ye. Nak join?! hahaha. JOM! Maggi Kari!

*hehe.. blog dah berubah wajah sikit.. laalalalalala~~



05 June 2011

5.Haribulan.

Assalamualaikum kiri dan kanan,,

Haaaa... kan kan kan.. tetiba pulak lagu blog aku Hindustan bagai.. hahaha! MAMPU??! hahaha.

Huuu.. lama bebenor juga aku tak meng-update blog.. (Stranger dah tak ada bahan bacaan.haha) Bukan apa.. aku sibuk gila. sejak-sejak tak dapat kolej ni.. dan dan aku tumpanglah bilik Fiza.. huuu.. thanks Fiza.. ='D Thanks juga kat roomate Fiza.., :)

Uit..Uit.. Apahal tu 5 Haribulan ? =P

hahaha.. imagine ada baby sayap2 pegang anak panah love2.. XD haha.

Genap sudah sebulan.. :) ye.. sangat muda lagi hubungan kami.. Insyallah...ada jodoh.. panjanglah lagi.. AMIN...

ok. tinggalkan Ceritera Cinta itu... hak3! Aku sekarang alhamdulillah.. semakin pulih dan pulih.. Terima kasih yang selalu doakan kesembuhan aku.. Insyallah.. Allah akan mempermudahkan perjalanan hidup kamu semua...

Walaupun tak pulih sepenuhnya,, tapi tetap bersyukur.. Dan aku harap seseorang itu pun bersabar dengan keadaan aku sekarang.. :)

Dua hari lepas aku kat JB. Ye. =_=' aku tau aku baru je seminggu kat Melaka.. haha. Tapi nak buat macam mana kan.. rindu Mummy.. heeehheee.. =p So, petang tadi lah baru aku sampai Melaka.. Penat pun tak hilang lagi ni..

Mulai sekarang aku nak 'think positive' je..

We are what we think!

Ok. Aku akan ingat kata2 untie tu. (untie yang sangat cantik) =D

alalalallaaaaa~~~ eh?! hujan?! tetiba tgh2 malam ni...? =____=' macam perli aku menyanyi je... krooooooh~~~ =..=
ok ok.. berhenti nyanyi lagu hindustan laa.. haha.


'iloveyou,stranger' ^_^



Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari