Para Penyiasat Saya

06 May 2011

Sharing 1#

Assalamualaikum kiri & kanan,,

Lalalala~~~ wajah baru... haha. Thanks to my Shinchan sebab tolong beri pendapat. Sayang awak! HAHA..! Ok. seperti enteri aku yang lepas. aku janji nk share hasil aku sepanjang Sem 2 kan? ^___^ Ok. Mari kita mulakan dengan Subjek COM163.

COM 163 ni subjek paling aku suka. Lecturer pown adalah salah seorang pensyarah yang paling aku suka. Miss Shafezah. Oh! She is great!

Ok. yang ni Assignment untun Newsletter. membawa markah sebanyak 15%. Lain kelas lain cara. Untuk kelas aku. (DMC2A). We all perlu siapkan 7 - 9 story dan hanya cover event MAKSIS(Minggu Aspirasi Komunikasi Islam). Dan dan dan.. Ini antara assignment paling susah. terkejar sana, terkejar sini. Gaya hidup sebagai seorang journalist dan repoter dan jurugambar dapat aku rasakan ketika itu. Sumpah nak pecah kepala cari story.

Dah. Tak nak membebel panjang. Kat bawah ni, antara story2 yang aku sediakan. Tapi belum final lagi.

*Kalau tak nak boring, tak payah bace semua. penat je mate tu. terus scroll sampai bawah je sudah. HEHE...







NEWSLETTER
COM 163

AIDA SOFEA BINTI SYAMSUL KAMAL

DMC2A

JAKIM Membantu Media Menyampaikan Dakwah

Selasa, 22 februari 2011, bertempat di Dewan Shahbandar UiTM Alor Gajah. Minggu Aspirasi Komunikasi Islam (MAKSIS) telah menganjurkan forum tentang Bicara Kewartawanan Peranan Media dalam Menterjemahkan Syiar Islam.

Tuan Haji Mat Radzi bin Mat Ali, Pengarah Inovasi dan Ketamadunan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata bahawa JAKIM merupakan agensi pusat yang menguruskan hal ehwal Islam.

Dakwah boleh dilakukan dalam pelbagai cara iaitu dengan cara niat, lisan dan perbuatan. Media merupakan alat yang mengalami proses inovasi berterusan. Pengisian adalah perkata terpenting dalam media.

Wujudnya beberapa bahagian dalam pengurusan JAKIM. Bahagian Media / Media Elektronik dan Penyiaran menjalankan tugas dalam menerbit dan mengisi slot Islam yagn diberikan di radio dan televisyen.

JAKIM memberi 20 jam setiap satu minggu untuk bersiaran di televisyen. Manakala 113 jam setiap satu minggu di 6 siaran radio yang terpilih. Bahagian Media ini juga memikul tanggungjawab untuk menyediakan bengkel Fiqh Penyiaran.

Selain Bahagian Media, wujud juga bahagian-bahagian lain seperti Bahagian Perancangan dan Penyelidikan yang bertanggungjawab menyemak dan menapis bahan-bahan yang ingin diterbitkan.

Bahagian Dakwah yang diwujudkan dalam pengusrusan JAKIM adlah bertujuan untuk menganjurkan seminar, bengkel dan kursus kefahaman Islam kepada Budayawan, Karyaman mahupun artis-artus tanah air. Ia juga diberi tanggungjawab untuk menediakan penceramah mahupun pentazkirah.

Seterusnya Bahagian Pengurusan Maklumat (ICT). Bahagian ini ditugaskan untuk menerbitkan JAKIM.TV di dunia internet.

Bahagian Pengurusan Fatwah pula menjalankan tugas dengan mengeluarkan fatwah-fatwah tertentu serta mengelak terhakisnya akidah di kalangan masyarakat.

Why Should Preach?

In the same ceremony that the forum "Talk of Journalism Media Roles in Interpreting the symbols of Islam” , Al-Fadhil Ustaz Mohd Nasir bin Amir who is also the Timbalan Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor, said media could be instrumental to the message of Islam in a country where practitioners using the correct media.

"Da'wah is the claim of religion, worship and Jihad", he said.

Da'wah is a process of changing from bad to better. Mission also convey information, state the rights and not excessive.

He said the mission was necessary because there are reasons. Among them are:

• The Muslim community is not in the actual position

• The Muslim community is still ignorant

• The Muslim community has always looked down upon by the West.

• The Muslim community is considered a terrorist.

Salah Adam atau Hawa?

Dunia dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Islam juga tidak menghalang fesyen, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Pada masa kini banyak program-program yang memperjuangkan fesyen yang berkonsepkan Islam. Contohnya Festival Busana Muslim di Monte Carlo.

Begitu juga di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, tidak melepaskan peluang untuk memperjuangkan fesyen yang berkonsepkan Islam dalam majlis Busana Islam anjuran Minggu Aspirasi Komunikasi Islam (MAKSIS) pada hari Khamis, 24 Februari 2011 yang lalu.

Selain pereka-pereka fesyen yang dibawa dari Jabatan Senireka fesyen,FSSR UiTM Shah Alam, turut hadir salah seorang peserta Program Imam Muda, Ahmad Azran bin Ahmad Kamal atau lebih dikelnali dengan panggilan Ustaz Aran.

Masalah yang berlaku pada masa kini ialah cara pemaikaan kaum wanita yang terlampau terdedah. Persoalannya, siapakah yang patut disalahkan?

Ustaz Aran menekankan bahawa Kaum Adam perlu menundukkan pandangan dan menjga kemaluannya. Kaum Adam tidak boleh memandang Kaum Hawa yang tidak menutup aurat untuk pandangan kali kedua kerana itu pandangan yang bersertakan nafsu. Maka hukumnya haram dan dosa. Oleh kerana itu, Kaum Hawa perlu menutup aurat dengan sempurna untuk kesejahteraan kedua-dua pihak.

Ustaz Aran diajukan lagi dengan persoalan mengenai hukum Kaum Hawa yang memakai purdah. Islam tidak mewajibkan Kaum hawa untuk berpurdah. Walau bagaimanapun ia menjadi wajib jika wanita itu mempunyai raut wajah yang boleh mendatangkan fitnah.

Sirah Junjungan : Dugaan Buat Erma Fatima

Erma Fatima atau nama sebenarnya Fatima binti Rahmat memegang topi sebagai seorang pelakon, penerbit dan pengarah filem / drama dan teater. Beliau seorang penggiat seni yang sangat berdisplin dan teguh akan cintanya dalam berkarya.

Dalam Majlis forum ‘Bicara Seni Dalam Islam’ anjuran Minggu Aspirasi Komunikasi Islam (MAKSIS) pada 23 Februari 2011 di UiTM Kampus Alor Gajah, Erma Fatima dijemput untuk turut menjadi salah seorang dari ahli panel dalam forum tersebut.

Beliau merupakan karyawan yang bersemangat kental dan ketabahannya terserlah melalui pengalamannya dalam pembikinan teater Sirah Junjungan. Sirah junjungan merupakan teater yang berkisahkan tentang riwayat hidup baginda Rasulullah SAW.

Erma Fatima meluahkan antara cabaran yang paling berat dalam pembikinan Sirah Junjungan ini ialah mendapatkan sponsor. Sejujurnya beliau menyatakan bahawa beliau terdetik untuk menghasilkan Sirah Junjungan kerana merasa tercabar apabila ada produksi yang menerbitkan sebuah animasi yang telah memburuk-burukkan Rasulullah SAW. Namun beliau tetap kecewa kerana tidak sukar untuk mendapatkan sponsop walaupun dari pihak yang turut memperjuangkan konsep Islam.

Beliau juga meluahkan rasa terkilan kerana Sirah Junujungan yang menceritakan kisah Rasulullah SAW ini tidak mendapat sambutan. Meskipun strategi dengan menjemput artis-artis tanah air yang popular menonton, jumlah penonton tetap mengecewakan.

Beliau akui bahawa antara punca teater ini tidak mendapat sambutan adalah kerana salah dalam pemilihan tajuk. Akhirnya, Erma Fatima kini kerugian dan masih menanggung bebanan hutang daripada pembikinan Sirah Junjungan.

Fashionable with Islamic Concept

Busana Islam ceremony organized by Minggu Aspirasi Komunikasi Islam (MAKSIS) was held at UiTM Kampus Alor Gajah in a very festive with a fashion show with the concept of Islam. Fashion designers who are involved come from Jabatan Senireka Fesyen, FSSR, UiTM Shah Alam.

A total of three designers, eleven female models and six male models are involved in the fashion show.

Each designer brought their own concepts. Scha Sahaque, select the ‘Alunan Ombak’ as his concept. he said, the selection of blue to symbolize peace. different Shahrul Ibrahim, he brought the concept ‘Pucuk Rebung’. He uses the color purple to give an elegant and exclusive feeling to the wearer.

What is amazing when a fashion designer named Fiqz bring the concept of ‘Zaman Kesultanan Raja-raja’ in his designs. He use a golden yellow color and black on his designs and has attracted the attention of the public.

This fashion show has opened my eyes all the benefits of Islamic fashion. it also proves that people can still be fashionable even with the concept of Islam.

Film is a Propaganda

Propaganda is a concerted messages aimed at influencing public opinion or behavior. it is also a deliberate systematic attempt to shape perceptions, manipulate cognitions, and direct behavior to achieve a further response to the desired destination.

Syed Zulkifli bin Syed Masir Jamalullail as an independent lecturer, director, writer and producer of the opinion that the film is a propaganda.

Propaganda in a film play an important role to convey a message. Proaganda can influence the audience to believe the story of a film. Especially in the Islamic film.

He is also a member of the panel in the forum 'Talking Islamic Art' organized by the Minggu Aspirasi Komunikasi Islam (MAKSIS) on February 23, 2011 at UiTM Kampus Alor Gajah explained that, in communicating knowledge plays an important role in providing a strong impact in the Islamic film.

A Night In Palestine

“We keep telling each other, That this day will be, Will be the last and tomorrow, We all can go home free, And all this will finally end, Palestine tomorrow will be free, Palestine tomorrow will be free...”

that some lines of the song titled 'Palestine Tomorrow Will Be Free "which was sung by Zain Maher.

MAKSIS organized another event called 'A Night in Palestine' on 23 February 2011. The Council received a very festive.

The opening ceremonies are full of gimmicks which is also called Flashmob. the scenes of how the atmosphere and the hardships of the people of Palestine to some extent affect the feelings of all who see it at night.

The event was attended by special guests of The Volunteer Viva Palestine, Jamaluddin Ilyas who is also a hostage ship Mavi Marmara. Artists invited to the ceremony Andy Flop Poppy.

Sharing stories and experiences of one ship hostage Mavi Marmara, Mr Jamaluddin Ilyas became the focus of many viewers. He explained that the actual number of people in the Mavi Marmara ship was about 577 people. Mavi Marmara also carrying 10 tonnes of food and medicine. Mavi Marmara mission ship called the Lifeline for Gaza.

Event 'A Night in Palestine’ that ended with a presentation from Andy Flop Poppy. Throughout this on going MAKSIS program, the project manager has provided funds for the Palestinians to raise funds and donated to Viva Palestina at night.

Mirwana Mementingkan Imej

Mirwana sebuah kumpulan Nasyid yang tidak asing lagi. Terdiri daripada lima ahli iaitu Muhammad Akmaluddin Bin Samsudin (Akmal Mirwana), Muhammad Hafiz bin Tamizi (Hafiz Mirwana), Mohd Hafiz Bin Hamzah (Along Mirwana), Syed Muhammad Izzat Bin Syed Mahadi (Izzat Mirwana), Naemul Helmi Bin Mohd Napiah (Naim Mirwana) dan Syed Muhammad Ikram Bin Syed Mahadi (Ikram Mirwana)

Jenis musik eksperimental yang dibawa oleh kumpulan Mirwana ini banyak menarik dan mencuri hati para pendengar terutama remaja. Oleh itu, MAKSIS tidak melepaskan peluang untuk menjemput kumpulan Mirwana ini ke majlis yang diberi nama ‘Voice of Islam’ pada malam penutupan program MAKSIS yanh berlangsung pada 24 Februari 2011 jam 8 malam di Padang kawat UiTM Alor Gajah.

Sempat diajukan dengan beberapa soalan diantaranya penerimaan pasaran terhadap karya nasyid. Mereka menjelaskan bahawa publisiti agak kurang namun dari segi jualan album masih mendapat sambutan. Mereka percaya masih ramai lagi yang meminati karya nasyid.

Mirwana juga menekankan bahawa Imej sesorang artis atau penghibur itu penting. Ini kerana, artis perlu lebih mendekatkan diri dengan para pendengar dan peminat. Imej juga dikatakan penting dalam menyampaikan sesuatu mesej.

Pada malam penutupan MAKSIS itu, Mirwana telah mempersembahkan 5 buah lagu seperti ‘Salawat’, ‘Tika Masanya’, ‘Kembali Padamu’, ‘The Climb’ dan ‘Menifistasi Cinta’. Keseluruhan penonton pada malam itu berpuas hati dengan persembahan dari Mirwana.



Ok. Dah baca? Tak baca semua? Ha... buang masa je baca semua.. tengok2 je sudah..
itu baru story je. Yang ni baru yang final. Dah edit semua dan masuk gambar semua.. Maka terhasillah. Newsletter 'This & That'.



Tak tahulah aku dapat markah berapa. HAHA! Ape korang cakap? TAK LAWA?! ape aku kisah...? hahaha. Aku tahu aku rasa penggunaan warna Newsletter aku ni agak banyak sangat warna purple.

Oh. Ok. =___=" aku dah perasan something. Aku suka warna Ungu..! (aku baru perasan)

Pengalaman paling best time buat Newsletter ni, bila dapat menemuramah Mirwana. Tak pernah2 nak temu ramah artis. selalu minta tanda tangan je kan... HAHA. Dan yang paling penting aku dapat belajar macam mana nak handle pelbagai situasi. Insyallah dengan pembelajaran dan pengalaman aku sepanjang Sem 2 ni, akan buat aku lebih matang.

Lalalala... Ok. next enteri, aku akan show Broadcast's Assignment aku. Weeehoouu!!!


'bersamawakbuatsayarasagembiradanselalutersenyum'




No comments:

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari