Para Penyiasat Saya

23 April 2011

Kau.Umpama.Disaster.Loser!


Assalamualaikum,,


Ape2 pun, aku tahu enteri yang aku post kali ni memberi kesan yang besar kepada dua pihak. (pikir sendiri). Ok. Straight 2 the point. Ade beberapa jenis blogger yang aku tak suka.


1- Aku tak suka blogger yang merosakkan bahasa. Bukan sahaja aku. Malah blogger2 yang lain seperti Nad dan Shira. 

But, then ade satu situasi ni di mana aku TERPAKSA tidak berkata apa2 tentang cara penulisan salah seorang blogger yang aku kenal. Sebab aku kawan dengan dye. (tangan di dada, mata ke atas).


2- Seterusnya, bagi aku, blogger yang paling loser ialah blogger yang ade haters dan mention nama haters dye di enteri blog dye. (oh. aku pernah kawan dengan blogger macam ni.)

Sakit hati dengan aku dan terus mention nama aku dalam enteri yang dull. Weh! Sumpah tak profesional ok. Kau seperti blogger yang ketagih follower dan terasa segala isi dan enteri dalam blog kau itu berguna.Walhal, apa yang kau cerita itu semua macam cerita budak2.

Kau ibarat blogger yang tidak pernah belajar basic dan etika ketika menulis. (oh. untungla, kos aku belajar semua tu. kos kau takde kan?) Tapi itu bukan masalahnya. masalahnya ialah kau tidak sesuai menjadi blogger yang MULIA selagi kau TAK BIJAK dan TIDAK BERETIKA dalam penulisan kau. Kau mengaibkan orang lain dengan meletakkan nama orang yang kau benci dalam enteri kau.


3- Oh! ini paling ramai yang benci. Penggunaan bahasa. Kawan aku. maksud aku kawan2 aku yang belajar asas untuk menulis atau mengarang, kalau kau nak tahu, penggunaan dan tatabahasa kau seperti Disaster, dan kau telah menjadi subjek utama untuk dijadikan kutukan. mungkin struktur bahasa yang digunakan seperti budak 14 tahun. BUDAK ye. (tekankan perkataan 'budak') Walhal umur kau sebenar ialah 20 tahun.

Kau pernah tgk vedio IniAnuarHadi tak?

Tak? Oh! mungkin kau boleh tanya kawan2 kau. Cuba kau tgk bila AnuarHadi buat vedio tentang penggunaan bahasa 'ewww'..,, "nyeeww".. ade mase, kau tengok2 la kat Youtube ok.

eh? kenapa? kau tak percaya ke penggunaan bahasa kau yang sangat memalukan tu? ok. sebentar. mungkin kau boleh tengok balik gaya penulisan kau. ha, follower2 kau pown silalah tengok. dan lihat. aku mengarangbukan berdasarkan auta. tapi fakta dan BUKTI.




a) Akuh..... sepatutnya AKU. *kau suka panjangkan perkataan yang pendek ek?

b) Gerls..... sepatutnya GIRLS *aku rasa kalau cikgu BI kau bace, mesti dia sedih..

c) Gadich.... sepatutnya GADIS  *aku banyak tanya pendapat orang lain. sumpah, majoriti tak suka perkataan 'gadich' kau tu. ramai yang kate. perkataan tu seolah-olah 'Comel yang tak jadi'..=__="

d) Lha... sepatutnya LAH  *tak ke kau rasa yang kau dah merumitkan sebutan dan kau 100% merosakkan bahasa.



(Aku tak sangka aku sedang mengajar seorang gadis 20 tahun tentang tatabahasa) =__=" banyak lagi sebenarnya.. Tapi aku rasa, kau dah boleh check sendiri.


Maaflah. Aku dah pesan banyak kali. jangan libatkan hidup kau dengan hidup aku. Tapi mungkin disebabkan kau nampak aku macam lemah dan senang dibuli. So, kau boleh fikir balik siapa aku. Sumpah, aku tak pernah aibkan orang sampai macam ni sekali. Tapi sebab kau dah mulakan dulu, sebagai Masscommers, aku kena pertahankan pula diri aku. 

Kepada followers pemilik blog di gambar ini, saya minta maaf. Mungkin kalian akan membenci enteri saya. Tapi sekurang-kurangnya, saya tidak mention sepatah pown nama gadis ini. Jadi kalian boleh menilai ciri-ciri blogger yang beretika. Maaf, but i have to stand 4 myself.


4- Sangat paling aku menyampah bila blogger mereka-reka cerita. Eh. Kalau ye pown nak lakukan cerita, tak perlulah reka-reka cerita akak oi. Sekali lagi, aku mengarang bersama BUKTI. 



Haa.. anda2 semua bolehlah melihat dengan mata kasar ye. tengok betul2.

Klik dan lihat. Lihat tau. 

a) Blogger ni kata aku cakap dia 'bitch'.. [ Kau tak reti baca ke? Kat situ terang2 kata KAWAN aku yang suruh aku panggil kau 'Bitch'..=___=" nampaknya bukan bahasa melayu kau sahaja yang lemah. tapi english juga..haiishh..] klik untuk enteri sebenar.

b) "aku bukan seorang yang suka2 nak panggil seorang perempuan lain dgn panggilan 'bitch'.. as a muslim,, its not good..."  tapi kau pula kata,,  "nme jea islam kodd ? nk jatuh kn sesama islam ?"..

Pfft..!! Loser ok. kau banyak memutar belit cerita. mungkin kau boleh jadi pembahas yang berjaya. Sumpah kau loser sebab ramai dah tahu kau sebenarnya tukar cerita. Aku cuma jalankan tugas aku. Tak sanggup nak sembunyikan penipuan kau selama ni. Sebab selama ni, kalau aku baca enteri kau pasal aku, ade je yang kau tokok tambah. =___=" Tapi aku diam. Jadi sebab kau mulakan dengan enteri terbaru kau tadi, so giliran aku pula.


5- Satu lagi, aku tak kisah kau remove aku dari facebook. sebab kau yang add aku. jadi siapa yang nak stalked siapa? Aku ada simpan prnt screen time aku 'comfirm' kau as friend aku. Aku tengah cari. sebagai satu lagi BUKTI.

=____="

tapi nampaknya aku tak pasti aku simpan gambar tu kat folder mane. Takpe, aku akan cari. Kau jangan risau. please jangan risau. sebab memang aku ada gambar tu.


Ok. Aku rasa cukuplah lima (5). mungkin kalau kau rasa enteri aku tak panas lagi, kau boleh klik blog BFF aku semua tentang kau. Bahasa dia lebih hebat. Kalau kau mampu baca, silakan. Aku sarankan, JANGAN. Sebab bahasa dia tak sesopan aku. Ada jugak yang lebih sopan dari aku. ha, yang ni sopan sikit.Tapi kalau memang nak, boleh je klik. tapi jangan sekarang lah. kau habiskan dulu aku punye enteri. 


Hey, aku tak suka buat benda bodoh macam ni. Post enteri panjang-panjang semata-mata sebab kau. Sumpah aku taip dengan penuh seksa. Sebab sepatutnya aku tidur dan berehat sekarang. =__=" 

Aku dah berulang-ulang kali pesan kat kau jangan libatkan aku dengan 'hencik tembam' kau tu. Tapi kau seolah-olah sengaja nak sebut nama dia dalam mesej, dalam phone. Ya,aku diam. Tapi inilah hasilnya. Maaflah, tapi aku taklah gadis yang senang kau buli macam apa yang kau dah set dalam minda kau. Aku boleh lawan, tapi ikut masa. Aku tak suka hembus macam tu je.

Ubahlah cara penulisan kau. Adik aku yang form 5 tu pown gelakkan je bila baca penulisan kau dalam blog kau. Tunjukkanlah yang kau tu 20 tahun. Bukan 14 tahun. Besides, aku rasa, orang lain yang baca enteri kau pown susah nak sebut tiap-tiap perkataan yang kau taip. ok. tu je. Aku harap kau tak lawan enteri aku ni. Sebab, aku tak teruk lagi ni. Banyak lagi yang aku tak sembur. So, keep silent. Sebab aku banyak lagi bahan. Kthanksbye.


*jangan lupa, klik blog kawan2 aku. Nad & Shira menanti jejak kau kat blog masing2. Dan..dan..dan.. aku masih tak mention nama kau pown. Bagus,kan.. Itu kita panggil 'Etika'.


sekian...,,



2 comments:

Nazatul Fatiha Musa, said...

aku suka bila kau cakap bahasa aku tak sesopan kau. rasa macam gangster, sumpah. hehehehe.

Fierul said...

mak ai.. .rajinnya menaip :)

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari