Para Penyiasat Saya

26 March 2011

Tentang.Kesal.Ku

Pagi ini, aku terjaga lagi..
Alhamdulillah, tuhan masih memberi nafas kepada ku lagi hari ini..
Dan setiap pagi dan hari,
Walau aku ditemani rakan-rakan sejati,
Gelak ketawa mencuri hati,
Entah mengapa kau masih menjadi gangguan di minda ini..
Tiap kali bayanganmu muncul,
tiap kali itu juga gigihku menyingkirkannya..

Apa lagi sebenarnya?
Aku masih tertanya-tanya..
Ia tetap kenangan lama,
Tiada apa yang baru tercipta mahupun yang bakal tercipta..
Malah suara dan jasad mu juga tidak lagi kulihat..

Aku benci kamu!
Tiada lagi memori indah yang ingin aku kenang,
Ingin aku menyumpah-nyumpah!
Tapi siapa aku untuk sebegitu,
Aku kesal..
Kesal kerana dipertemukan denganmu...



pesanan daripada penaja: kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai.

No comments:

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari