Para Penyiasat Saya

21 April 2011

Pelajar UiTM mahu Terjun Kolej!!

Assalamualaikum,,

Aku masih dengan baju kurung dan baru balik dari Dewan Bendahara. Paper INC271 tadi buat aku rasa nak bunuh diri terjun dari bumbung kolej.

APE SEYH?!!!

*mengimbas kembali. Aku dengan penuh semangat menuju ke Dewan bendahara. Sambil mendengar Nad menghafal-hafal, dalam hati aku terdetik.. 'Woo.. hari ni paper kat Dewan Bendahara.. Sejuk.. Best nie..!' dalam hati penuh dengan keriangan. 

Setibanya di Dewan Bendahara. No.meja aku tadi 55. Kertas soalan di atas meja tidak aku pedulikan setelah tersedar sesuatu. 'E'eh~~~ No. meja CMP haritu 11, INC pulak 55..waaaah..'. Terasa ada Ong.

Tiba2 telinga aku sakit. =___=" terasa perit sebab ade orang menjerit. menggunakan mic. OK. Itu pengawas peperiksaan. Menjerit suruh semua pelajar diam. Bo**h. Tak payahlah jerit macam tu sekali. Sakit telinga aku gile!

Pengawas peperiksaan memberi isyarat supaya peperiksaan bermula. Doa penerang hati dan Al-Fatihah tak pernah tinggal. Lalu aku membuka muka surat terakhir dahulu. *sebab aku cuma baca Term dan Essay sahaja. Objektif aku nak tembak Paint Ball je. 

...

.....

.........

PART C

20 Marks

ANSWER TWO (2)


huh?!! 20 markah je? bukan sepatutnya 40 markah ke? jantung aku dup dap dup dap.


aku selak lagi.


mencari bahagian terminologi. Aku menghafal 10 term macam nak mati. aku dah sure nak score 30marks kat terminologi.


....

......

.........


PART B

50 Marks

ANSWER ALL.


Aku tatap satu per satu soalan Part B.


ZZUuuuppp!!! 


APE NIH????!!!!  MANE TERMINOLOGI2 JADAH SEMUA TU???!!!!


Aku tutup balik paper tu. Mungkin aku tersalah dapat kertas soalan.


Mungkin aku patut buka dari muka surat depan. bukan dari muka surat belakang. 


BISMILLAH...

...

......

..........


PART A

30 Marks


Muka aku sejuk. Terminologi yang aku hafal semua di bahagian objektif. 


Aku terdiam.


Jadi bahagian yang sepatutnya Terminology dah jadi ape??


Selak-selak.


hahahahahahahaha.... aku ketawa lemah.. aku pandang Hizz sebelah kiri aku. Aku macam nak bagitawu dye yang aku tak nak jawab paper INC271 harini.


Aku menyelak lagi. Soalan Objektif. Hampir semua soalan ialah terminology... Aku tak sangka format dah lain. Aku mengeluh. Pegang kepala. Objektif selesai. Aku tak selak PART B. Aku terus ke PART C. 


Essay.


haiihhhh..... sepatutnya, essay yang aku tulis panjang2 ni semua sekali 40 Marks. haiihhhh..... dan akhirnya,tiba di Part B.. aku termenung melihat soalan2 esai yang wajib dijawab. 5 soalan. Keluhan aku tak berkesudahan. Aku toleh kiri kanan. Aku nampak Amal Haziqah. Pegang kepala. Aku ternampak Shira dengan baju kurung orennya. pegang kepala. Aku nampak Tyen. pegang kepala. Nampaknya, INC271 benar2 membunuh.


Aku tenung lagi soalan2 Part B. mungkin aku mengharapkan jawapan tiba2 muncul di sebalik dakwat2 di atas kertas itu. Dewan Bendahara benar2 sejuk. Beku kepala otak aku. dengan tiada sedikit pown idea untuk menjawab soalan2 yang aku sendiri tak paham. Kat kelas INC, tak pernah pulak aku tertidur. Tapi kenapa aku tak pernah nampak perkataan2 ni? 


Tak lama kemudian aku nampak Nad keluar dari Dewan Bendahara. Dah siap ke? wahh!! Aku tengok Nad dengan penuh yakin keluar dari dewan. NAD BEBAS~~~ makin lama, Nad makin hilang dari pandangan. Aku nampak Azfar. Tangan dye rancak menulis.


OHOHOHOHOHohohohohohohoo.....!! aku dapat idea. aku takkan kosongkan je Part B ni.. mesti di isi dengan sesuatu. setelah beberapa minit. Part B aku telah pown diisi. HAHA... biar sir je la yang tawu ape aku tulis. mungkin lepas nie, dye akan serik buat soalan untuk INC271. 

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!! *ketawa dgn puas.


Dan bila aku balik dan on je FB, semua sedang mengutuk dan menghina subjek INC271. Ambik kau! Nampaknya, nombor meja aku tidaklah membawa tuah. =____="


Dan andai kata aku kena repeat paper ni,, aku dapat rasakan ramai yang akan 'teman' aku. lalalalalalalalaaaa~~~~


Okay,dah. aku nak gantikan balik masa tidur aku yang telah disia-siakan oleh INC271.


haaaiiiihhh......... (mengeluh mengenangkan nasib junior2 aku nanti) :p hak3!


Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari