Para Penyiasat Saya

18 April 2011

Maafkan Aku..


Assalamualaikum,,

18 April 2011.. Tarikh ni taklah menarik bagi aku. Tapi kisah di sebaliknya, memberi kesan dalam hidup aku nanti. 

Ya aku masih lagi dalam study week. seharusnya yang bermain dalam minda aku ialah buku2 dan nota2. tapi nampaknya banyak perkara lain yang 'menemani' study week aku.

Mungkin seseorang itu sedang membaca enteri aku kali ni. Kalau memang dye sedang membaca, ada sesuatu yang aku perlu beritahu dye.


AKU MINTA MAAF. -__-


Maaf, maaf dan maaf... dahulu dye selalu tegur aku ni selalu tak fikir panjang. perangai macam budak2. Tak matang. Tak fikir baik buruk. dahulu aku tak mengaku,malah selalu menafikan tuduhan dye. Tapi kali ni aku mengaku. Dan aku minta maaf. Aku harap, seseorang itu boleh maafkan aku dan mulakanlah hidup baru.

Aku tahu dye susah untuk mulakan hidup baru. sama sseperti aku. yang masih dalam dunia dan kisah lalu. Tapi inilah cara terbaik. Kebaikkan untuk semua pihak. Aku tak mahu lagi ditemani kisah2 lalu. Aku perlu bina kisah baru. Aku sedar mulakan yang baru adalah perkara yang paling sukar untuk aku lakukan. Tapi aku harap dye mampu.

Nazar aku bukan untuk kebahagian aku. Nazar aku bukan untuk kehancuran dye. Nazar aku kerana Allah. Nazar aku untuk kebahagiaan orang disekeliling aku.

Tadi ada salah seorang kawan aku, bertanya kenapa aku tak memberi peluang kepada orang lain. Aku dah pown jelaskan kepada dye. Pendek cerita, aku belum jumpa sesiapa yang boleh menggantikan dye. Walaupun banyak kekurangannya, walaupun banyak perkara yang aku benci tentangnya, aku massih belum jumpa yang boleh menggantikannya.

Perpisahan antara aku dan dye tak pernah berlaku. Walaupun terlahir dari kata-kata, kami berdua sendiri tahu, kami sememangnya masih bersama. Walaupun teman di sisi bukan lagi antara satu sama lain, Walaupun tidak lagi berhubung, kami tahu, kami masih bersama. Akan ada saja sesuatu yang akan memisahkan kami. Tapi akan ada juga sesuatu yang menemukan kami. 

Bukan aku menolak takdir. Tapi ini bukan masanya. Akan tiba saatnya nanti. Ketika itu, aku harap dye bertindak dengan betul.

Ya. Mungkin betul aku tak dapat lupakan dye. Tapi sekurang-kurangnya, aku tak bersama lagi dengannya. Kalau benar aku menolak takdir, jadi aku akan cuba sedaya upaya untuk membuktikan bahawa takdir itu lebih kuat dari usaha aku.

Aku harap, dye membaca enteri demi enteri aku selepas ni. rasanya, blog aku ni seperti kisah aku dan dye saja. maaflah kalau ada di antara kalian yang agak muak membaca enteri aku. Maaflah follower aku sekalian, sebab aku merepek2 je dalam semua enteri aku. Mungkin aku bukan blogger yang bagus. Yang pandai mereka dan mencipta enteri2 yang menarik. Tapi inilah konsep blog aku. Tentang Hidup Aku. 


Kalau Mimpi Menganggumu, Begitu Juga Aku..

Kalau Bayangan Itu Aku, Itu Juga Kamu..

Kalau Benar Rasa Itu Rindu, Lupakan & Biar Berlalu..






Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari