Para Penyiasat Saya

28 April 2011

Penunggu.Istana.Unexpectable




Assalamualaikum kiri dan kanan.,,

Dan ya. Aku baru shj tengok filem Penunggu Istana. Dengan Nad and Auni. Bagi yang tak tahu apa2 tentang filem Penungggu Istana ni, sila klik sini. Seriously, aku jarang bercerita tentang filem yang aku tengok di enteri2 blog aku. But, untuk filem Penunggu Istana ni, aku rasa lain macam bila menontonnya. 

Banyak juga aku tengok cerita hantu. And so far, bagi aku yang paling menakutkan setakat ini adalah filem 'My Ex: Hounted Lovers'. ok yang itu sangat mengganggu pemikiran dan ketenangan aku. 

ok. Berbalik kepada filem yang baru aku tonton tadi. 'Penunggu Istana'. Mula2 aku tak perasan langsung yang filem ni ade kaitan dengan mistik bagai. sumpah aku tak perasan langsung sampailah dah kat kaunter tiket, Nad baru sebut perkataan 'Seekers'. Dah. =__=" takkan aku nak blah macam tu je. bengang la kan. so, aku pun dengan beraninya, beli tiket tu.

Aku tanya Auni.

"Cerita ni takut tak?"

Aku tanya sebab dia dah tengok dengan someone. Auni senyum-senyum je. Aku tanya lagi.

"Ni cerita cinta ke hantu?"

Sumpah aku fikir ni cerita cinta time mula2 sampai kat DP. Aku bukan hiraukan sangat perkataan 'penunggu' tu. aku cuma nampak perkataan 'istana' je. so, aku dah imagine konon2 cerita ni tentang cinta, puteri, sultan, hulubalang. Dan nampaknya, apa yang keluar dari mulut Auni, tidaklah menyenangkan hati aku. Dia jawab.

"Ni cerita hantu dan cinta."

Ok. Then aku terus jalan cepat2 nak pergi beli popcorn. beli popcorn je dan makan masa hampir sepuluh minit. paling kelakar, siap ade yang offer no telefon lagi.haha.

*Pssss!! Sorryla awak. bukan tak mau ambik. tapi tangan penuh dengan popcorn. len kali ok. :P haha.

Ok. Lupakan yang itu. Patah balik kepada tujuan sebenar. 'Penunggu Istana'. Huuhhh!!! Aku cadangkan bagi yang belum sempat tonton, silalah tonton. Serta bawaklah teman. Sumpah menakutkan. Bukan ape. Korang akan tengok the real scene. Kalau cerita-cerita hantu yang lain, korang akan betul2 nampak hantu tu. But untuk filem ni, korang akan nampak beza yang benar dan yang menipu.

Tapi aku tak sangka. Hanya sebab nak dapatkan 'A' untuk assignment, nyawa tergadai. Dan ini juga jadi pengajaran untuk aku supaya TIDAK AKAN LAGI SUKA2 MASUK RUMAH KOSONG UNTUK MENGAMBIL GAMBAR. -serik-

Untuk filem ni, aku tak nak kasi apa2 bintang pun. Sebab bagi aku, rakaman dan dokumentari macam ni, tak patut ditayangkan. Sebab seolah-olah macam tak menghormati orang yang dah pergi tu. Sumpah aku sedih sebab jadi mcm ni. Dan tak silap aku, cuma salam takziah je yang ada untuk permulaan filem itu. Kan lebih elok kalau selepas atau sebelum filem tu ditayangkan, pengarah filem 'Penunggu Istana' sepatutnya minta untuk penonton sedekahkan Al-Fatihah. itu lebih bermakna. 

Aku pun bukan bagus sangat dalam bab2 filem. tapi kadang2 yang tak tahu apa2 ni, tak semestinya pandangannya semua tak bermakna. Apa2 pun, aku cadangkan bagi sesiapa yang belum tonton, tontonlah di panggung wayang. lepastu kalau nak download tgk kat laptop, haa..lantak korang la. yang penting, SOKONGLAH INDUSTRI PERFILEMAN TANAH AIR!!

Sekian,,



1 comment:

raihana said...

penunngu istana nie kisah benar ke?
mmg nk pergi tngok pown nty..
bile dah nie brtmbh la nk pg bce entry tngok...
hhuuhu

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari