Para Penyiasat Saya

25 April 2011

Jangan.Chating.Dengan.Dia!

Hye, Assalamualaikum Kiri dan Kanan,,

Lihat sekejap pukul berapa.     02.06am     .  Ok, aku mengaku aku INSOMNIA. Tapi tak mengapa, mari kita teruskan.


Chating ; IM ; YM ; Skype ; Kampung Chatroom ; Shoutbox ;dan sebagainya. 


Aku ada story tentang ini. Before ape2, ade ke yang sedang ber-chating sekarang? Di Facebook mahupun di laman sosial yang lain? Ade? Ade? Oh! awak di sana? Ok. stop ber-chating dan fokus pada ayat-ayat saya.

*Imbas kembali..... Aku kesat-kesat airmata. Kesan daripada menonton movie Korea.. "Baby and Me" Huuu..Sedih.. Kesat-kesat.. Movie habis dan aku terus online Facebook dan Tweet2 ape yang patut. Check2 notification. Tiba-tiba... #Ding..! Ding..! (bunyi IM) 

"Hye awak.."

"Bz kew.."

"Hye,assalamualaikum"

"Tgh wat ape.."

"Err... Tak tawu nak cakap ape.."

"Nk kenal boleh x?.."

"......" 

Lepastu aku terus 'offline chat'..

Ok. Mari sini semua. semua kena fokus! kalau tak, aku tampar laju-laju. Ok. Ada banyak yang tak digemari ketika ber-chating.

Ok. You, Abang2..! Pernah tak kamu ber-chating contohnya di facebook. Kamu sedang tanya2 dan tiba2 orang yang kamu chat tu terus tak layan kamu. Pernah? Pernah? Abang di sana mcm mana? Pernah ke? *Ok. boleh fikir dan ingat2 balik.

Then. Ladies... Seriously, kadang2 di bahagian bawah screen laptop/computer anda mesti bersusun kotak2 kecik (IM).. dan anda biarkan bunyi *Ding..! Ding..! tu terus berbunyi tanpa anda endahkan. Pernah? Haa..Adik manis yang comel tu..! Pernah,kan..? 

Ok. Ini masanya untuk menjelaskan mengapa konflik ini boleh terjadi.  Kalau kamu..kamu..dan kamu ber-chating. Elakkan menggunakan ayat2 seperti ini. Lebih-lebih lagi di awal perkenalan.


"Wat apew tu..?"   *LOL.. please la.. dah tentulah tengah mengadap laptop/computer. kalau tak, tidak kamu nampak dia online. =___="

"Nak kenal boleh x..?"  *Oh! Ini soalan yang sangat aku menyampah. Derr.. Since orang tu dah approve kau, confirm la dia tak kisah kalau sape2 nak kenal dengan dia.

"Hye, nama awak ape ye..?  *Sumpah. kalau ade yang tanya soalan macam ni kat aku, aku terus block dia. Kalau kamu..kamu..dan kamu tak buat benda yang sama, aku rendam kamu kamu dan kamu dalam air rendam kaki.

"Hye.. klik sini ye. "..Join me in a video chat: http://apps.facebook.com/wechatlive/.."  *Duhh...! Kau baru nak kenal dah ajak video chat?? Buku panduan mana kau baca,gila? Orang yang telan pil banyak sangat je yang akan klik dan layan kau. (be aware.ada juga link2 yang membawa virus)

"Hye,awak. Tgh wat ape? nk kenal boleh? Nk no phone. Bz kew? kalau bz tak mo ganggu la. ni no phone sy.. 01*-*******. Sy out dulu la ea. Jgn tak msg sy taw awk.bye."   * tarik nafas.... tarik lagi... tarik dalam2.. 1,2,3... Fuhhhh... Bro.. Ape barang macam ni? kau beri salam pun tak. kat situ je dah failed! Lepas tu kau non-stop taip macam2. terus bye. mane sempat orang tu nak balas. Paling loser kau paksa orang tu contact no kau. Bro..tak cool ok...


So, moral of the 'enteri'..,, pastikan kamu kamu semua gunakan ayat dan soalan yang betul dan sesuai sebelum menekan 'Enter'.. Kalau degil juga, maka samada kamu tidak dilayan atau kamu akan dimaki kaw kaw..! 


Jadilah pengguna yang bijak ber-chating. Tingkatkan Skill, Kurangkan Kontroversi. Ingat! Bahasa menunjukkan Bangsa..!


sekian,,



No comments:

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari