Para Penyiasat Saya

17 February 2011

Aku Menyerah. Betul kata Mummy, Betul kata Ayah..

assalamualaikum,,

please bagi pembaca yang hanya ingin melihat kejatuhan aida sofea ,, sila keluar dari blog ini.  (alahai..tapi aku tahu,, yang nak menjatuhkan aku tu lah makin nak baca enteri aku)

Enteri aku kali ni bukan je untuk diri aku, tapi untuk semua... emm..aku nak kongsi pengalaman..

Dulu kan,, aku pernah bercinta... *banyak kali jugak la...time sekolah.. tapi ade satu kisah cinta aku nie,,aku rasa istimewa sangat. ntah la... dalam banyak2 kisah cinta aku,, aku rasa aku paling sayang kat dia nie.. aku dengan dia serasi sangat..

Nak dipendekkan cerita,, hubungan kami terpaksa diputuskan.. *sayang mummy, sayang ayah..

Sumpah,, aku berat hati meninggalkan hubungan tu...aku macam x sanggup sebab bukan kerelaan kami berdua...tapi takdir lebih kuat.. kami tak mampu melawan..

selepas hubungan kami putus,, aku berusaha untuk lupakan semua tentang 'kami'... Sumpah. aku bersungguh sangat.. sampai aku terpaksa menerima orang lain (Mr.M) dalam hidup aku.. hubungan baru yang aku bina itu pown masih belum berjaya buatkan aku lupakan kenangan antara aku dengan dia.. akhirnya,, hubungan aku putus lagi kerana aku x boleh menerima dia sebagai pengganti.. ="( maaf Mr.M... 

puas aku berusaha.. kadang2 aku rasa bodoh sebab terpaksa tersenyum dan ketawa.. hipokrit! tapi aku terpaksa... aku tak mahu ada pihak yang aku hormat sejak kecil itu kecewa.. sampai satu masa,, aku tak terasa untuk membuka hati aku untuk sesiapa...

Maaf juga kepada insan2 yang pernah berusaha untuk menemani aku... Aku jadi seorang gadis yang x punya jiwa... hanya kerana aku sudahpun ditemani dengan kenangan2 aku dengan dia... ya,aku hidup dengan kenangan shj selama nie.. 

Perit melihat bila dia punya pengganti.. Aku pown bukan boleh buat apa-apa... kami dah x bersama... apa yang aku buat untuk terus bertahan ialah sentiasa ingat ayat2 dan janji dia pada aku... dia pernah janji,, walau dengan siapa dia nanti,, dia akan pstikan aku akan menjadi psangan hidupnya yang SAH... dia nak buktikan pada keluarga aku yang dia boleh jaga aku... ="( ya,,aku sentiasa ingat janji dia..

sebab itu, bila aku tahu dia ada yang lain,, aku x risau..sebab aku tahu dalam hati dia ada aku... Aku pendam.. ya allah... sumpah perit sangat... :( tapi aku tetap menunggu... membuka hati aku untuk orang lain adalah perkara paling akhir yang akan aku fikir... 

Banyak kasih sayang yang aku hilang sebab pertahankan dia... banyak kepercayaan yang diberikan pada aku hilang kerana dia.. banyak kejayaan yang patut aku peroleh hilang kerana dia... *maaf sahabat2ku... tapi aku biarkan dan terus dengan hati aku yang sekeras kerikilnya.. hanya kerana dia..

aku dan dia terputus hubungan untuk berkomunikasi dgn dia.. nombor dia tak lagi dapat aku hubungi.. dia di mana,, aku pown x tahu.. kadang2 aku bercakap dengan angin... ape yang aku nk cakap dengan dia,, aku akan hembuskan di selit2 angin.. harap2 akan sampai pada dia.. *haha..macam orang x siuman... Tapi itulah yang buatkan aku untuk terus bertahan... Hari demi Hari...  Minggu demi Minggu... Bulan demi Bulan... semua ku biarkan berlalu dan aku masih bertahan...

AKU SAYANG DIA.


Tapi hari ini... 17 Febuari 2011... setelah membaca salah satu blog yang aku follow,, aku rasa aku mula sedar..sedar dan perlukan perubahan...

- aku perlu lupakan dia.

- aku perlu lepaskan dia ="(

- aku perlu tinggalkan segalanya tentang dia

- aku perlu mulakan hidup aku tanpa bayang2 dia

Mungkin ade yang akan rasa puas sebab dia rasa dia dah pun menang.. Ya mungkin kau dah menang.. aku menyerah.. cuma satu je aku pesan.. aku minta sangat kau buat ni untuk aku..

- tolong hilangkan perasaan dendam kau terhadap aku.

- maafkan aku. mungkin memang betul aku mengganggu hubungan kau dengan dia. tapi aku harap kau phm kenapa aku begitu beriya pertahankan perasaan aku terjadap dia.

- lupakan kewujudan aku.

- hentikan menghina aku dalam blog kau.

- teruskan mencipta kenangan manis dengan dia.

dan akhir sekali..

- tolong jaga dan bahagiakan dia... sebab aku tak berkesempatan untuk melakukan itu. mungkin ini memang takdir dan aku rela kalau kau memang untuk dia.. mulai hari ni, aku akan sentiasa doakan kebahagian kau dgn dia.. 

Lepas ni, kau tak perlu risau lagi tentang aku.. aku tak akan ganggu kau dgn dia.. cuma aku harap kau x menghalang hubungan antara aku dgn Mak.. walaupun aku dengan dia tiada pape lagi,, tapi aku dgn Mak sudah terikat lama.. tu je yang aku harap kau terima.. maafkan aku atas apa yang dah aku lakukan.. aku harap tiada lagi dendam antara kita.. Thanks Miss I...

Untuk si dia,, teruskan mencari kebahagiaan.. doakan aku juga temui kebahagiaan aku.. Thanks Mr.A.... ="|


Betul kata Mummy, Betul kata Ayah... dia bukan insan yang ditakdirkan untuk aku... 


AKU AKAN MULAKAN HIDUP BARU... ^__^ DAN AKAN TEMUI KEBAHAGIAAN SENDIRI... (insyallah)

sekian..


pesanan daripada penaja : Tisu tandas akan m'bahayakan kulit muka anda.

2 comments:

orkedbungaa said...

saba oke syg,sume yg jadi ade hikmahnye.
Allah takkan bg ujian yg hambaNya tak dpt tanggung/selesaikan :)

miSsh chiOrikA said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari