Para Penyiasat Saya

29 May 2011

Derita.Pelajar.Gagal.Dapat.Kolej

Assalamualaikum kiri dan kanan,,

Maaflah ada terongak sedikit enteri blog aku. Aku tak sempat nak update blog memandangkan aku sangat sibuk menguruskan hal-hal nak naik sem 3 dan hal-hal kesihatan aku. (dua suntikan di pungg*** itu sangat menyakitkan ok.) =___=' Cepatlah aku nak sembuh. Aku dah tak sanggup nak kawal makan. Aku cuma boleh makan...

-Nasi Putih
-Ikan
-Sayur
-Buah

Huwarrgghhh... No more ayam! no more Nasi Goreng Daging! No more Tom Yam! Huwaaa!! DX Aku dah macam orang vegetarian sebab tak makan ayam dan daging. =_________='

Sedia maklum, aku gagal dapat kolej. ye. GAGAL. oh,ya. biar aku terangkan 'kolej' tu apa. Sebab ramai yang salah sangka. Untuk pengetahuan kamu kamu kamu semua,, kalau UiTM, tempat tinggal atau hostel untuk pelajar dipanggil 'kolej'. So, jangan keliru harap maklum.

Ok. Aku gagal dan aku tak tahu kenapa aku gagal sedangkan aku aktif. Ye. Aku rasa bengang sebab sia-sia je aku joget2 untuk CITRAWARNA last sem semata-mata nak penuhkan Kad Aktiviti aku supaya aku tak kena buang kolej. Tapi, nampaknya pihak kolej memang sengaja nak aku mencarut dan mencarut *&^%$#@! Aku yang aktif TAK dapat kolej, yang tak aktif DAPAT kolej. Aissshhh... bikin panas betul...

So, aku sekarang menunggu permohonan kedua untuk dpatkan kolej dan sementara itu, aku seperti student yang merempat. Ye. Aku merempat di rumah sewa kawan aku. Nasib baik ada dia. Aku bersyukur jugak. sekurang-kurangnya adalah tempat berteduh. TAPI SAMPAI BILA? menyusahkan org lain je menumpang. Dua minggu pulak tu. Sumpah aku tak sanggup.

Baru aku rasa seksa pelajar yang tak dapat kolej. Bayangkan, tak da almari nak simpan baju,barang.. tak da meja belajar nk letak buku2.. Tidur pun kat ruang tamu, takda katil.. Makan lagi lah susah.. restoran jauh.. Kalau kat kolej dulu, Kafe berlambak ada makanan..

Apa nasib aku pun tak tahu. Tapi aku harap semua ni akan berakhir. Tolonglah...aku nak dapat bilik kat kolej. Secepat mungkin.

Untuk Awak ..,,
Thanks sebab beri keputusan sebegitu malam semalam. Saya bersyukur sangat. Susah senang sama-sama...


Esok kelas pagi dan aku peru bangun awal. Ini bermakna aku kena tidur awal. Bermulalah kehidupan seperti BIASA... ditemani Assigment dan Quiz dan Exam... =__=' Ok. Selamat Tidur Aida.


'missyoub' ♥



26 May 2011

Sempurna.Vs.Sederhana. =')

Assalamualaikum kiri dan kanan,,

Sesiapa yang kenal aku, yang pernah kawan dengan aku, yang selalu bersama dengan aku, dia akan tahu di mana kekurangan aku. :) manusia tak sempurna. begitu juga dengan aku. Kali ni aku nak kongsikan perasaan syukur aku. Syukur atas apa yang aku ada sekarang.

Mungkin ada insan lain yang lebih hebat dari aku, yang punya kelebihan berbanding aku. Mungkin ada yang lebih bertuah dan lebih gembira. Ahh! pedulikan. =__=' sebab aku tak kisah. HAHA!

*senyum senyum senyum... ^__^

Makin seronok pula sebab lagu blog aku ni (Love You Till The End) buat aku teringatkan seseorang. hehe. yela... Awak lah.. lalalalaaa~~~

Thanks Mummy, Thanks Ayah.. banyak susahkan kamu kamu... Cuti sem ni, jatuh sakit je.. pergi sana sini untuk sihatkan saya balik.. Nak pergi tandas pun minta mummy teman.. :S Saya ni manja sangatkan? welkk!! hahaha!

Kawan2 tersayang.. Anan, Uji, Nad, Ct, Sheda, Aspa, Jenab, Mim, Sarel, Jabar, Feeq, Auni, Qis, Kak Ani, Shira, Suhaida DL, Ustaz Amirul, Mamat, kawan sekelas, selevel, sekelab, seroomate, senegeri, sefacebook, sesesesesemualah! Tahniah sebab dapat kawan macam aku. HAHA! Dan dan dan, walaupun aku tak mention selalu, tapi aku syg korang. (ok. sesiapa yang tekak dah kembang2 boleh muntah sekarang. XD HAHA!)

Dan... Awak ..
Oke.. ^_^ saya tak tahu nak cakap apa2. But... you create a new life for me, dear.. Yang penuh dengan kejujuran dan kepercayaan. Saya tak pasti sampai mana hubungan kita sebab semua tu ketentuan Ilahi.. Tapi awak sumber inspirasi saya..

Semua yang aku ada. Semuanya sederhana.. dan itu buat aku jadi sempurna.. =')

Alhamdulillah...

sekian,,

'sayangawak' ♥




25 May 2011

Tak.Sempat.Berdebar.HAHA!


Assalamualaikum kiri dan kanan..

kepala senget kiri....dan senyum....
kepala senget kanan....dan senyum...



Cayalah UiTM... Last sem,, aku sampai masuk tandas berkali-kali sebab nak tengok result. HAHA.

Tapi tapi tapi... kali ni, x sampai 5 minit aku dah dapat tengok. Tak sempat berdebar pown . Dan dan dan... ALHAMDULILLAH... pointer aku naik.. he he he. Tapi maaflah.. aku masih tak dapat DL... takpe2.. usaha lagi sikit je Aida! HAHA.

Oh! haha. hari ni aku beranikan diri untuk post lagu yang aku nak cover tu. terima kasih CIK ANANCHUMELL sebab post nyanyian aku di enteri anda. sila klik sini. HAHA. (nak dengar klik situ ok.^-^ ) aku nyanyi saja-saja je tu.. suara tak sedap mana pown. maklumlah bukan artis. haha.

Untuk encik yang selalu bz tu... I Miss You...

PTPTN dah masuk!!!! HAHAHA! =___=' tak boleh syok sgt. kolej aku tak dapat. tu nak bayar rumah sewa tu.. haiiihh..

oklah. nak tidur.

sekian,,



'sayatakkisah..' =I

24 May 2011

I.♥.You.Till.The.End

Assalamualaikum kiri dan kanan,,

AMARAN KERAS : Post kali ini berunsurkan cintacinticintun. Sila fikir 200 kali sebelum memilih untuk teruskan pembacaan anda. terima kasih.


Stranger, I ♥ U.

Aku pernah tanya satu soalan. Kenapa aku? Nak tahu dia jawab? :) sebelum aku dedahkan jawapan dia. Nak cerita sikit. Dulu, soalan yang sama aku tanyakan. Kenapa aku?

Jawapan selalunya... 'sebab AWAK ........' , 'sebab AWAK.....' , 'sebab AWAK......'... (dot dot dot tu,sila isi tempat kosong sendiri.haha)

^__^ sebab AWAK. 'AWAK'..? maksudnya sebab apa yang aku ada.

I just want to see you
When you're all alone
I just want to catch you if I can
I just want to be there
When the morning light explodes
On your face it radiates
I can't escape
I love you 'till the end

I just want to tell you nothing
You don't want to hear
All I want is for you to say
Why don't you just take me
Where I've never been before
I know you want to hear me
Catch my breath
I love you 'till the end...

I just want to be there
When we're caught in the rain
I just want to see you laugh not cry
I just want to feel you
When the night puts on it's cloak
I'm lost for words don't tell me
All I can say
I love you 'till the end.. ♥


'awak,ingat tak lagu ni.^__^' ♥

Banyak yang aku risaukan. Aku banyak kekurangan dan itu yang membuatkan aku kadang-kadang fikir yang bukan2. Kadang-kadang aku pernah terfikir bersedia untuk kehilangan orang yang aku sayang. Tapi kali ini aku tidak lagi risau. Insyallah.. jodoh pertemuan ajal maut ALLAH tentukan..

awak,susah senang kita sama-sama. saya sentiasa ada untuk awak, insyallah..

Nak tahu jawapan dia?



♥ 'Sebab separuh hati saya ialah AWAK' ♥
=')


sekian..

'ILoveYouTillTheEnd' ♥


23 May 2011

Laptop.dan.baby.baru!

Assalamualaikum kiri dan kanan,,

oke kejap. Nak senyum lebar2 dulu..
^_________________^
Hahahaha! Apsal aku senyum lebar2 ni? Owh. Laptop aku kena format. *&^%$#@! (sorry mencarut) HAHA!

So So So.... Soley soley~~~... =___=' (ni stranger yg ajar. ish!) So, aku terpaksa berpisah dengan baby aku ni tiga hari.. TIGA hari tau!

KRIK KRIK KRIK =___=

Diam lah. Tiga hari tu bagi aku lama tau tak. Dan dan dan... aku tak boleh tak online FB. Nak tak nak, aku TERPAKSA online di phone aku tu.. (kufur nikmat skrin kecik2). lalalala~~ kan Sarel kan? HAHA! Baru petang tadi aku dapat baby aku ni balik. Tapi tapi tapi... semua dah takda. gambar2 tu ade lah aku back up dan terpaksa beli external hard disc bagai... Tapi still nak kena install itu install ini.. haaaiihh..

Ok.lupakan soal itu. Aku stress nanti. haha.

Owh. ramai tanya kesihatan aku. terima kasih kawan2. aku sayang korang! nanti kita jumpa, aku story morry ok. Oh ya! kamu kamu dan kamu doakan lah kesihatan aku ye.. :)

Owh! LAGI SATU! tujuan aku update entry ni pun sebab Nad minta aku tunjuk baby no.2 aku kt dalam entry blog. ye Nad demi kau, aku show kat sini. Dengan ini aku mengisytiharkan pada 22 May 2011 jam 18:30 waktu Malaysia.. Aku dikurniakan satu lagi baby iaitu..

Nikon D5100....!!




HUHU...!! inilah baby no.2 aku Nad..! baby aku tak sabar nak jumpa baby Canon kau.. =P Haha! oke. Mesti kau buat muka sebab gambar ni aku cari kat Google kan? ye ye.. memang aku amek kat Google pown. HAHA! Tak puas hati sebab tak ade muka aku lah tu kan? =___='






Dah percaya belum? hahaha!

Ok. kenapa gambar aku ni teruk sangat. maaflah.. Laptop aku baru je di-Format. aku nak udjust lighting pun dah xde tempat.. *&^%$#@! (maaf.mencarut lagi.) haiiih.. kejap lagi aku install la balik segala binatang tu semua.. susah lah!

ok.aku dah start membebel. sila buat muka annoying kat blog aku. mcm ni. =________='
HAHA!

so sekarang aku dah ada dua baby..!!! Yeah!!! (awak.nanti kita amik gambar banyak2 kat tepi pantai ok.^__^) hehe...

Oh! ape2 pun sebelum tidur,, marilah beramai-ramai kita memaafkan semua kesalahan yang orag lain pernah lakukan terhadap kita. semoga kita sentiasa tenang. Sedangkan Allah ampunkan hambaNya. Nabi ampunkan umatNya. Apatah lagi kita seorang Hamba yang penuh dosa..

Assalamualaikum...


'awak,terimakasih..' =')


18 May 2011

Anak.Jiran.Aku.Bermasalah.

Assalamualaikum kiri dan kanan,,

Senyum tak perlu kata apa-apa.. Senyum. ^___^ Aku senyum-senyum ni sebab... =__=' tak ada sebab pun. Lagipun tak perlu kata apa2 kan.. In fact, sebenarnye, aku stress si lahanat tu tak habis2 call aku. (awak,kita tak angkat call dia. d:) Ok. Apakah sebenarnye dia nak dari aku?

Wargh!! Sepak laju2 nak?

Oh! Btway,, bukan dia sahaja yang buat aku stress. tapi ade seorang perempuan ni. Aku panggil dia 'Perempuan Loser'.. Weyh.. dia sangat Loser ok.. Aku ni tak lah peramah tamah dengan jiran. Since aku kenal si lahanat tu lah. So..Jiran2 aku pula sangat 'Jiran sepakat membawa berkat'.

Boleh di katakan, kt Lorong PI 6/8 tu,, akulah orang paling tak ambil kisah dengan hal2 jiran aku. Tapi semalam,, time aku tangah rajin2 sidai kain, aku terdengar suara2 syaitan masuk dalam telinga aku. "Ahh..Kakak sebelah rumah aku ni, sombong gila. Bajet masuk U, terus x bertegur. Keluar rumah pown tidak."

=____=' Kurang asam punye budak!

Baru form 4 dah nak mengumpat pasal aku. Dah tu tak perasan aku sebenarnye kat balik2 baju tu je. %$#@! Aku sengih memanjang je dengarkan budak tu kutuk aku dekat kawan dia. Lepas tu dah agak diorang diam sikit, aku pun saje tendang bakul baju tu (tapi semua baju dah tersidai la.) Agaknye baru diorang tersedar aku ada kat situ. Aku pun cakap ' Ehh ehh..muda2 dah buat dosa..baguslah..'.. Lepas tu aku blah masuk rumah.


Hah! Diam pulak! Tau pun bengang!

Weyh~~ la budak perempuan.. Kau loser sangat ok. Aku bukan sombong ngokngek. Aku sibuk. Pagi2 dah keluar jaga kedai mak aku. Balik malam2 sangat.. Kau pun da tidur dah time tu. Nak gi sekolah, kan.. Alahaii.. Nasib baiklah, Aku takde kesempatan lagi nak jumpe kau buat masa ni.. Kalau aku jumpe kau lagi, aku cuci2 mulut kau sampai bersih.. Len kali Dik,, (eh kau tak lah adik sangat). Len kali perempuan, nak cakap biar depan2.. biar aku dengar. haiiiyyaaa..

Oh. Btway,, aku sedang cover satu lagu ni.. Hihihi.. Tak sabar nak tunggu lagu tu siap.. nanti2 aku post ok. ^__^


'awakgoodluckuntukfinal!' :)


17 May 2011

semua.okay.?

Assalamualaikum kiri dan kanan,,

Dua hari jugak aku tak update story. Tengah hari tadi (16Mei2011) aku dapat friend request dari seorang yang kini aku panggil LAHANAT. (maaf mencarut) Btway, sebelum mencarut dengan lebih panjang,, SELAMAT HARI GURU..!! kepada semua guru2 yang suka dan x suka saya ketika mengajar saye dulu.. hahahaha!

Ok. berbalik kepada Lahanat ni tadi. Kenapa lah kejam sangat aku panggil dia Lahanat. Sebab dia telah membuat sesuatu pada aku sehingga aku rasa aku patut bunuh dia. Kalau kau baca sekarang, aku nak ucap 'Thanks' sebab kau buat semua tu.

Oh. Ok. Aku dapat friend request FB tu then aku terus IGNORE. Lagipun aku tahu sebenanrnye bukan dia yg request. (sebab lahanat tu bukan reti main FB sangat pown.) So, 'Loser', aku tahu kau yang sebenarnya Unblock FB lahanat(a.ka. Bekas Kekasih kau) dan add aku. Aku ignore, kau terus Block balik FB lahanat tu.. Weyh~~~ Loser boleh tak? HAHA! walaupun kau tu lebih tua dari aku, tapi aku lebih pandai dari kau lah. lalalalala~~ Dah2 la tu kau nak berdendam. Aku dah malas nak layan permainan kau.

Kau Sangat Loser!

Huhhh! Ok. =___=' cukuplah setakat itu. Aku sekarang sedang dalam proses pemulihan. Insyallah,, aku akan sembuh. Dengan izin Allah. Doa dan Ikhtiar. Insyallah. Agak perit juga menahan sakit macam ni. Tapi keluarga, kawan2 dan Stranger banyak beri sokongan. Aku kena kuat!

Semua okay? Mungkin.

Tapi bila musim berganti musim. Mahu tidak mahu, Musim Bunga pasti akan bertukar Musim Luruh. Hati menafikan, tapi diri sendiri yang merasa, maka akur lah yang mana benar, yang mana masih cuba berselindung. Mungkin aku sendiri yang terlalu beremosi. Tapi di saat inilah aku perlukan sokongan dari dia.

Akan berakhirkah KAMI?


'ineedyou'


14 May 2011

Blogger.com.GILA...!

Assalamualaikum kiri dan kanan,,


Warggh!!! aku tau ramai blogger yg sakit kepala memikirkan Blogger tiba2 tak boleh sign in. Aku pown cuak juga weyh.

Dan, dan, dan..! paling aku bengang, Entry aku post semalam,, weyh... bukan satu.. dua entry tau tak? Hilang macam tu je.. dan entery semalam sangat berharga untuk kawan2 aku.. semalam aku buat entry tu untuk menunjukkan betapa sayangnya aku kepada kawan2 aku.. ='( Sampai hati 'pihak bertanggungjawab' buat blogger2 seperti aku sebegini rupa.

Wahhh~~ menyirap2!!

Arghh! aku nak bunuh semut argh kejap lagi! >.< Marah ni! marah ni!




'ape2pownsayasayangawak'


13 May 2011

...Ya Allah...


Aku nak makan...Sakit.
Aku nak amik wudu'...sakit
Bila kena air.....sakit
Bila nak ketawa lebih sikit...sakit
Bila tersentuh sikit...sakit
Bila panas je...sakit
Bila aku nak tidur...sakit
Bila terkena bantal sikit....sakit
Bila tersentuh dengan kain ke baju ke...sakit
Aku suka senyum..
Tapi bila aku senyum...sakit

Aku pilih tak berjumpa dengan sape2..
Bila orang nampak aku,mereka akan terkejut.

Hati aku..? Perasaan aku..?
Aku sakit.
Tiada siapa faham.

Bila menangis...sakit



Ya Allah.





12 May 2011

Ni.Nak.Pesan.Sikit.

assalamualaikum Kiri & Kanan,,

sekarang aku tengah mengadap Laptop aku sambil habiskan kentang goreng KFC aku ni. Ni aku nak bagitahu. aku memang jenis yang kuat cemburu. (walaupun sebenarnye aku tak) Tapi nampaknya ramai yang berkata begitu. Ahh. Diam lah. =__="

Aku banyak kawan. Thanks kawan2 sebab sudi kawan dengan aku. Walaupun aku ni banyak perangai buruk. (korang pown) HAHA! Tak kisah lah yang lelaki ke, yang perempuan, yang separuh lelaki separuh perempuan,, korang tetap kawan aku yang malang (sangat bertuah) sebab berkawan dengan aku. Wakakakakah. ^__^

Jadi, bila banyak koleksi kawan2 dalam hidup aku, maka banyak lah juga kisah cinta yang akan aku dengar, nampak dan sebagainya.

Jangan cerita Kisah Cinta Aku dulu lah ok.

Aku rasa, aku boleh lah dikira banyak kisah cinta. maksud aku, bukan sahaja dari pengalaman aku, malah kawan2 aku, jiran2 aku, atok nenek, maklong,mak ude.. Jadi, bila dah byk kali nampak,, aku rasa aku ade bakat untuk menasihati kawan2 aku. (Krik..krik..krik..)

Diam lah. =__="


So, Ni Aku Nak Pesan,,

Kawan yang aku sayang,,
Aku dah lama kawan dengan kau..
Masalah kau, aku pun pernah lalui..
percayalah,,
Ibu Bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Kalau kau rasa kau nak kan hubungan yang bahagia,,
dapatkan lah restu Ibu Bapa..
Aku sayang kau..





Ade lagi..Ni Aku Nak Pesan,,

Kau pun sayang,,
Aku tak suka kau merana sebab dia..
Demi persahabatan kita,,
Aku memang tak suka dia muncul dalam hidup kau..
Bukan sebab aku tak nak kasi kau hidup bahagia..
Tapi sebaliknya,
Aku memang nak tengok kau bahagia..
Sebab itu aku lebih rela kau menangis sekarang untuk biar dia pergi,,
Daripada kau menangis tiap2 hari sebab dia..
Kau layak untuk dapat yang lebih baik..
Ingat, aku sayang kau..





Belom abis lagi,, Ni Aku Nak Pesan,,

Ha! Ye awak Bulat...!
Orang tau awak kuat..
Orang cuma nak pesan,,
Teruskan dengan kekuatan hati awak tu..
Insyallah,, kalau bukan dia,,
akan ada orang lain yang akan bahagiakan awak..
Awak dah beri dia jalan untuk dia bahagia..
Awak dah buat baik..
Allah tu Maha Adil,,
Dia akan beri balasan yang baik untuk kebaikkan awak.
Ingat! Saya ada kalau awak nak gaduh2..!
HahAHa!




Untuk aku pulak..
Wargghh!! aku tak tahu kenapa aku mesti nak check itu check ini. Errr... Sorry la awak, saya memang macam ni (macam2). Tapi saye sayang awak tau.

>.< Tapi tak suka tengok awak komen2 gatal dengan perempuan lain kat facebook! warggghh!!! benci benci benci..!

=___=' Weyhh~~~~ Gegehnye aku...

*SUZI,SITI, GEGEH itu ape??? (hahahaha)

Aku nak beritahu dia, aku ni cepat sangat sensitif (eleh sepatutnye awal2 dia dah tahu). Lepastu aku ni cepat sangat merajok. (itu pown sepatutnye dia dah tahu). dan dan dan.. Aku sangat-sangat-sangat cepat fikir yang bukan2..

Warrgghhh!!!! Aku sangat teruk.......!!! (KRIK>>KRIK>>KRIK...)

oklah, dah tu je. kepada kawan2 aku yang aku sangat SAYANG... Akusayangkorangsemuaketat2! (eeeeeeeee..! ayat budak sekolah menengah) HAHAHA!

Kepada awak,,



'janganrisausayatetapdenganawak'



11 May 2011

Cinta.Skype


Assalamualaikum Kiri & Kanan,,

Sementara tunggu Shinchan balik,, aku tiba2 terasa nak update entry baru.

Skype.

Mesti ramai yang tahu lah. Em, Bytheway, aku dengan skype dah lame berkenalan. Maksud aku, dah lame jugak aku join sign up untuk skype ni. Tapi di sini aku buat pengakuan, aku sangat jarang menggunakan skype mahupun melihatnya. Sangat jarang.

Tapi sekarang, aku mula jatuh cinta dengan skype. lalalalala~~~ Wahh2.. sekarang barulah nak tergedik-gedik guna skype.. siang malam nak skype... XD HAHA!

Emm.. nak letak gambar sikit lah malam kali ni. Biarkan gambar berbicara~~~




Kami suka ber-skype-ing..! HAHA! (ok. aku mula merosakkan bahasa.maaflah)
Tapi kan.. Kejap lagi kalau nak skype mesti aku segan. Sebab muka aku dah bertampal-tampal ni.

Warghhh!! tak nak lah kasi Shinchan nampak muka aku bertampal-tampal..!! mana nak sorok nih?!! >.....< nanti mesti dia ketawekan..

Kenapa tampal2? Kemalangan kah?! Haiiih... Klik Sini kalau nak tahu ape dah jadi tadi sampai muka aku bertampal-tampal segala.. =_='

Inilah padahnya jika menjadi anak kepada 'Doktor Lintah'.. Last2 muka aku kena tampal dah macal minah rempit baru jatuh motor kat simpang nak masuk Shoping Mall. =_='
Sumpah MALU dengan shinchan nanti.

Oh. By the way, aku bakal dapat baby..!! he he he. Nanti2lah aku cerita ok. ^_^


'awaksayaburuktampal2macamni..'


09 May 2011

Please.Ini.Bukan.Pengalaman.Pertama

Assalamualaikum kiri & kanan saya,,

=_=" 'Urgh'.. Aku buat lagi. Tak payah nak 'saya' sangatla Aida oii~~.

Currently, aku tengah tengok2 wall seseorang. Dan aku tengok tanpa rasa jemu. Walaupun perut aku bunyinya sudah luar biasa.. selalu bunyinya 'Krokk krokk~~' Tapi sekarang makin maju. 'Krooooooook Kriuuukk Kriukkriuuookk'... Lapar.

Tapi aku masih tegar mengadap laptop dan masih melihat wall seseorang. Argh! Shinchan!! Tengok ape awak dah buat pada saya dan perut saya??!!

Selain merindui Girlfriend(s) dan The Bulu(s)... ada seorang yang aku sangat rindu sekarang ni.


'AWAKlaahh..!'


Ermmmm... sekarang ni dia tengah buat ape ek? oh yaa.. tengah kerja.. haiiihh... Aku boring la.. tunggu dia free... malam nanti baru lah dia free.. lepastu aku pulak dah sleepy... eh! Tapi takpe.. aku suka dengar suara dia kat phone & skype.. hehehe.. ^_^

Eeeeeee!!! Rindunyeeeeeeeeeeeeee!!


=_=' ERK! Krik Krik Krik..! (aku ni dah kenape..)


Ya Allah...!! Please la Aida.. Ni Bukan Pengalaman Pertama kau jatuh cinta...

Memanglah.. masuk ni dah yang ke 12.. X_X Ok. banyak jugak. HAHA. Tapi yang ni lain. Haha. peduli ape korang nak kutuk aku sebab angau ke ape ke. Yang penting aku bukannye jakun sebab baru nak bercinta ok.

LAlalalalala~~~ Oh yA! Nad..! Cepat2lah bercinta ok. Aku tak sabar nak bersenyum sipu2 dengan kau..! Haha.

Laalalalala~~~ Oh yA! Shira..! Untunglaaa dah ade orang sayang.. Tahniah babe.. Nanti story morry ok.

Lalalalalalalalalalalaaaaa~~~~ (sambil senyum2..^_^) Awak! saya TAK RINDU awak tau!!


'imissyou' :p

08 May 2011

Tears.Again. )':

Assalamualaikum,

Now here are some conflict. I do LOVE them. And I do LOVE him. For sure, I do LOVE her too.

it gave me pressure. please friends, give me some space for me to find my own love story..  And Girl,, please dont make me feel guilty..kau tetap dalam hati aku. aku pun rindu kau. nanti kita jumpa ok. And stranger, please 4give me...


Aku tak tahu apa aku buat. Bila terlalu banyak hati yang aku perlu jaga, aku jadi tak tentu arah. mana satu aku perlu dulukan. 

:'(

Apa aku buat semua jadi salah. Dan sekarang aku tak ada sapa yang boleh aku cari untuk luahkan. memandangkan semuanya mula tak senang dengan aku. Maaflah.. aku bukan sempurna untuk menjaga semua hati..

Dan bila macam ni, aku terasa sunyi. walaupun semuanya aku ada. Waktu2 beginilah aku perlukan Korang, Kau dan Awak.. tolonglah... Normalkan semula situasi sekarang.. Sebab aku mula menahan air mata. Dan mungkin aku akan kembali menangis macam dulu.


One day, I'll have no heart anymore to feel anyone's Love..


'imsorry...'

 

Awak.Sempurna

Assalamualaikum,,

Aku menaip enteri ini sejurus siapnya enteri tentang Girlfriends aku. sila klik sini untu baca tentang enteri itu. =__=" maaflah, enteri aku yang itu sepatutnya ceria. :( 

Hidup tak selalu indah. Begitu juga dengan enteri aku. Tak semuanya happy. 

Awal2 enteri ni aku nak bagi amaran.

"ENTERI BEREMOSI. SILA TINGGALKAN ENTERI INI SEKARANG JIKA MAHU."


aku teringat-ingat kata2 daripada salah seorang insan yang penting dalam hidup aku. 'we must know,not all we want,will bcome true....sometimes,we must accept what we get it...and try apreciate because chance only comes once....' mungkin insan itu sedar bahawa aku sedang bercerita tentang dia.

Pertama sekali, aku benar2 ingin meminta maaf kepada insan tersebut. Aku ni serabut lah. Aku minta maaf dgn dia sebab aku rasa aku dah banyak menyusahkan hidup dia.

Sebenarnya aku patut bersyukur kerana dapat seseorang seperti dia. dan sememangnya aku bersyukur. Dan aku tak mehu kehilangannya. Tapi kenapa aku masih lukakan hati dia?

Sebab aku tak mahu dia lebih terluka selepas ini.

.. I'm not a perfect person ..

Panjang juga aku berfikir tadi.. Dia seorang yang bagi aku sangat sempurna. Dan aku bukan lah siapa2.. Aku terasa kecil sgt berbanding dia. Bila aku membayangkan bersama dia,, aku terasa aku tak layak untuk bergandingan dengan dia yang aku rasa seorang insan yang sempurna.

Bermacam-macam soalan bermain dalam fikiran aku. Sehingga aku menyusahkan perasaan orang lain. Aku minta maaf. +__+


'sayasayangawaksangat2'




About.My.Girlfriend(s)

Assalamualaikum Kiri & Kanan...,,

7 May..,,

Aku happy.. bersama insan2 yang aku sayang.. Aku biarkan gambar berbicara..



Syarifah Hannan & Noorshahida



Suzi Suhaini & Siti Mira

(sorry both 'taken already') HAHA



Our BEST SHOT!!



SITI!! sila pakai tudung sekarang!! HAHA!


We dont need 6 to be perfect..

We the Perfect Five..!!



The best expression!!

JUMPING!!!



Tiada kata secantik bahasa.. AKU SAYANG KORANG KETAT2!! 


=____=" KRIK   KRIK    KRIK.....


ha! dan yang sedang bercinta tu...!! ~~~ Untunglaaaaaa~~~




06 May 2011

Aku.Ada.Zaman.Kartun

Assalamualaikum Kiri & Kanan...

Cuti Sem aku kali ini membosankan. Tak sabar nak keluar dengan girlfriend2 aku esok. Kebosanan aku sudah sampai tahap yang agak kritikal sehingga aku mula memandang sinis terhadap semua kartun yang sedang dirsiarkan di TV sekarang. Tak kira lah TV berapa dan ape.

Aku rindu kartun2 zaman aku dulu... Kamu kamu kamu semua tak rindu ke?

.....=_____=" Krik Krik Krik....~~~

Aku ada zaman kartun aku sendiri. Kamu semua ada? Kamu? Ada? Kalau tak ada, sila gantung diri sekarang. x___x

Menonton TV dan menyaksikan wira2 beraksi pada hari minggu ketika itu, aku rasa sangat bahagia. (aku tak pasti kenapa) ahh! Usah difikirkan. Itu perasaan ketika zaman kecil2..


Totally Spies


Dragon Ball


Doraemon



Card Capture Sakura



Sailormoon



Untuk mereka, banyak kali aku kena bantai dengan mummy sebab tak nak mandi demi nak tengok Sailormoon dan Dragon Ball hari sabtu dan ahad.. Aku akan tengok bersama adik aku dengan hanya memakai seluar pendek dan sambil memeluk bantal busuk. (oh. kenapa aku pakai seluar pendek dan x berbaju?) Zaman kanak2 aku bukan seperti zaman kanak2 perempuan. Itu semua pengaruh adik aku dan ayah aku. Mummy tak tengok kartun. =___="

Nasib baiklah, bila besar aku tak jadi tomboi atau penkid atau sebagainya.. HAHA!


Untuk mereka juga (kartun), banayak kali aku kena bebel dengan mummy sebab x nak mandi petang and solat maghrib demi nak tengok Shincan dan Doraemon. Bersiaran pada pukul 7 sampai pukul 8 malam. Dan solat aku ketika itu menjadi taruhan. Aku nakal. Aku pilih kartun berbanding solat.

Aku dan adik aku pernah tipu2 mummy yang kononnya dah solat.. Dengan rasa tak bersalahnya kami menipu demi kartun2 itu. Arghh!!! aku benci buat pengakuan!! (kalau mummy baca, mati aku)

Zaman kartun aku nampaknya banyak memberikan kesan negatif. HAHAHA! tak apelah. So, lepas ni, aku tak boleh nak salahkan anak2 aku kalau mereka mereka dan mereka buat perangai yang sama. HAHAHA! aku perlu sediakan rotan setebal kayu kriket untuk mereka nanti. =___=" (ok.terasa akward bila bercerita tentang anak.sila muntah hijau sekarang)


'awaksayataksukakamenridertau!HAHA'


Sharing 1#

Assalamualaikum kiri & kanan,,

Lalalala~~~ wajah baru... haha. Thanks to my Shinchan sebab tolong beri pendapat. Sayang awak! HAHA..! Ok. seperti enteri aku yang lepas. aku janji nk share hasil aku sepanjang Sem 2 kan? ^___^ Ok. Mari kita mulakan dengan Subjek COM163.

COM 163 ni subjek paling aku suka. Lecturer pown adalah salah seorang pensyarah yang paling aku suka. Miss Shafezah. Oh! She is great!

Ok. yang ni Assignment untun Newsletter. membawa markah sebanyak 15%. Lain kelas lain cara. Untuk kelas aku. (DMC2A). We all perlu siapkan 7 - 9 story dan hanya cover event MAKSIS(Minggu Aspirasi Komunikasi Islam). Dan dan dan.. Ini antara assignment paling susah. terkejar sana, terkejar sini. Gaya hidup sebagai seorang journalist dan repoter dan jurugambar dapat aku rasakan ketika itu. Sumpah nak pecah kepala cari story.

Dah. Tak nak membebel panjang. Kat bawah ni, antara story2 yang aku sediakan. Tapi belum final lagi.

*Kalau tak nak boring, tak payah bace semua. penat je mate tu. terus scroll sampai bawah je sudah. HEHE...







NEWSLETTER
COM 163

AIDA SOFEA BINTI SYAMSUL KAMAL

DMC2A

JAKIM Membantu Media Menyampaikan Dakwah

Selasa, 22 februari 2011, bertempat di Dewan Shahbandar UiTM Alor Gajah. Minggu Aspirasi Komunikasi Islam (MAKSIS) telah menganjurkan forum tentang Bicara Kewartawanan Peranan Media dalam Menterjemahkan Syiar Islam.

Tuan Haji Mat Radzi bin Mat Ali, Pengarah Inovasi dan Ketamadunan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata bahawa JAKIM merupakan agensi pusat yang menguruskan hal ehwal Islam.

Dakwah boleh dilakukan dalam pelbagai cara iaitu dengan cara niat, lisan dan perbuatan. Media merupakan alat yang mengalami proses inovasi berterusan. Pengisian adalah perkata terpenting dalam media.

Wujudnya beberapa bahagian dalam pengurusan JAKIM. Bahagian Media / Media Elektronik dan Penyiaran menjalankan tugas dalam menerbit dan mengisi slot Islam yagn diberikan di radio dan televisyen.

JAKIM memberi 20 jam setiap satu minggu untuk bersiaran di televisyen. Manakala 113 jam setiap satu minggu di 6 siaran radio yang terpilih. Bahagian Media ini juga memikul tanggungjawab untuk menyediakan bengkel Fiqh Penyiaran.

Selain Bahagian Media, wujud juga bahagian-bahagian lain seperti Bahagian Perancangan dan Penyelidikan yang bertanggungjawab menyemak dan menapis bahan-bahan yang ingin diterbitkan.

Bahagian Dakwah yang diwujudkan dalam pengusrusan JAKIM adlah bertujuan untuk menganjurkan seminar, bengkel dan kursus kefahaman Islam kepada Budayawan, Karyaman mahupun artis-artus tanah air. Ia juga diberi tanggungjawab untuk menediakan penceramah mahupun pentazkirah.

Seterusnya Bahagian Pengurusan Maklumat (ICT). Bahagian ini ditugaskan untuk menerbitkan JAKIM.TV di dunia internet.

Bahagian Pengurusan Fatwah pula menjalankan tugas dengan mengeluarkan fatwah-fatwah tertentu serta mengelak terhakisnya akidah di kalangan masyarakat.

Why Should Preach?

In the same ceremony that the forum "Talk of Journalism Media Roles in Interpreting the symbols of Islam” , Al-Fadhil Ustaz Mohd Nasir bin Amir who is also the Timbalan Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Islam Johor, said media could be instrumental to the message of Islam in a country where practitioners using the correct media.

"Da'wah is the claim of religion, worship and Jihad", he said.

Da'wah is a process of changing from bad to better. Mission also convey information, state the rights and not excessive.

He said the mission was necessary because there are reasons. Among them are:

• The Muslim community is not in the actual position

• The Muslim community is still ignorant

• The Muslim community has always looked down upon by the West.

• The Muslim community is considered a terrorist.

Salah Adam atau Hawa?

Dunia dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Islam juga tidak menghalang fesyen, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Pada masa kini banyak program-program yang memperjuangkan fesyen yang berkonsepkan Islam. Contohnya Festival Busana Muslim di Monte Carlo.

Begitu juga di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, tidak melepaskan peluang untuk memperjuangkan fesyen yang berkonsepkan Islam dalam majlis Busana Islam anjuran Minggu Aspirasi Komunikasi Islam (MAKSIS) pada hari Khamis, 24 Februari 2011 yang lalu.

Selain pereka-pereka fesyen yang dibawa dari Jabatan Senireka fesyen,FSSR UiTM Shah Alam, turut hadir salah seorang peserta Program Imam Muda, Ahmad Azran bin Ahmad Kamal atau lebih dikelnali dengan panggilan Ustaz Aran.

Masalah yang berlaku pada masa kini ialah cara pemaikaan kaum wanita yang terlampau terdedah. Persoalannya, siapakah yang patut disalahkan?

Ustaz Aran menekankan bahawa Kaum Adam perlu menundukkan pandangan dan menjga kemaluannya. Kaum Adam tidak boleh memandang Kaum Hawa yang tidak menutup aurat untuk pandangan kali kedua kerana itu pandangan yang bersertakan nafsu. Maka hukumnya haram dan dosa. Oleh kerana itu, Kaum Hawa perlu menutup aurat dengan sempurna untuk kesejahteraan kedua-dua pihak.

Ustaz Aran diajukan lagi dengan persoalan mengenai hukum Kaum Hawa yang memakai purdah. Islam tidak mewajibkan Kaum hawa untuk berpurdah. Walau bagaimanapun ia menjadi wajib jika wanita itu mempunyai raut wajah yang boleh mendatangkan fitnah.

Sirah Junjungan : Dugaan Buat Erma Fatima

Erma Fatima atau nama sebenarnya Fatima binti Rahmat memegang topi sebagai seorang pelakon, penerbit dan pengarah filem / drama dan teater. Beliau seorang penggiat seni yang sangat berdisplin dan teguh akan cintanya dalam berkarya.

Dalam Majlis forum ‘Bicara Seni Dalam Islam’ anjuran Minggu Aspirasi Komunikasi Islam (MAKSIS) pada 23 Februari 2011 di UiTM Kampus Alor Gajah, Erma Fatima dijemput untuk turut menjadi salah seorang dari ahli panel dalam forum tersebut.

Beliau merupakan karyawan yang bersemangat kental dan ketabahannya terserlah melalui pengalamannya dalam pembikinan teater Sirah Junjungan. Sirah junjungan merupakan teater yang berkisahkan tentang riwayat hidup baginda Rasulullah SAW.

Erma Fatima meluahkan antara cabaran yang paling berat dalam pembikinan Sirah Junjungan ini ialah mendapatkan sponsor. Sejujurnya beliau menyatakan bahawa beliau terdetik untuk menghasilkan Sirah Junjungan kerana merasa tercabar apabila ada produksi yang menerbitkan sebuah animasi yang telah memburuk-burukkan Rasulullah SAW. Namun beliau tetap kecewa kerana tidak sukar untuk mendapatkan sponsop walaupun dari pihak yang turut memperjuangkan konsep Islam.

Beliau juga meluahkan rasa terkilan kerana Sirah Junujungan yang menceritakan kisah Rasulullah SAW ini tidak mendapat sambutan. Meskipun strategi dengan menjemput artis-artis tanah air yang popular menonton, jumlah penonton tetap mengecewakan.

Beliau akui bahawa antara punca teater ini tidak mendapat sambutan adalah kerana salah dalam pemilihan tajuk. Akhirnya, Erma Fatima kini kerugian dan masih menanggung bebanan hutang daripada pembikinan Sirah Junjungan.

Fashionable with Islamic Concept

Busana Islam ceremony organized by Minggu Aspirasi Komunikasi Islam (MAKSIS) was held at UiTM Kampus Alor Gajah in a very festive with a fashion show with the concept of Islam. Fashion designers who are involved come from Jabatan Senireka Fesyen, FSSR, UiTM Shah Alam.

A total of three designers, eleven female models and six male models are involved in the fashion show.

Each designer brought their own concepts. Scha Sahaque, select the ‘Alunan Ombak’ as his concept. he said, the selection of blue to symbolize peace. different Shahrul Ibrahim, he brought the concept ‘Pucuk Rebung’. He uses the color purple to give an elegant and exclusive feeling to the wearer.

What is amazing when a fashion designer named Fiqz bring the concept of ‘Zaman Kesultanan Raja-raja’ in his designs. He use a golden yellow color and black on his designs and has attracted the attention of the public.

This fashion show has opened my eyes all the benefits of Islamic fashion. it also proves that people can still be fashionable even with the concept of Islam.

Film is a Propaganda

Propaganda is a concerted messages aimed at influencing public opinion or behavior. it is also a deliberate systematic attempt to shape perceptions, manipulate cognitions, and direct behavior to achieve a further response to the desired destination.

Syed Zulkifli bin Syed Masir Jamalullail as an independent lecturer, director, writer and producer of the opinion that the film is a propaganda.

Propaganda in a film play an important role to convey a message. Proaganda can influence the audience to believe the story of a film. Especially in the Islamic film.

He is also a member of the panel in the forum 'Talking Islamic Art' organized by the Minggu Aspirasi Komunikasi Islam (MAKSIS) on February 23, 2011 at UiTM Kampus Alor Gajah explained that, in communicating knowledge plays an important role in providing a strong impact in the Islamic film.

A Night In Palestine

“We keep telling each other, That this day will be, Will be the last and tomorrow, We all can go home free, And all this will finally end, Palestine tomorrow will be free, Palestine tomorrow will be free...”

that some lines of the song titled 'Palestine Tomorrow Will Be Free "which was sung by Zain Maher.

MAKSIS organized another event called 'A Night in Palestine' on 23 February 2011. The Council received a very festive.

The opening ceremonies are full of gimmicks which is also called Flashmob. the scenes of how the atmosphere and the hardships of the people of Palestine to some extent affect the feelings of all who see it at night.

The event was attended by special guests of The Volunteer Viva Palestine, Jamaluddin Ilyas who is also a hostage ship Mavi Marmara. Artists invited to the ceremony Andy Flop Poppy.

Sharing stories and experiences of one ship hostage Mavi Marmara, Mr Jamaluddin Ilyas became the focus of many viewers. He explained that the actual number of people in the Mavi Marmara ship was about 577 people. Mavi Marmara also carrying 10 tonnes of food and medicine. Mavi Marmara mission ship called the Lifeline for Gaza.

Event 'A Night in Palestine’ that ended with a presentation from Andy Flop Poppy. Throughout this on going MAKSIS program, the project manager has provided funds for the Palestinians to raise funds and donated to Viva Palestina at night.

Mirwana Mementingkan Imej

Mirwana sebuah kumpulan Nasyid yang tidak asing lagi. Terdiri daripada lima ahli iaitu Muhammad Akmaluddin Bin Samsudin (Akmal Mirwana), Muhammad Hafiz bin Tamizi (Hafiz Mirwana), Mohd Hafiz Bin Hamzah (Along Mirwana), Syed Muhammad Izzat Bin Syed Mahadi (Izzat Mirwana), Naemul Helmi Bin Mohd Napiah (Naim Mirwana) dan Syed Muhammad Ikram Bin Syed Mahadi (Ikram Mirwana)

Jenis musik eksperimental yang dibawa oleh kumpulan Mirwana ini banyak menarik dan mencuri hati para pendengar terutama remaja. Oleh itu, MAKSIS tidak melepaskan peluang untuk menjemput kumpulan Mirwana ini ke majlis yang diberi nama ‘Voice of Islam’ pada malam penutupan program MAKSIS yanh berlangsung pada 24 Februari 2011 jam 8 malam di Padang kawat UiTM Alor Gajah.

Sempat diajukan dengan beberapa soalan diantaranya penerimaan pasaran terhadap karya nasyid. Mereka menjelaskan bahawa publisiti agak kurang namun dari segi jualan album masih mendapat sambutan. Mereka percaya masih ramai lagi yang meminati karya nasyid.

Mirwana juga menekankan bahawa Imej sesorang artis atau penghibur itu penting. Ini kerana, artis perlu lebih mendekatkan diri dengan para pendengar dan peminat. Imej juga dikatakan penting dalam menyampaikan sesuatu mesej.

Pada malam penutupan MAKSIS itu, Mirwana telah mempersembahkan 5 buah lagu seperti ‘Salawat’, ‘Tika Masanya’, ‘Kembali Padamu’, ‘The Climb’ dan ‘Menifistasi Cinta’. Keseluruhan penonton pada malam itu berpuas hati dengan persembahan dari Mirwana.



Ok. Dah baca? Tak baca semua? Ha... buang masa je baca semua.. tengok2 je sudah..
itu baru story je. Yang ni baru yang final. Dah edit semua dan masuk gambar semua.. Maka terhasillah. Newsletter 'This & That'.



Tak tahulah aku dapat markah berapa. HAHA! Ape korang cakap? TAK LAWA?! ape aku kisah...? hahaha. Aku tahu aku rasa penggunaan warna Newsletter aku ni agak banyak sangat warna purple.

Oh. Ok. =___=" aku dah perasan something. Aku suka warna Ungu..! (aku baru perasan)

Pengalaman paling best time buat Newsletter ni, bila dapat menemuramah Mirwana. Tak pernah2 nak temu ramah artis. selalu minta tanda tangan je kan... HAHA. Dan yang paling penting aku dapat belajar macam mana nak handle pelbagai situasi. Insyallah dengan pembelajaran dan pengalaman aku sepanjang Sem 2 ni, akan buat aku lebih matang.

Lalalala... Ok. next enteri, aku akan show Broadcast's Assignment aku. Weeehoouu!!!


'bersamawakbuatsayarasagembiradanselalutersenyum'




05 May 2011

Sharing.Is.Caring


Assalamualaikum Kiri & Kanan..

Kali ni, aku nak buat perasmian. HAHA. bukan perasmian kedai. Ingat tak aku pernah beritahu dulu yang aku akan share hasil2 kerja aku sepanjang Sem 2 dalam Masscomm (Communication And Media Studies)..? 

INGAT TAK? =___=" (tak ingat la tu)

Haiih... tak ape lah kalau tak ingat. So, kenapa aku poyo sangat nk show hasil2 aku ni?

*EH?! suka hati aku lah!! Kau Ade? Kau  Mampu?

Ok,ok.. Dah la tu melaha.  Tujuan? tujuannya untuk saja2. mana tahu boleh tolong  bagi idea kan... But aku tak mula sekarang. maksud aku bukan dalam enteri kali ni. next enteri. INSYALLAH...

By the way, to my Shinchan, dont worry.. I'm Ok...



Taken.By.Stranger

Assalamualaikum kiri dan kanan..

Hye kamu kamu dan kamu semua. saya nak kenalkan seseorang boleh? Sebelum saya nk kenalkan, saya nak cerita dulu tentang dia. 

Eh? sekejap. ade yang tak kena ni. emm..... OH!!! 'Saya'? haha. buang tabiat ke aku gune perkataan saya tu kat blog? ahahaha!

ok. stop mengarut. =___="

Ok. cancel. aku tak nak cite apa2 tentang dia. tak manis anak dara cerita tentang lelaki. =p HAHA! 

Emm.. tadi ade aku edit sikit gambar dia. Saja nak kenalkan kat kamu kamu semua. ^__^.







Nama dia, Mr. Shinchan!

haha. sorry awak. saje kenekan awak. ok2. nama dia. Shazuan. (dah tu je boleh bagitawu.)

Aku tak kenal dia ni. tapi yang aku tahu, kami sangat gila.

Dan sekarang aku akan keliru antara.... SoffieSyam atau SoffieShaz. HAHA!


I Love You So Much;I Love You More;I Love You Most


Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari