Para Penyiasat Saya

28 February 2011

Aku Diam, Tak Bermakna Aku Tak Sayang.

Assalamualaikum,,

Sebelum Bulan Februari ni habis,, aku akan luahkan ape yang aku rasa pada salah seorang insan yang sentiasa bersama aku.

Nazatul Fatiha.

aku panggil dye Nad. Sumpah demi Allah,, dalam banyak2 aku berkawan,, dia ni lah yang paling kuat bergaduh dengan aku. =___=" haha. 'Gaduh itu Indah'....

Okelah,, aku rasa aku faham apa yang bermain dan mengganggu di dalam kotak pemikiran kau sekarang.. 

Sayang,, kalau kau takut mati,, itu bukan satu kesalahan. kalau kau takut untuk mati,, itu bukan satu perkara pelik. kalau kau belum bersedia untuk mati,, itu semua dirasai oleh setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini. MATI. itu perkara yang pasti,Nad. Apa yang kau rasa sekarang ini semua orang pernah dan akan merasainya. Inilah nikmat kita sebagai hamba-Nya dan sebagai Umat baginda.. :) Sayang,, aku faham.. Kau resah.. aku faham.. Kau takut.. aku faham.. Kau perlukan aku,azfar,jenab, teman2 yang setia dengan kau..

Aku rasa kau dah cukup matang untuk menilai balik apa perasaan kau.. kau fikir balik ape sebenarnye Tuhan bagi kau rasa perasaan macam tu. Setiap yang berlaku ada hikmahnye..

Ya,, mungkin aku agak x melayan dan ambil mudah dengan enteri kau tentang MATI. ayat2 yang kau selalu guna bila bercakap dengan aku. hampir setiap hari kau akan cakap yang kau terasa ajal dekat sangat dengan kau. Aku pulak,, boleh buat bodoh je.

Aku diam,tak bermakna aku tak sayang.

Macam ni lah aku. Walaupun aku diam dan x memberi respon. sebenarnya aku sedang memikirkan setiap apa yang kau kata pada aku. dan dari situ aku buat penilaian aku sendiri. aku akan bercakap bila aku rasa yakin dan perlu. maknanya, bila aku respon tentang apa yang kau cakap, itu aku rasa point yang penting untuk aku beritahu kau. aku tahu kau kecik hati bila aku cakap aku x percaya semua tu dan bagi aku tu karut dan khurafat. Tapi itu lah aku,Nad. tapi ak x pernah menghalang kepercayaan kau.

Nad,, walau pown aku selalu diam bila kau cakap tentang kerisauan kau.. aku selalu balas "emm.." , "oowh..", "ha'a..", "ok.." dan reaksi muka yang pelbagai dan kadang2 aku x buat reaksi muka pown. =___=" Percayalah,, aku x pernah anggap perkara tu remeh. aku cuma memilih untuk diam dan berfikir dalam dunia aku.

mungkin inilah perangai pelik aku yang tak semua orang boleh faham.

apa2pown Nad, aku cuba jadi kawan yang terbaik dalam hidup kau. walaupown kadang2.. *ehh! selalu jugak lah.. ermm aku banyak tersentap dengan kata2 kau. Aku ni sensitif, Nad.. Gembeng.. Cakap sikit nak nangis.. So, kau faham2 je la Nad kalau kdg2 joke kau tu aku x layan. mungkin itu tandanya aku dah terSENTAP dengan joke kau yang kdg2 lebih teruk dari permikiran Jenab. xD hahaha!

huh! huh! huh! okelah, aku x nak kau fikir2 sangat tentang MATI or ape2 je.. kalau aku jadi kau,, aku anggap itu pesanan dan Allah SWT untuk sedarkan supaya bertaubat dan sentiasa ingat DIA..








Kita Kawan,, ^__^

(lepas baca enteri ni jgn nak call atau IM aku,nanti aku rase geli.ahaha!)


pesanan daripada penaja : jangan jadi seperti Nad (Nut/kacang) yang melupakan kulit. 

No comments:

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari