Para Penyiasat Saya

28 March 2011

Cinta Terhalang

assalamualaikum..


*dengan muka yang agak serabut. sehari tak tidur. mengadap laptop.


ARGGGGGGHHHHHHHHHHH!!!!! serangga pilihan! serangga pilihan! (tu lagu hilangkan tensyen).

Ape ni? Cinta Terhalang?? "aouch,," *sambil meletakkan tangan di dada.HAHA.


sudah. tak payah la nak kerut2 dahi. Sebenarnya aku baru je menghantar satu assignment yang mempunyai potensi untuk membunuh manusia. Assignment INC (Interpersonal Comunication) dan tajuk maut yang aku pilih di awal sem haritu ialah "Obstructed Love" atau dengan bahasa ibundanya, "Cinta Terhalang"... ArrggHhhhh.... "LAME sangat" *sambil mata kuyu2...


seriously, tajuk yang aku pilih tu sangat membunuh seliruh kehidupan aku.


KENAPA?


tak boleh bayangkanlah bila Sir Shawn suruh buat assignmen pasal tajuk pilihan sebanya 25 page. An Essay. In English. Sumpah aku rasa nak joget2 macam nak berdiri dan jerit je dalam kelas tu... "Owh?!! Sorry Sir. I think i dah tersalah masuk kelas. I'm not masscomm student. I'm  a student of Art & Design" lepas aku terus berlalu pergi dengan muka selamba. *buat muka selamba sebijiKK macam Nad. HAHA


HUH? AD? (owh...saye suuuuuuuuuuuuuuuuuuuuke budak AD)


Tapi aku sedar, itu cuma khayalan dan realitinya, aku kena buat juga assignment tentang tajuk yang membunuh tu. Tajuk tu aku pilih bukan sebab hal peribadi. tapi sebab Sir Shawn nak cepat tajuk tu, aku pown main sembur jela perkataan tu. owh. lupa nak bagitawu. tajuk tu dipilih semasa awal sem. dan aku mula membuatnya 2 hari sebelum deadline.


HEBAT? ...... Wak Luuuuuu!!


dan nak dijadikan masalah, bila Sir cakap tajuk yang dipilih TAK BOLEH DITUKAR. oke. matilah aku.

namun, walau bagaimanapun, meskipun, begituuuuuuuuuuu........,, aku nekad untuk membunuh diri aku sendiri melalui assignment itu.  Stress yang melampau. sehinggakan aku menyanyi dan beraksi di luar norma kehidupan.


~~"siapa serangga pilihan? siapa serangga pilihan?"~~ *sambil jari tgn seperti pistol dan menunjuk-nunjuk ke arah laptop,HAHAHA.


DIAM. SUASANA GELAP. SUNYI. 


"obstructed love' sememangnya membunuh aku. hahaaaa... (baca dan ketawa dgn nada sedih.) sangat membunuh aku. setiap kali aku menaip sebaris ayat dalam microsoft word tentang assgnment INC, aku akan bercerita tentang aku sendiri. setiap baris. setiap isi yang terdapat dalam page assgnment aku tu membuat aku tertekan. setiap isi. aku menaip isi2 tersebut dan aku nampak diri aku. sumpah terseksa. Shira saje la yang nampak betapa seksanya aku nak siapkan assgnment 'Obstructed Love' tu.


seriously, aku bukan shj tertekan sebab deadline, tapi ia juga sebab aku terpaksa lihat balik sejarah aku. maksud aku,sejarah yang paling buruk. dan makin tertekan bila aku terpaksa melihatnya dari segala sudut. yela... assignment macam ni, kena la ada sudut2 pandangan yang berbeza. Dan..Oh ya,, aku juga seperti menasihati diri aku apabila aku buat isi tentang kesan2 negatif. AWKWARD sangat okay!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tetapi disebabkan MARKAH assignment, aku gagahkan juga kepala otak aku ni. aku paksa 'dia'(kepala otak aku) mengeluarkan idea-ideanya.


OKAY,AIDA. STOP IT. (suasana kembali terang)


dan akhirnya aku dapat siapkan juga Interpersonal Communication aku. walaupun sebenarnya aku buat2 tak nampak je part 'Apendix'. APE? aku tak perasan. ye. aku x perasan part tu. percayalah. 


Aku tak nak feeling2 lebih. yang berlalu biarlah berlalu. Kalau dulu aku akan gune ayat "MUNGKIN semua yang berlaku ni ada hikmahnya" tapi sekarang "MEMANG semua yang berlaku tu ada hikmahnya"


HEY YOU! aku ada kawan-kawan aku la.. mereka SEMPURNA okay! SEMPURNA dengan kekurangan yang mereka ada.

HEY YOU! aku ada family aku la.. walau pown ada sedara atau sepupu atau makcik2 aku yang masih menganggap aku 'tak bergaul'. Eh peduli ape?! aku ada MUMMY, AYAH, & APIZ. ape aku peduli korang semua. maksud aku, kalau korang TAK PEDULI kan aku, aku tak kesah langsung. Ermm.. Mungkin korang tak akan datang ke majlis kawen aku *itu mummy selalu kata bila aku tak rapat dgn makcik2 aku. EH,takpela~~ jimat jugak.. tak payah nak keluar bajet lebih2.. Tapi kalau boleh, datang la.. nak jugak aku bebaik dengan korang. tapi tak nak baik sangatla. 'RIMAS'.

HEY YOU! so what? aku rasa hidup aku lebih baik berbanding kau. walaupown kadang2 aku sangat bermasalah dengan berat badan aku yang tak naik2 dan muka aku yang tak selicin LISA SURIHANI. Tapi aku memang THE WINNER! kau ada apa?? Ce Citer~~ Ce Citer~~ *sambil meniru gaya tangan Usop.


KRIK...KRIK..KRIK...


okay.aku rasa cukuplah tu. Aku pown banyak lagi Assignment nak buat. ha! nanti,, abis je sem 2 nie,, aku akan show semua hasil assignment aku kat blog ni. tak nak tengok,apa aku kesah. HAHA.


sekian..,,


pesanan daripada penaja: jangan percaya bulat2...please.

26 March 2011

Mungkinlah.Salah Mulut Aku.

assalamualaikum,,

niat sebenar aku nk update cerita tentang Merong Mahawangsa. tapi terbantut sebab mengenangkan perbuatan dan mulut aku yang 'lancang' ni. :(


maaflah MERONG MAHAWANGSA.


mungkin lepas ni aku akan hilang ramai kawan. mungkin sebab ramai yang x suka perangai dan cara pemikiran aku. =__="

Mungkin agak kolot bila aku memboikot 'Earth Hour' sedangkan orang lain bersemangat menyambut dan menutup semua lampu. dan aku pulak macam orang gila tak nak sokong 'Earth Hour'. mungkin ade yang terasa dengan tindakan aku dan perkataan-perkataan yang keluar dari mulut aku. mungkin ade yang menyampah dan meluat. maaf. mungkin aku bodoh dalam memahami perasaan sekeliling. aku harap, kalian maafkan aku yang paling loser di antara kalian ni. sorry sebab x sehebat kalian. :(

kemudian,, mungkin aku ni terlalu prihatin atau dgn kata lain, aku terlalu menjaga tepi kain orang. maaf,tapi aku cuma bercakap dan bercerita tentang apa yang aku nampak. dan aku tak pernah hipokrit dalam hal-hal yang penting. aku tak mahu orang2 disekeliling aku mula rasa benci dan menyampah dengan aku. mungkin mereka akan labelkan aku sebagai seorang yang suka bercakap belakang. tapi sumpah demi allah, tadi aku tidak berniat untuk bercakap belakang. aku cuma menceritakan apa yang berlaku depan mata aku. dan aku sangat terkejut bila aku yang nampak semua itu. tak pernah terlintas untuk memburuk-burukkan sape2. 

mungkin ade yang selama ini rapat dengan aku tapi lepas ni akan sentiasa berjaga-jaga dengan aku. mungkin selepas ini tiada lagi senyuman untuk aku daripada orang2 sekeliling aku. aku minta maaf sangat2. lepas ni, aku tak akan cerita apa2 yang aku nampak atau cerita tentang orang lain kat sape2. aku akan diam dan takpe lah,biar aku jadi orang yang paling tak bercakap sampai korang tak sedar pun kewujudan aku. 

mungkin langkah aku kali ni salah. oke. aku akan kemballi menjadi diri aku seperti yang korang kenal mase aku masuk mula2 dulu. dulu aku senyap sangat, orang kata aku sombong dan x pandai bergaul. tapi bila aku mula prihatin dan beramah, ade je yang salah. tak ape lah,, aku akan menjadi persis seerti dahulu. :| (hati kuat)

maafkan aku kalau aku ada buat silap dan bertidak terlebih-lebih. levelmate,roomate,aku minta maaf sangat2.


.......Less of Word, Less of Mistake.

 

pesanan daripada penaja : maafkanlah aida. dye janji tak 'bising' lagi.

Tentang.Kesal.Ku

Pagi ini, aku terjaga lagi..
Alhamdulillah, tuhan masih memberi nafas kepada ku lagi hari ini..
Dan setiap pagi dan hari,
Walau aku ditemani rakan-rakan sejati,
Gelak ketawa mencuri hati,
Entah mengapa kau masih menjadi gangguan di minda ini..
Tiap kali bayanganmu muncul,
tiap kali itu juga gigihku menyingkirkannya..

Apa lagi sebenarnya?
Aku masih tertanya-tanya..
Ia tetap kenangan lama,
Tiada apa yang baru tercipta mahupun yang bakal tercipta..
Malah suara dan jasad mu juga tidak lagi kulihat..

Aku benci kamu!
Tiada lagi memori indah yang ingin aku kenang,
Ingin aku menyumpah-nyumpah!
Tapi siapa aku untuk sebegitu,
Aku kesal..
Kesal kerana dipertemukan denganmu...



pesanan daripada penaja: kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai.
setelah membaca sesuatu................



i'm
SPEECHLESS
-_-




with tears....

22 March 2011

Untuk Abang Drummer!

Assalamualaikum,,


Tempat : UiTM Alor Gajah, Melaka.


lalalala~~ sambil sengih2 tgk abg drummer mengetuk-ngetuk Drum yang menawan tu. haha. owh. sekarang lagu 'wajah' nyanyian asal Jacklyn Victor dan Abang Drummer nampaknye sangat bersemangat.


'ohh'... please la. aku nak tawu nama dye. nama pown jadilah. =__=" haha.


Abang Drummer yang memakai t-shirt POLO hitam merah dan putih, berkasut NIKE. huhu... sungguh menarik perhatianku. ^____^ 


oke. apa aku merepek nih?!! arghh!!!


owh?! lagu dah habis. o.O aku masih di tangga dengan laptop ku sedang menaip2 dangan perasaan yang ntah apa.


eh? mane Abang Drummer tadi? =__=" hilang???? eehhh... jangaaaanlaa~~~


owh!! tu dia. sedang rancak bermain dengan handphone. Ber-SMS dengan girlfriend ke? =__=" owh. mungkinla.. main drumm hebat...haruslah ade girlfriend. haaiisshhh~~~


owh. tengok2! Abang Drummer sedang berkemas-kemas. penuh dengan karisma...dan aku mengintai dari jauh bersama Nad. ahaha!! 


haha. Abang Drummer tengah ber-sesi shot2 gambar. nampak kaku sangat!! ahaha! owhh!!! lepas tu terus menyambung tugasnya dengan m'angkat semula drum2 tadi ke belakang tirai.. 


oke. aku seperti stalker yang sangat beriya. =__="


ohh!! Nad panggil makan. oke. Bye Abang Drummer.  Perut saye nampaknye lebih penting. xD


sekian...


pesanan daripada penaja: Jangan join mana2 persembahan yang melibatkan Drummer. 



19 March 2011

New Lecture : Ms. Sofea..

AMARAN :apa yang terdapat dlm enteri ni mungkin bukan perkara yang fakta.

=__=" owh?!


assalamualaikum,,


Lega. oke. lega adalah satu perasaan. perasaan? erm... boleh dikira sebagai perasaan la...BUKAN PERASAN! perasaan lega ini akan mula dirasai jika seseorang individu  yang mempunyai perasaan terasa dirinya tenang dan tenteram. atau lebih tepat lagi, terasa selamat. contohnya, aku rasa lega sangat sebab Mid-Term dah selesai.


oke. then ape lagi? Owh? Cemburu. atau budak2 sekarang lebih suka perkataan 'jeles'. oke. perasaan ni akan wujud jika sesorang individu itu merasakan dirinya terancam. lalu dye merasakan bahawa dia dikalahkan.contohnya.... owh? aku x pernah ade rasa cemburu. HAHA! xP


emm.. ape lagi pendapat aku ye? 


owh!! aku rasa, kalau ada orang yang tak sukakan kita, atau lebih tepat benci dan 'jeles' apa yang ada pada kite,, anggap je dye mcm kwn. maksudnye,, lyn je dye mcm kwn. erm... mungkin nampak bodoh la.. tp at least dye orang tu akan terasa dua kali ganda bodoh sebab tak dapat mengganggu emosi kite. haha. they just stay and stand like a sh**...! ho ho ho!


owh aku rase cuaca kat melaka dah semakin x tentu arah. mungkin ini adalah disebabkan paksi bumi telah berubah sedikit demi sedikit.. mungkin peredaran putaran bumi juga telah berubah dan ini menyebabkan pertembungan antara angin dan suhu di udara yang menyebabkan wujudnya ketidakpuasan antara alam semula jadi lalu menyebabkan aktiviti cuaca yang tidak normal... hmm..... 


BOSAN.


owh?! bosan juga adalah satu perasaan dan ia juga boleh diklasifikasikan sebagai respond atau feedback ke atas sesuatu perkara. bla bla bla bla.......


oke boleh tutup blog aku sekarang.



HEY,, AKU STRESS & insominia..,, (again)



sekian,,


pesanan daripada penaja : jangan simpan terlalu banyak movie dalam laptop anda.

18 March 2011

Mid-Term TAMAT!!!

assalamualaikum,,


sebenarnya, mata aku dah berat sangat. tapi aku gagahkan juga post entri sekarang ni. Nesletter aku dah siap dan dah hantar. terasa macam Journalist muda berjaya pulak. hok hok hok. sumpah aku tak sangka aku boleh siapkan newsletter sebesar A3 tu.. :D


oh ya. presentasion dan slide show CMP tadi. ho ho ho. kali ni terasa macam Marketing manager pula. xD aku seronok sangat semua dah settle. SANGAT LEGA bila paper INC tadi sebagai penutup mid-Term!!! ha ha!


SUMPAH SERONOK.


lepas ni tinggal nak siapkan Advertising, Copy Platform n poster. huuu... GO AIDA!!


ape2pown..,,


AKU BEBASSS!!!!!





...Yours is better than Me...


sekian...


pesanan daripada penaja : mandi sebelum tidur.

16 March 2011

Jangan bunuh aku melalui 'Stress'..

assalamualaikum,,

aku baru je selesai mandi dan solat. owh tadi dah makan kat Cafe Jebat bersama Nad,Jainoob dan Azfar. ohh ya. aku ketepikan Slide Show CMP dan buku INC aku lalu menerkam lappy aku ni. first thing to do bila bukak laptop,, oh ya...


FACEBOOK


hokhokhok. then baru lah aku buka dashboard blog aku ni.. sambil bersandar di dinding ni, sumpah aku terasa letih dan lemah. letih badan...dan letih jiwa... tekanan yang kuat. sumpah. aku tak terkata apa-apa. nasib baiklah gurauan kawan2 dapat juga buat aku lupakan sebentar tekanan dalam jiwa aku ni. tapi, ketawa mcm setan pown takkan dapat bawa aku lari dari tekanan ni.


STRESS.


ya. sangat stress kot. ya allah. assignment dan assignment. arghh!! aku benci2! lepas tu, time tengah Mid-Term ni la nak kene submit semua assgnment. ape semua nie?! aku dah non-stop buat assgnment. untuk mid-term entah belajar entah x... mcm ni ke nk DL? huh.. x tawuuulaa...


by the way, td Nad ade nampak sesuatu dekat pintu UiTM yang menyebabkan aku akan mula melupakan sesorang. Masa tu aku kat ATM. aku tak nampak. Tapi kalau aku nampak pown takpe juga.. walaupun agak berat nak menerima, at least aku dah nampak bukti dan aku akan terus lupakan seseorang tu.


HEY, AWAK... TAK PERLU SELINDUNG LAGI...


sekian...


pesanan daripada penaja : senyumlah untuk melindungi tangisan.



Kesah Pulak Aku!!

Assalamualaikum,,

ya. tajuk enteri aku kali ni agak kurang sopan atau lebih jelas lagi ialah KURANG AJAR. =__=" haruslah. terlalu ramai sangat manusia2 yang kurang ajar dengan aku. mungkin mereka perlu diajar dan belajar dengan lebih gigih lagi.


So,ape aku nak cite kali ni? (soalan bodoh.mungkin.)


owh.haa... aku ada lah terasa bengang dengan seorang hamba Allah ni. sebenarnya, selama ni aku ade perasan juga. tapi bila makin lama makin dia galak,aku tak boleh tahan la.. >.<>


hmm... tadi time tengah melayang-layang fikirkan assignment, aku teringatkan seseorang. aku lebih suka panggil dye sbg J. dan aku lebih suka dia hanya sebagai watak seorang kawan biasa dalam hidup aku. Dia lelaki dan seorang pemain bole sepak. he always said, 'football is my passion'. =__=" SUMPAH aku tak suka ayat tu. dan sebab bola sepak itu juga lah, aku dengan J sekarang seperti musuh.


Arghh.. DUNIA BAGAI RODA.


owh. ^_^ tadi terserempak dengan Debab. lepak kejap dengan dia ramai2. dah tu je.


ASSIGNMENT.


ohh!! hari2ku penuh dengan Assignment. ya. aku sdg under pressure. so, kepada yang perempuan2, jangan cari pasal dengan aku. aku tak ada masa nak bermanja dengan korang. yang lelaki2 pula, jangan nak masuk campur hidup aku. sebab kalau boleh aku tak nak doakan yang bukan untuk korang. contohnya, Mati *u*uk. so, lebih baik jauhkan diri kalau setakat nak menyemak dalam hidup aku untuk beberapa minit.


..Bestfriend can be Boy/Girlfriend..

..But Ex-Boy/Girlfriend will never become a Bestfriend..


sekian..,,


pesanan daripada penaja: solat lima waktu.

14 March 2011

Semua Perkara itu Mudah, Tapi Mudah itu Bukan Semuanya..


Assalamualaikum,,

Tajuk enteri aku agak putar belit dan hanya aku dan orang-orang yang berkenaan je yang faham. atau mungkin setiap orang akan membaca tajuk enteri aku ni dengan nada yang berbeza, maka berbeza mesej yang akan sampai kepada mereka. lain orang, lain cara pemahamannya.


HUH?


oke. macam mana aku nak start ek? ermm... oke. dah lama juga aku tak bermanja-manja dengan blog aku ni. bukan aku tak ada idea. cuma aku terlalu banyak perkara perlu aku selesaikan. nak tawu tak ape aku buat sepanjang aku tak buat enteri baru? nak tak?


KRIK..KRIK..KRIK....


oke. aku anggap itu sebagai 'NAK' untuk soalan aku tadi. HAHA! so, apa aku buat? bermula dengan hari Jumaat. macam biasa, hari Jumaat aku tak ada kelas. so, Jenab, Nad, Azfar dah deal dengan Qisti & Auni untuk keluar buat photoshot. aku? aku tak join sebab kononnya nak siapkan assignment. hok hok hok. madah la sangat nak buat assgnment. bangun dah la lambat..  >.<  oke2.. then, dalam kul 2.30 ptg, bilik karpet jadi sunyi. SANGAT SUNYI. Shira, Kak miza, Tika roomate aku ni semua pergi camping. tingal aku SEORANG. Maka sepanjang hari itu aku kesorangan dan Nad dan Jenab hadiahkan aku Rantai Burung Hantu kegemaran aku.. ^__^


Sabtu pula, aku bangun dengan penuh semangat. aku excited sangat. akhirnya aku dapat juga shooting untuk pengacara Dokumentari Tiang Seri. Semua berjalan lancar. cuma rumah yang jadi lokasi pengambaran tu agak scary.. Then time pengambaran tu, aku terasa macam Nor Syuhada pulak. HAK3!


SUMPAH PERASAN!

 

kemudian aku keseorangan lagi di bilik. Nad pula balik kampung. maka aku pown melayan la movie Shrek, Shrek2 sampai Shrek 3. tiga2 aku nangis. =___=" satu movie,aku boleh nangis dua kali. tak kesah la cerita apa. aku pown tak faham. tapi ituuuuuuulah dia. HAHA!


Next hari Ahad. Owh. aku penuhka hari Ahad aku dengan menyiapkan Press Release. DAH SIAP!!!! hahaha. dalam ku 12, roomate aku yang pergi camping semua balik. Shira BUCUKK!!! Xp kesian tengok diorang. kene buli buat itula, inila.. haiihhh... nasib baik jugak aku dapat Kekeluargaan Islam. kalau dapat PBSM, memang merana lah hidup aku nak g camping.


HOK HOK HOK!


malamnya, aku perform Tarian Citrawarna untuk Open College. Meriah beb!!! ramai sangat. 5 kolej lelaki, 11 kolej perempuan. ...... eh? ye ke? jap2 aku kira. Dang Anum, Dang Merdu Wati, Dang Wangi, Tun Senaja, Tun Kudu, Tun Putih, Tun Merah, Tun Teja, Tun Fatimah dan Tun Puteri. owh.. 10 je ea? hahaha!! Kolej Lelaki? ermm.. Tuah, Kasturi, Lekiu, Lekir dan Jebat. hehe... dengar2 Dato' Mizan ada sebut tentang pertambahan 4 kolej baru kat Lendu ni. haiiihhh.. mase tu aku tak dapat nak bayangkan berapa ramai student kat UiTM Lendu ni. 


hmmm.. itulah dia. kehidupan kampus aku. penuh dengan aktiviti. Tapi walau padat mana pown aktiviti aku, masalah tetap masalah. makin lama, aku bukan sahaja nampak masalah aku. tapi aku nampak masalah kawan2 aku. dua tiga hari ni, baru aku sedar. ada kawan2 aku yang lain yang mengalami masalah yang hampir sama dengan aku. mula2 aku tengok, alahai macam biasa je masalah diowang nie.. tapi makin lama, makin aku perasan ada persamaan masalah diowang dengan masalah aku. ya. semua perkara itu mudah, tapi mudah itu bukan semuanya...


OKE.APE AKU MEREPEK NI. zzzzzz...


owh. hari tu aku nampak sesuatu yang berlaku di tasik. KECEWA. bukan sebab apa. mungkin sebab aku rindu gurauan dia kot. owh... dia takkan sedar yang sebenarnya aku bercerita tentang dia.



Hey,, I Miss You.



sekian...

07 March 2011

Aku Semakin Dilupakan.

assalamualaikum,,

aku dengan posisi duduk dan bersandar di dinding sekarang. menunggu Latihan Citrawarna.baru lepas baca enteri Nad yang nampaknya meminta tapak kasut aku. Haha. aku ketawa sorang dalam bilik ni. macam orang x betul. Argh! Nad punye pasal. =__=' 


^___^

tapi,, inilah life aku yang paling berharga.


KENAPA?


sebab dengan mereka, hari-hari aku ceria. lawak bodoh yang selalu dilakonkan oleh Nad,Jenab dan Azfar setiap hari buat aku rasa nak repeat sem dengan mereka. so,aku boleh bersama mereka sampai aku dah rasa muak dengan Lendu ni. Sumpah. Aku sayang mereka. walauupun kadang2 aku rasa geram sangat sampai aku tertanya-tanya 'kenapa lah lahan*t sangat aku dapat kawan macam diowang ni?'... tapi,walau lahan*t macam mane pown mereka, aku sayang mereka macam NERAKA. (love them like HELL). HAHA.


belajar mencarut dari Nad.


8.30 malam tadi bermulalah Zaman Penjajahan iaitu Mid-term. Paper CMP. yeah... penuh dgn terminology2 bodo*!!  tapi alhamdulilah. aku dapat jawab. :) berkat bergaduh dengan Nad dan Jenab sebab ajak aku makan time aku tengah study CMP malam sebelumnya. HAHA.


Balik dari kelas Sociology pagi tadi, macam biasa lalu Tasik Timah dengan Azfar, Nad n Jenab. Azfar jalan di hadapan dgn Nad. Aku pula dengan Jenab yang melayan perasaan mendengan lagu Bulan Bintang dye kat phone sony ericson tu. tiba-tiba si Nad toleh belakang, 'yang ni apesal Loner, melayan perasaan doe..'. Si Azfar ketawa2. sambil melihat rambut baru Nad terbang2 ditiup angin, aku cuma mampu tersengih. Jenab? huh. dye bukan dengar pown. hidup dengan dunia sendiri. dasar External kena Virus! =.=


MELAYAN PERASAAN? LONER?


aku tersengih.. Ye,Nad.. Aku loner. dan aku memang melayan perasaan aku. tasik lah tempat pertama kali dan tempat terakhir aku jumpa dengan seseorang yang aku mula sayang sekarang ni. Tasik Timah yang aku akan lalu tiap-tiap pagi. ya. TIAP-TIAP PAGI. dan setiap kali itulah juga aku akan teringatkan seseorang.


TERMENUNG LAGI.


sambil mendengar lagu 'Secret' dari blog sesorang. owh. aku tak pernah jemu untuk masuk blog ni. taip2 hari aku akan menunggu enteri baru dari tuan pemilik blog lagu 'Secret' nie. selalunya, aku akan pastikan aku tidur selepas baca enteri dalam blog dye. Aku Stalker Tegar. =.=' tapi pemilik blog x lagi aktif. haruslah... dia bersama yang tersayang.... :') mencipta kenangan baru..


DAN AKU?


....AKU SEMAKIN DILUPAKAN....


06 March 2011

Silent is the Best Action.


assalamualaikum,,

sehari sebelum Mid-term. dan aku x habis2 membaca balik enteri aku yang lepas.  sumpah terasa bodoh. =__=" sebab aku mampu baca je.kenapa aku mampu membaca je.


KENAPA?


sebab inilah cara terbaik.


Silent is the Best Action.




pesanan daripada penaja : semua manusia mencari Ketenangan.

05 March 2011

I'm Fall in Love.

Assalamualaikum,,


Aku tak tahu kenapa.  Tapi aku banyak berfikir sejak akhir2 nie. (motifla..student mmg la byk berfikir =.=) eh,tapi seriously, banyak sangat. Soal belajar itu memang utama. Then,aku banyak bertanya tentang life aku. Soal hati? haihhh.. tu lagi lah satu hal.

Kadang-kadang aku rasa penat.ketenangan? Aku tak merasainya sekarang. walau sekali. LOSER? owh.mungkin aku patot tunjuk 'L' kat cermin. so, 'L' for Loser tu akan reflect kat aku. -_-' 

nampaknya, minggu ni aku banyak melarikan diri dari masalah. aku bukan takut untuk cari jalan penyelesaian. cuma aku nak biarkan dan tengok apa akan jadi seterusnya. 

Kemudian....bercakap tentang kekecewaan.. Ada sesorang yang aku kenal dalam beberapa minggu yg lalu. Mungkin aku terlalu berani membuat tindakan. Mungkin dia x selesa dengan cara aku. Mungkin dia sememangnya menjauhi aku. Aku cuma ingin dia tahu bahawa aku....err...aku dah mula sayangkan dia.


SAYANG???


err....betul ke aku nih?? 



Tapi aku tawu..dia x dapat agak perasaan aku.haruslah. aku layan dia mcm kawan je kot. sahabat dia beritahu aku. dia mungkin x ready sebab masih terkenang kisah lama dia. Ya Allah,, aku pown same kot.. tapi life must go on..

so, tak kesah la kan. Then terus terang aku beritahu kawan dia yang aku akan take it slowly. aku tak akan start dulu. dan aku percaya,Allah ada untuk aturkan perjalanan aku.

But then, satu hari, aku keluar dengan dia. Sumpah aku happy. Then dia kenalkan seseorang pada aku. someone special,maybe. oke then, aku terasa macam something yang dah pecah dalam hati aku. mungkin dia perasan senyuman aku bertukar,mungkin tidak sebab dia bersama orang yang istimewa. after that, aku terus jauh, jauh, jauh, jauh dan JAUH....


aku tak sanggup.


Tiada rasa cinta terhadap dia. tapi aku mula untuk rasa sayang pada dia. ada yang kata,aku salah. sebab aku tak terus terang. tapi percayalah,aku tidak seberani itu. Then aku fikir lagi. BERBALOI ke? 


mungkin tidak.


Sebab dia tak tahu pown perasaan aku. Mungkin dia sendiri x sedar kewujudan aku. Mungkin dia x sedar yang aku mula risau.


bila dia diam,aku risau...dia marah ke?

bila dia tarik muka,aku risau...dia ada masalah ke?

bila dia sakit kaki,aku risau...dia boleh ke nak ke sana ke sini?

bila dia busy,aku risau...dia cukup ke tidur?

bila dia ade assgnment nak print,aku risau...dia ade teman ke?

bila dia tumbuk mcm2,aku risau...tangan dia cedera ke?


Tapi aku tawu. lepas ni,, bila dia tersenyum,mungkin aku tak perlu risau...dia sudah ada yang menemani..


Hard to say love infront of you. The only way is...


D****,, maybe I Fall in Love with you.



(-end-)

03 March 2011

Selamat Hari Jadi Princess!


Assalamualaikum..


Happy Birthday to You,,

I'am not  infront of You,,

You are now at Johor Bahru,,

But I Always Love You!!

(sila nyanyi dgn nada ye.hak3!)


owkey.. untuk pengetahuan semua, tarikh yang sungguh cantik iaitu 03.03.11 adalah hari jadi seorang lagi gadis yang sangat cun, Siti Mira. 


owh??yang mane?? tuu.. yang free hair tu... (belum dapat hidayah.hahaha!)

kami berkawan sejak dari Form 2, time tu aku mengajar dia tarian Zapin. Then terikat dengan satu hubungan persahabatan yang x bisa dipisahkan sehingga sekarang walaupun kami berjauhan.

So, Tie,, aku tahu ko mesti terkilan sebab aku tak balik untuk sambut befday ko. Aku nak balik,, tapi x boleh la Tie.. sumpah aku banyak event kat sini.. :(

So, memandangkan aku jauh, dan sibuk, dari tadi aku dok fikir macam mane nak beri kau hadiah yang paling best. So, setelah aku guling2, aku akan hadiahkan ko dengan membuat Enteri ni khas untuk ko sayang.. :)

sweet,kan? sweet,kan? ^__^

alololo... jagan la nagis~~~ hahaha!

So,, di hari jadi ko yang ke-19 nie,,

Aku doakan semoga ko selamat sejahtera, semoga ko dapat teruskan kerja dengan baik, aku doakan ko dapat membina masa depan yang cerah, perjalanan hidup ko akan lebih mudah dan semoga kau cepat dapat jodoh.

JODOH?

*hahaha! sebab aku rase, antara kita semua,, kau yang akan kawen dulu.. ahaha!

ape2pown,, aku tak kan pernah lupa kau,, walau aku jauh dari kau,, aku tetap sayang kau.. :)



...Selamat Hari Jadi, Princess...




pesanan daripada penaja : makan kek terlal banyak boleh menggemukkan.


02 March 2011

Mac yang Malang..

Assalamualaikum,,

huuu..! 1 March 2011...aku ingat awal Mac ni satu permulaan yang baik.. memang tak arh!

- awal2 pagi 1 Mac je dah tergopoh-gopoh pergi kelas..dan...lambat. =_=" (nasib baik miss sporting! hee..)

-lepas tu Assignment x siap lagi..padahal nk hantar 1 Mac jgk.. haiihh.. (akibat menonton movie je)

-kat library tadi, boleh pulak terserempak dengan senior yang aku tak nak sangat jumpe. urgh!!! please la... nasib baik ade suhail dengar n layan gelabah aku tadi. =__="

-sepanjang Sem 2 ni xde pulak kelas malam... tiba2 dapat berita ada kelas ganti waktu malam..What The Fishball laa... Dan aku masuk lambat lagi..sebab submit Assgnment tadi..

-kat dalam kelas malam pulak,, time2 tengah dengar Mdm bercerita tentang IMC, aku main2la dengan pisau lipat yang Jenab hadiahkan kat aku. 

.. OUCHHH!!!!... 

oke. itu sangat sakit dan perit. Pedih la gile!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

lepas tu berdarah-darah la jari aku. *Midle finger pulak. haihhh... lepas tu bila nak mandi,, PERGHHH!!! nikmat gile arh!! =___="

dah. tak payah susah nak membayangkan. buang masa.

by the way,, x ade ape2 yang best pown berlaku hari ni... Yang penting,, aku kena get ready untuk Mid-Term. This Sem x boleh lalai lagi.


LALAI?


Yelaaa!!! TAK BOLEH lalai!!! faham tak?!


okelah.aku nak nagis2 tengok movie.bye semua. ^___^


pesanan daripada penaja : berkata-kata bila perlu.


Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari