Para Penyiasat Saya

06 May 2011

Aku.Ada.Zaman.Kartun

Assalamualaikum Kiri & Kanan...

Cuti Sem aku kali ini membosankan. Tak sabar nak keluar dengan girlfriend2 aku esok. Kebosanan aku sudah sampai tahap yang agak kritikal sehingga aku mula memandang sinis terhadap semua kartun yang sedang dirsiarkan di TV sekarang. Tak kira lah TV berapa dan ape.

Aku rindu kartun2 zaman aku dulu... Kamu kamu kamu semua tak rindu ke?

.....=_____=" Krik Krik Krik....~~~

Aku ada zaman kartun aku sendiri. Kamu semua ada? Kamu? Ada? Kalau tak ada, sila gantung diri sekarang. x___x

Menonton TV dan menyaksikan wira2 beraksi pada hari minggu ketika itu, aku rasa sangat bahagia. (aku tak pasti kenapa) ahh! Usah difikirkan. Itu perasaan ketika zaman kecil2..


Totally Spies


Dragon Ball


Doraemon



Card Capture Sakura



Sailormoon



Untuk mereka, banyak kali aku kena bantai dengan mummy sebab tak nak mandi demi nak tengok Sailormoon dan Dragon Ball hari sabtu dan ahad.. Aku akan tengok bersama adik aku dengan hanya memakai seluar pendek dan sambil memeluk bantal busuk. (oh. kenapa aku pakai seluar pendek dan x berbaju?) Zaman kanak2 aku bukan seperti zaman kanak2 perempuan. Itu semua pengaruh adik aku dan ayah aku. Mummy tak tengok kartun. =___="

Nasib baiklah, bila besar aku tak jadi tomboi atau penkid atau sebagainya.. HAHA!


Untuk mereka juga (kartun), banayak kali aku kena bebel dengan mummy sebab x nak mandi petang and solat maghrib demi nak tengok Shincan dan Doraemon. Bersiaran pada pukul 7 sampai pukul 8 malam. Dan solat aku ketika itu menjadi taruhan. Aku nakal. Aku pilih kartun berbanding solat.

Aku dan adik aku pernah tipu2 mummy yang kononnya dah solat.. Dengan rasa tak bersalahnya kami menipu demi kartun2 itu. Arghh!!! aku benci buat pengakuan!! (kalau mummy baca, mati aku)

Zaman kartun aku nampaknya banyak memberikan kesan negatif. HAHAHA! tak apelah. So, lepas ni, aku tak boleh nak salahkan anak2 aku kalau mereka mereka dan mereka buat perangai yang sama. HAHAHA! aku perlu sediakan rotan setebal kayu kriket untuk mereka nanti. =___=" (ok.terasa akward bila bercerita tentang anak.sila muntah hijau sekarang)


'awaksayataksukakamenridertau!HAHA'


No comments:

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari