Para Penyiasat Saya

29 May 2011

Derita.Pelajar.Gagal.Dapat.Kolej

Assalamualaikum kiri dan kanan,,

Maaflah ada terongak sedikit enteri blog aku. Aku tak sempat nak update blog memandangkan aku sangat sibuk menguruskan hal-hal nak naik sem 3 dan hal-hal kesihatan aku. (dua suntikan di pungg*** itu sangat menyakitkan ok.) =___=' Cepatlah aku nak sembuh. Aku dah tak sanggup nak kawal makan. Aku cuma boleh makan...

-Nasi Putih
-Ikan
-Sayur
-Buah

Huwarrgghhh... No more ayam! no more Nasi Goreng Daging! No more Tom Yam! Huwaaa!! DX Aku dah macam orang vegetarian sebab tak makan ayam dan daging. =_________='

Sedia maklum, aku gagal dapat kolej. ye. GAGAL. oh,ya. biar aku terangkan 'kolej' tu apa. Sebab ramai yang salah sangka. Untuk pengetahuan kamu kamu kamu semua,, kalau UiTM, tempat tinggal atau hostel untuk pelajar dipanggil 'kolej'. So, jangan keliru harap maklum.

Ok. Aku gagal dan aku tak tahu kenapa aku gagal sedangkan aku aktif. Ye. Aku rasa bengang sebab sia-sia je aku joget2 untuk CITRAWARNA last sem semata-mata nak penuhkan Kad Aktiviti aku supaya aku tak kena buang kolej. Tapi, nampaknya pihak kolej memang sengaja nak aku mencarut dan mencarut *&^%$#@! Aku yang aktif TAK dapat kolej, yang tak aktif DAPAT kolej. Aissshhh... bikin panas betul...

So, aku sekarang menunggu permohonan kedua untuk dpatkan kolej dan sementara itu, aku seperti student yang merempat. Ye. Aku merempat di rumah sewa kawan aku. Nasib baik ada dia. Aku bersyukur jugak. sekurang-kurangnya adalah tempat berteduh. TAPI SAMPAI BILA? menyusahkan org lain je menumpang. Dua minggu pulak tu. Sumpah aku tak sanggup.

Baru aku rasa seksa pelajar yang tak dapat kolej. Bayangkan, tak da almari nak simpan baju,barang.. tak da meja belajar nk letak buku2.. Tidur pun kat ruang tamu, takda katil.. Makan lagi lah susah.. restoran jauh.. Kalau kat kolej dulu, Kafe berlambak ada makanan..

Apa nasib aku pun tak tahu. Tapi aku harap semua ni akan berakhir. Tolonglah...aku nak dapat bilik kat kolej. Secepat mungkin.

Untuk Awak ..,,
Thanks sebab beri keputusan sebegitu malam semalam. Saya bersyukur sangat. Susah senang sama-sama...


Esok kelas pagi dan aku peru bangun awal. Ini bermakna aku kena tidur awal. Bermulalah kehidupan seperti BIASA... ditemani Assigment dan Quiz dan Exam... =__=' Ok. Selamat Tidur Aida.


'missyoub' ♥



No comments:

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari