Para Penyiasat Saya

28 February 2011

Aku Diam, Tak Bermakna Aku Tak Sayang.

Assalamualaikum,,

Sebelum Bulan Februari ni habis,, aku akan luahkan ape yang aku rasa pada salah seorang insan yang sentiasa bersama aku.

Nazatul Fatiha.

aku panggil dye Nad. Sumpah demi Allah,, dalam banyak2 aku berkawan,, dia ni lah yang paling kuat bergaduh dengan aku. =___=" haha. 'Gaduh itu Indah'....

Okelah,, aku rasa aku faham apa yang bermain dan mengganggu di dalam kotak pemikiran kau sekarang.. 

Sayang,, kalau kau takut mati,, itu bukan satu kesalahan. kalau kau takut untuk mati,, itu bukan satu perkara pelik. kalau kau belum bersedia untuk mati,, itu semua dirasai oleh setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini. MATI. itu perkara yang pasti,Nad. Apa yang kau rasa sekarang ini semua orang pernah dan akan merasainya. Inilah nikmat kita sebagai hamba-Nya dan sebagai Umat baginda.. :) Sayang,, aku faham.. Kau resah.. aku faham.. Kau takut.. aku faham.. Kau perlukan aku,azfar,jenab, teman2 yang setia dengan kau..

Aku rasa kau dah cukup matang untuk menilai balik apa perasaan kau.. kau fikir balik ape sebenarnye Tuhan bagi kau rasa perasaan macam tu. Setiap yang berlaku ada hikmahnye..

Ya,, mungkin aku agak x melayan dan ambil mudah dengan enteri kau tentang MATI. ayat2 yang kau selalu guna bila bercakap dengan aku. hampir setiap hari kau akan cakap yang kau terasa ajal dekat sangat dengan kau. Aku pulak,, boleh buat bodoh je.

Aku diam,tak bermakna aku tak sayang.

Macam ni lah aku. Walaupun aku diam dan x memberi respon. sebenarnya aku sedang memikirkan setiap apa yang kau kata pada aku. dan dari situ aku buat penilaian aku sendiri. aku akan bercakap bila aku rasa yakin dan perlu. maknanya, bila aku respon tentang apa yang kau cakap, itu aku rasa point yang penting untuk aku beritahu kau. aku tahu kau kecik hati bila aku cakap aku x percaya semua tu dan bagi aku tu karut dan khurafat. Tapi itu lah aku,Nad. tapi ak x pernah menghalang kepercayaan kau.

Nad,, walau pown aku selalu diam bila kau cakap tentang kerisauan kau.. aku selalu balas "emm.." , "oowh..", "ha'a..", "ok.." dan reaksi muka yang pelbagai dan kadang2 aku x buat reaksi muka pown. =___=" Percayalah,, aku x pernah anggap perkara tu remeh. aku cuma memilih untuk diam dan berfikir dalam dunia aku.

mungkin inilah perangai pelik aku yang tak semua orang boleh faham.

apa2pown Nad, aku cuba jadi kawan yang terbaik dalam hidup kau. walaupown kadang2.. *ehh! selalu jugak lah.. ermm aku banyak tersentap dengan kata2 kau. Aku ni sensitif, Nad.. Gembeng.. Cakap sikit nak nangis.. So, kau faham2 je la Nad kalau kdg2 joke kau tu aku x layan. mungkin itu tandanya aku dah terSENTAP dengan joke kau yang kdg2 lebih teruk dari permikiran Jenab. xD hahaha!

huh! huh! huh! okelah, aku x nak kau fikir2 sangat tentang MATI or ape2 je.. kalau aku jadi kau,, aku anggap itu pesanan dan Allah SWT untuk sedarkan supaya bertaubat dan sentiasa ingat DIA..








Kita Kawan,, ^__^

(lepas baca enteri ni jgn nak call atau IM aku,nanti aku rase geli.ahaha!)


pesanan daripada penaja : jangan jadi seperti Nad (Nut/kacang) yang melupakan kulit. 

Aaoww...COMEL sangat Si Cerra nie..

Assalamualaikum,,

err...hari nie, enteri aku agak perempuan2 sikit. err..so, bagi yang nak bace enteri yang serious2,, x yah lah susah2 bace oke. xD haha.

oke, back to the story,,,

err... Sape tu ek?? yang kat dalam gambar tu la.. haihhh... yang penting,, aku x se-cun dye.. hak3.. 

Btway,, her name is Nurul Shahira bt Zaini. kalau klik,, boleh terus gi FB dye. Budak Kajang. 18 tahun yang bakal menjadi 19 tahun. Single Available. Suka warna Pink. Suka buat karangan panjang2.ho ho ho.

oke. =___=" What The Errrrkk?!!! dah tu ape pasal minah ni dok sebok2 tayang muka and join enteri aku kali nie... =___=" 

HAHAHA. 

oke2. x nak kalis2. Satu je aku nak cakap kat ko nie Cerra oi..

'Kau Chomel Gile Dooee time Mengigau.."!!!

huh???

aku taip ape tadi ek?

mengigau.

huh?? yeke??

HAHAHAHAHA!! sumpah doee.. aku terguling-guling tgk aksi kau mengigau dengan tangan Kak Limah kau tu.. hahaha!! 

*sape nak tahu macam mane Si Cerra ni mengigau,, sila la klik sini. :)



*ape2 pown,, aku sayang kau DEMOKKK!! muahhks!!! 

Owh!! btway,,tukar theme untuk blog aku nie.. *ermm Nad dgn Cerra x suke warna2 membunuh. ahakzs3!


pesanan daripada penaja : Hati-hati dengan pengaruh Hantu Kak Limah. Mimpi anda mungkin menjadi destinasi seterusnya.

27 February 2011

Owh Ni Rupanye Kerja Aku..


assalamualaikum,,,

hmm... oke,, untuk 26 Feb,, nothing happen.. err.. Nad lepak kat bilik aku.. bila dah berminyak baru balik bilik n dye mandi. xDD hak3!

ermm.. tadi sebelum g Cafe Jebat,, sambil2 tunggu si nad tu siap2,, aku tunggu kat bawah Tun Puteri.. Angin kuat~~~ ermmm aku terase terkilan lagi.. =___=" dalam hati aku dok terdetik,,
'kalau tak,, mesti sekarang aku tengah merasa angin yang bertiup kat Kelantan'... Haiiiihhhh.... Nasib2....

oke. Dah! pastu aku macam nak penampar diri aku sendiri. Tapi aku x sebongok tu la.. so aku cancel niat aku untuk tampar diri sendiri..

huhhh???

oke.then aku makan kat Cafe Jebat tadi,, Nad boleh pulak tunjuk kat aku sorang mamat nie..
Ya Allah...,, sumpah macam Baim Wong....!! :D ahaha!!

=___=" oke. aku dah start mengedikk. cam Loser la weyh!!! (sorry for that)

Tak kesahlah... tapi aku macam rindu kat sorang budak AD ni la... bwekk!!! ahahaha! kalau budak tu bace mesti kembang2 je..hee.. ^__^

oke. =__=" aida,,kau menggedikk lagi.. sengal zone betol ar!


owhh??!!! aku kena baca Sociology sekarang..... o.O

SEKARANG???

owh?? ye lah... SEKARANG..!!!

*ayah suruh aku dapat DL... mampu ke? mampu??!!! (hahaha)


pesanan daripada penaja : gunakan duit PTPTN anda dengan cermat.

25 February 2011

Aku Harap Ni Bukan Enteri Aku.

assalamualaikum,,

hey,, aku nampak matang tak? cool tak? 

Huh??? Ape aku merepek nie..??

Btway,, Ayah,, Selamat Hari Jadi... Haiihhh.... Akak tak tawu ape nak kata lagi.. mungkin akak masih terkilan kot.. 

owh,,ni bukan akak.

huh??? Ape aku mengarut nie..??

ermmm...sorry mummy, akak x balik.. rasanya,,kalau akak balik pown,, alaa.. mummy kenal kan akak ni perangai mcm mane.. alaa,, mummy paham2 jela kenapa akak x balik.. ni pown kalau mummy bace.. mummy tawu ke blog akak??

owh,, x kot.. ehh,,ntah2 mummy...ahhh!! peduli ape??!  tak kesah pown kalau mummy bace.. ni kan blog aku..

=_____________=" oke. aku dah start merepek lagi.. haiiihhh....

aku tak tawu la sape sebenanye yang sedang taip enteri kali nie.. o.O aku ke? -__-" oke. aku macam nak nangis.

WHAT THE ****!!! nangis??? macam ***** je nak nangis2 bagai... dah la aida,, kau nak golek mcm askar ke,, nangis mcm baby minta penampar ke,, muka masam macam juice epal basi ke,, kau memang tak boleh nak bangkang keputusan yang dah dibuat.. Dasar Boneka!!

oke. -,- enteri aku dah makin boring. sebelum apa2 jadi, baik aku 'Publish Post' je.

yang penting enteri ni bukan aku punye. oke,chaw!!

pesanan daripada penaja : "ahhh!! kau nak aku taja kau ape lagi hah??! untung xde jugak! kau taja lah diri kau sendiri!"

23 February 2011

Kepenatan.di luar angkasa minda. =__="

assalamualaikum,,

huhhhhhhh!!!! PENAT!!!! hohoho.. 22 Feb 2011 was crazy!! even ade class yang cancel,, *huhu..thnks miss Shafie.. tapi event sepanjang hari tadi sangat padat... Aku student yang bertanggungjawab.,, so aku SUDAH MENGUNDI.. dan alhamdulilah,, calon yang aku pilih tu akhirnya menang.. : tahniah abg wan!!

Lepas mengundi,, aku lunch kejap dengan kawan2.. then diowang semua balik bilikmm aku pulak kene jumpe dengan senior yang terlibat dengan Tiang Seri tu... lepas tu petang ade pulak event MAKSIS smpai pukul 7.. pukul 8.30 ade lagi event MAKSIS sampai kul 10.30 aku tak larat and terus cabut. xP Ya Allah!! sumpah penat ="O

Aku harap kawan2 aku menyokong aku,, bukan memperkecilkan aku.. dan jangan terkejut kalau aku mula untuk berubah.. Aku perlu dan berhak untuk merubah diri aku ke arah yang lebih  baik.. =(

oke... errr.. aku dah blur.. aku rasa,, aku nak tido sekarang jugak! kthanksbye. :p

pesanan daripada penaja : Elakkan diri daripada 'stress'.

22 February 2011

Tak Akan ada Sesiapa Kisah

assalamualaikum,,

pagi2 lagi aku bangun aku nampak ade senior IM aku kt FB.. tapi dye dah offline balik =___=" errgh..ni semua sbb aku tertidur sambil tunggu msg Debab yang konon bz tu..last2 bila senior tu IM,aku dh pown tertidor..haha.. Then, bila aku refresh balik FB aku,, aku dapat satu msg.. owhh!!?? dari senior tadi!! :D Kat situ dye tulis,, aku terpilih menjadi PENGACARA TIANG SERI..  aaaaaaaaaaaaarrrrrhHHhhhhhHHhhh!!!!!! macam tu lah aku jerit...sampai terkejut shira zaini tu..haha.. ape2pown Alhamdulilah.. syukur3.. ^____^

aku tawu lepas ni aku akan sibuk... untuk 2 minggu ni,, aku kene fokus untuk latihan citrawarna untk Open College.. then,,aku nak kene follow program MAKSIS untuk assignment COM163 aku tu...poster untu CMP aku kene gerak juga... dan untuk Tiang Seri ni pulak memang minat aku.. dan..kawan-kawan aku...... :( haihhh...

makin lama, semakin serabut hubungan kami (bukan hubungan couple oke..) mungkin mereka fikir aku mula mengasingkan diri... tapi mereka x tahu yang sebenarnya,, aku terpaksa.. aku nak tunjukkan apa yang aku boleh buat.. aku audition sane, join sini.. tu semua sbb aku nak majukan diri aku.. sampai bila aku nak terus xde kemajuan..? aku sibukkan diri aku bukan bermaksud aku nak anti-social ke ape ke.. aku takda masalah pape pown dgn kawan-kawan aku.. cuma lately and later,, aku akan sibuk...

aku bukan ketepikan kawan-kawan aku... aku cuma nak mencari identiti aku sebagai seorang student masscomm..

Semalam,, lepas makan sama2 dengan Nad n Debab..,, aku terfikir... bila aku dah sibuk n penuh dengan komitmen nanti.. aku akan kehilangan dua orang ni dalam hidup aku ke? lepas ni,,diowang kisah tak dengan aku?? atau diowang dan yang lain2 akan singkirkan aku..dan... Tak Akan ada Sesiapa Kisah tentang aku...

( -__________- ) haaiihhhh.......

pesanan daripada penaja : menangguh tugasan akan membawa padah kepada diri sendiri.

19 February 2011

Sayu di Tepi Pantai..



assalamualaikum...

haha.. nice x pic tadi tu? huhu.. saje2 gatal nak edit.. 

'pantai' tempat yang tenang... tapi juga tempat yang boleh buat aku terasa sangat2 sedih.. kisah demi kisah akan aku imbas jika berada di pantai... terasa bodoh. tapi itulah hakikat..kenangan akan tetap akan mengejar kita...

..sama seperti pantai yang ikatannya bersama lautan.. 




dan kala aku menyentuh halusnya pasir.. aku terasa itu diri aku.. dan kala air pantai yg datang dekat dengan tanganku lalu membawa sikit demi sedikit pasir itu.. aku terasa itu diri aku..

..sesiapa yang datang kepada aku pasti akan membawa sesuatu dari hidup aku..


pesanan daripada penaja : air laut itu masin.

Aku Kurang Selera Makan

assalamualaikum..,,

"hey,, aku suka makan..." itu memang ayat aku. 

Tapi sejak akhir2 nie.. aku tak de nafsu bila nampak makanan yang aku selalu order kat 'Cafe Jebat' mahupun di tempat2 kegemaran aku yang lain... 

*MEE GORENG TELOR MATA - aku selalu makan MGTM nie.. fuhh! sedap wooo!! kat Cafe Jebat aku selalu order nie.. (kat johor x dapat mcm nie)

*MEE HOON/BIHUN TOM YAM - makanan nie ade sejarahnye.. nak tawu,cite dye ade kat sini. klik sini. menu ni aku selalu order kat kalau makan kat luar dari UiTM. time2 aku demam,, lagi la aku nak makan menu nie.. (mee hoon tom yam ade KUPANG...fuhh!! sedap!!)

*McFlurry OREO - owh....hahaha. ini memang WAJIB aku beli kalau lepak kat DP (dataran pahlawan) atau MP x sah kalau aku x beli. rase macam aku x pakai seluar kalau x beli eskim nie..haha.. (Nad TAK SUKA bende2 manis)

*KEK COKLAT PASAR UiTM - haaa... ni pown... haihhh... RM2.00 sedaaaaaaapp~~~ (gila kek)


Nampak tak.. aku memang suka makan... :D tapi sekarang...

Aku dah jarang turun Cafe Jebat. Aku tak order dah MGTM... haritu ade jgk aku try nak makan Nasi Bujang... Nad yang cadang.. last2,, Azfar yang habiskan.. =__=" 

Mee Hoon Tom Yam  pulak.....lagi lah aku tak sanggup nak makan.. sebabnye.. lah.. kan aku dh cite..kat enteri yg lepas...nak tawu klik sini. so.. aku dah x selera nak makan or order menu tu.. Keluar makan dengan Debab, Kamil and nad pown aku tak tawu nak order ape.. last2 aku minum sirap bandung je..

ohh. McFlurry yang kucintai.. maafkan aku kerana membiarkan kau tadi.. aku lepak kat DP tadi.. lalu la kat depan McD.. Maafla... aku lalu sahaja.. sampai Nad pown pelik. walaupun dye x suka McFlurry tu,,tp muka dye macam nak aku beli je.. haha..

Aku pergi pasar khamis.. konon nak gi dengan DEBAB. tapi debab bz dengan assigment.. =__=" aku pergi pasar then..aku tak beli pown kek coklat yang selalu aku beli tu.. aku cakoi..tu pown jamu kat kawan2 je.. makan kat tepi tasik.. kesian Kek Coklat tu...dah same nasib McFlurry.. :(

dah lame jugak aku tak sentuh nasi...

Ya Allah.. ape la sebenarnya hikmah dari ujian-MU ini.. 

pesanan daripada penaja : Menyanyi boleh menghilangkan tekanan. Berzikir juga. Insyallah.. 

17 February 2011

Aku Menyerah. Betul kata Mummy, Betul kata Ayah..

assalamualaikum,,

please bagi pembaca yang hanya ingin melihat kejatuhan aida sofea ,, sila keluar dari blog ini.  (alahai..tapi aku tahu,, yang nak menjatuhkan aku tu lah makin nak baca enteri aku)

Enteri aku kali ni bukan je untuk diri aku, tapi untuk semua... emm..aku nak kongsi pengalaman..

Dulu kan,, aku pernah bercinta... *banyak kali jugak la...time sekolah.. tapi ade satu kisah cinta aku nie,,aku rasa istimewa sangat. ntah la... dalam banyak2 kisah cinta aku,, aku rasa aku paling sayang kat dia nie.. aku dengan dia serasi sangat..

Nak dipendekkan cerita,, hubungan kami terpaksa diputuskan.. *sayang mummy, sayang ayah..

Sumpah,, aku berat hati meninggalkan hubungan tu...aku macam x sanggup sebab bukan kerelaan kami berdua...tapi takdir lebih kuat.. kami tak mampu melawan..

selepas hubungan kami putus,, aku berusaha untuk lupakan semua tentang 'kami'... Sumpah. aku bersungguh sangat.. sampai aku terpaksa menerima orang lain (Mr.M) dalam hidup aku.. hubungan baru yang aku bina itu pown masih belum berjaya buatkan aku lupakan kenangan antara aku dengan dia.. akhirnya,, hubungan aku putus lagi kerana aku x boleh menerima dia sebagai pengganti.. ="( maaf Mr.M... 

puas aku berusaha.. kadang2 aku rasa bodoh sebab terpaksa tersenyum dan ketawa.. hipokrit! tapi aku terpaksa... aku tak mahu ada pihak yang aku hormat sejak kecil itu kecewa.. sampai satu masa,, aku tak terasa untuk membuka hati aku untuk sesiapa...

Maaf juga kepada insan2 yang pernah berusaha untuk menemani aku... Aku jadi seorang gadis yang x punya jiwa... hanya kerana aku sudahpun ditemani dengan kenangan2 aku dengan dia... ya,aku hidup dengan kenangan shj selama nie.. 

Perit melihat bila dia punya pengganti.. Aku pown bukan boleh buat apa-apa... kami dah x bersama... apa yang aku buat untuk terus bertahan ialah sentiasa ingat ayat2 dan janji dia pada aku... dia pernah janji,, walau dengan siapa dia nanti,, dia akan pstikan aku akan menjadi psangan hidupnya yang SAH... dia nak buktikan pada keluarga aku yang dia boleh jaga aku... ="( ya,,aku sentiasa ingat janji dia..

sebab itu, bila aku tahu dia ada yang lain,, aku x risau..sebab aku tahu dalam hati dia ada aku... Aku pendam.. ya allah... sumpah perit sangat... :( tapi aku tetap menunggu... membuka hati aku untuk orang lain adalah perkara paling akhir yang akan aku fikir... 

Banyak kasih sayang yang aku hilang sebab pertahankan dia... banyak kepercayaan yang diberikan pada aku hilang kerana dia.. banyak kejayaan yang patut aku peroleh hilang kerana dia... *maaf sahabat2ku... tapi aku biarkan dan terus dengan hati aku yang sekeras kerikilnya.. hanya kerana dia..

aku dan dia terputus hubungan untuk berkomunikasi dgn dia.. nombor dia tak lagi dapat aku hubungi.. dia di mana,, aku pown x tahu.. kadang2 aku bercakap dengan angin... ape yang aku nk cakap dengan dia,, aku akan hembuskan di selit2 angin.. harap2 akan sampai pada dia.. *haha..macam orang x siuman... Tapi itulah yang buatkan aku untuk terus bertahan... Hari demi Hari...  Minggu demi Minggu... Bulan demi Bulan... semua ku biarkan berlalu dan aku masih bertahan...

AKU SAYANG DIA.


Tapi hari ini... 17 Febuari 2011... setelah membaca salah satu blog yang aku follow,, aku rasa aku mula sedar..sedar dan perlukan perubahan...

- aku perlu lupakan dia.

- aku perlu lepaskan dia ="(

- aku perlu tinggalkan segalanya tentang dia

- aku perlu mulakan hidup aku tanpa bayang2 dia

Mungkin ade yang akan rasa puas sebab dia rasa dia dah pun menang.. Ya mungkin kau dah menang.. aku menyerah.. cuma satu je aku pesan.. aku minta sangat kau buat ni untuk aku..

- tolong hilangkan perasaan dendam kau terhadap aku.

- maafkan aku. mungkin memang betul aku mengganggu hubungan kau dengan dia. tapi aku harap kau phm kenapa aku begitu beriya pertahankan perasaan aku terjadap dia.

- lupakan kewujudan aku.

- hentikan menghina aku dalam blog kau.

- teruskan mencipta kenangan manis dengan dia.

dan akhir sekali..

- tolong jaga dan bahagiakan dia... sebab aku tak berkesempatan untuk melakukan itu. mungkin ini memang takdir dan aku rela kalau kau memang untuk dia.. mulai hari ni, aku akan sentiasa doakan kebahagian kau dgn dia.. 

Lepas ni, kau tak perlu risau lagi tentang aku.. aku tak akan ganggu kau dgn dia.. cuma aku harap kau x menghalang hubungan antara aku dgn Mak.. walaupun aku dengan dia tiada pape lagi,, tapi aku dgn Mak sudah terikat lama.. tu je yang aku harap kau terima.. maafkan aku atas apa yang dah aku lakukan.. aku harap tiada lagi dendam antara kita.. Thanks Miss I...

Untuk si dia,, teruskan mencari kebahagiaan.. doakan aku juga temui kebahagiaan aku.. Thanks Mr.A.... ="|


Betul kata Mummy, Betul kata Ayah... dia bukan insan yang ditakdirkan untuk aku... 


AKU AKAN MULAKAN HIDUP BARU... ^__^ DAN AKAN TEMUI KEBAHAGIAAN SENDIRI... (insyallah)

sekian..


pesanan daripada penaja : Tisu tandas akan m'bahayakan kulit muka anda.

14 February 2011

YOU are the Stalker!!


assalamualaikum,,

fuhh~~ fuhh~~ fuhh~~~ (tarik nafas bnyak2)

today, i'll tell a story about someone who alwys stalked me.(blog and facebook). not a boy,but a girl. my friend asked me to call her bit*h. huh? wht? pardon? BITCH. like duhh~~~

hahaha.aku bukan seorang yang suka2 nak panggil seorang perempuan lain dgn panggilan 'bitch'.. as a muslim,, its not good... *mummy ayah didik dari kecik,, jgn cakap kasar,,tak elok.. ;P  

oke,then..back to the story..,, ermm.. stalker?? owh yeah...clue,clue CLUE!!!! she also hve a blog.. trust me, i just knew it.. selame ni x tawu pown pempuan tu ade blog..haha. tapi dah tuhan tunjukkan.. semua gara2 Sahabat Blogger.. thanks a lot SB..kalau tak,aku x tawu pown minachi nie..haha.

ape name blog dye?? huuuuu~~~ kalau aku mention kat sini, mesti meletop blog dye.. haha.. scary,scary... name blog dye.. ermm.. haha..  cehh.. x boleh la.. cian ar... so, straigth 2 d point,my dear(s)... apa yang membuatkan aku menulis enteri petang nie,,ialah sebab............

-pempuan tu kate aku BUDAK HINGUSAN.

>>> jap ea... dye penah ke tengok aku face-to-face? huhu..sekali pown x pernah.. inkan pulak nak cerita pasal hingus aku.. sangap sangat nk tengok hingus aku ke? haha..

-pempuan tu nak JUMPA aku.

>>> jap ea... tawu ke dye macam mane nak cari aku? kalau jumpe pown ape dye nak buat? MAKI? TAMPAR? or... gune care paling laku, TARIK2 TUDUNG? haha.. 

-pempuan tu janji akan buat aku MENDERITA.

>>> jap ea...dengan cara ape dye nak buat ak umenderita? SANTAU? SIHIR? atau paling cikai GANGGU AKU DALAM PHONE? jangan tambah dosa la cik kak oi... haha...


well,, to this person,, i knw u stalked my blog.. macam mane aku boleh tawu? sebab aku TAK SENGAJA nampak blog kau dan bace blog kau.. *huuuu..aww! terasa popular pulak.. sebab kau sudi cari blog aku.. sedangkan aku cume ternampak je blog kau.. kalau x sbab SB,aku x kan nak amek tawu hasil penulisan kau tu.. urghh.. please laa~~~ *with annoying face. =___="

so macam nie la..aku tahu kau tgh bace enteri aku nie.. panas x? mesti panas,kan? haha.. mcm tu la aku rase bila baca enteri kau pasal aku.. what the erk la... haha.. ehh,,haa..yang pasal kau nak jumpe aku tu kan., seriously la sayang,, aku tak kesah pown kalau kau nak jumpe aku.. xde masalah. masalah akan timbul bila kau touch aku. oopss! HATI2 SAYANG... so, before jumpe aku, ikat tangan n kaki kau dulu okayh? 

ONE MORE THING,, ouch please...jangan rendahkan maruah kau hanya sebab kes ni.. oh em gee.... please laa.. ape yang kau bangga2kan dgn aku dulu tu pown dh xde dengan kau sekarang.. so..,, ouw~~~so sad.. :(

=p

oke lah.. tu je.. maaf k.. aku tak suka gaduh dengan perempuan macam kau yang sangat2 plastik. thnks sudi stalked blog aku dan menjadi silent follower aku..,, muahks 4 that! :-* ahaha..


pesanan dari penaja : mengadap skrin laptop terlalu lama m'bahayakan mata.

13 February 2011

Tak Perlu Dengki..

assalamualaikum,,

13 february 2011,, Ya Allah,, kuat nye ujian yang kau beri.. 

rasanye, air mata aku dah sebaldi..

kepada silent follower aku,,aku doakan kau bahagia..walaupun kau doakan kemusnahan aku..


10 February 2011

menemui Pencipta (Allah)

assalamualaikum....

antara mati dan hidup..  -___- 

setiap yang hidup pasti akan mati. sama juga seperti kita manusia,khalifah dan hamba kepada Allah SWT. Kita tidak akan lari dari hari kemaatian. sem 2 ni aku banyak melihat insan2 sekelilingi aku kehilangan orang yang mereka sayang. kembali kepada Pencipta. Bila saat kita pula yang akan pergi bertemu-Nya? kalau lah kita ni mampu untuk mengetahuinya, bayangkanlah.....

Bila aku menadah tangan meminta dan berdoa. terasa satu perasaan timbul dalam hati aku. akuk tenung telapak tangan aku dalam2(tembus sampai ke karpet masjid tu). tenung lama2...(eh? kecik jugak tapak tangan aku ni ek?haha).. lama2 aku jadi sayu. 

DOSA?

ya allah,, banyaknye... >.<  Tuhan maha Pengampun..Ibadah aku??  Haihh... :( Tuhan boleh tarik nyawa aku bila2 masa saja. boleh ambil nyawa org2 yang aku sayang macam tu saja.

KEMATIAN?

ya allah,, aku takut...>.<  cuba bayangkan aku dimasukkan ke dalam liang lahat. keseorangan.. :/  ya allah,, aku takut..

aku terasa kecil sangat. melihat tapak tangan aku (yang konon kecik), aku seolah-olah terimbas-imbas dosa2 yang aku dah lakukan.. aku tersa bodoh. jahilnya aku... :(


ramai yang aku lihat gadis2 bertudung, yang sopan santun, cantik, alim.. bertuahnya mereka..

aku mungkin belum menjadi seorang gadis yang solehah. kadang2 aku cemburu. cemburu dengan kesempurnaan yang mereka miliki. mereka memegang kuat agama mereka. Islam di hati mereka. aku teringin untuk menjadi hamba allah yang solehah.


tapak tangan tadi aku tekupkan ke muka. 'Amin.....'~~~

ya allah,, terima ibadahku..,, ;'(


Kepada Azfar,, aida dan kawan2 harap azfar kuat, terima takdir Allah ni.. percayalah, Allah lebih menyayangi arwah.. semua ni ada hikmah. azfar kena yakin.. jangan terlalu ikutkan perasaan... apa2 kami semua akan sentiasa di sisi azfar...ingat tu! dan percayalah.. bukan sahaj ayah azfar,, tapi kita juga akan menghadapi saat itu.. yang pergi biarkan pergi.. teruskan hidup azfar.. kami semua sayangkan azfar. kita juga satu keluarga... Azfar kuat!! azfar ingat tu kay! :)

04 February 2011

Luahan gila dari aku

assalamualaikum..

pagi ni seperti biasa,, bangun awal... hmm... berat mataku untuk terbuka.. suara mummy yg menjerit dari bilik utama jelas kedengaran di bilik aku.. Owh itulah mummy aku yang sangat hebat dalam menjerit... -__-

dengan malasnye aku bangun harini... oh noo..hari ni dah hari jumaat.. aku pandang baby(laptop) aku... 'huu..assignment..' mengeluh dan aku teruskan langkah ku ke bilik air.. melangkah masuk ke bilik air,pertama sekali aku akan menatap muka aku di hadapan Makcik Minmin (cermin bilik air aku).. menilik muka aku yang x seberapa dan menilik eyebag yg semakin bermaharaja lela di lingkaran mataku..

*jrussshh!!! owh! sumpah air waktu pagi memang sejuk.. -__-' aku capai berus gigi dgn selamba tanpa memikirkan yang mane satu berus gigi aku atau adik aku.. (urgh..memang selalu tertukar..) selesai memberus gigi, aku kumuh.. *Bruuullf!! hah!! segar! aku capai pencuci muka,,aku basuh muka aku yg mcm nk tertidur balik ni sambil pejam mata..

keluar dari bilik mandi,, aku jalan slow2 masuk bilik..(jalan laju2 nti terjatuh dah susah..) aku pandang lagi Baby aku.. aku jenguk2 then aku dpt wallpost daripada Junior Debab aku tu.. pffftt..DEBAB!!! =__=" aku pown dengan penuh dendamnye, aku balas balik wallpost dye. rasakan!

aku kuatkan volume baby aku.. terdengarlah lagu blog aku yang jiwang bagai ni.. *zuuuppt!! aku terasa sentap!  Ya Allah..perlukah  aku merasakan perasaan ini? aku berdiri di hadapan cermin panjang di bilikku... aku tenung dalam2 kat cermin yang kosong itu...

tiba-tiba..pipi yang tadi aku usap2 time cuci muka kini dibasahi oleh air mata.. *masin air mata aku.. 

adakah perasaan ini akan terus menemani perjalanan kehidupanku? aku tertanya..dan terdiam. air mata aku kesat.



02 February 2011

COM 163!!! Arghh!!!!

COM 163!!!!!!!!!

Owh,, kenapa kau harus muncul dalam hidup aku??!!! 

Boleh tak kau ceraikan aku??!!

CERAIKAN AKU  WEYH!!

TOLONGLAH WEYH!!!!!!

kau tawu x,,betapa seksanya aku memikirkan assignment tentang kaw??!! sampai aku x tido dok fikir tajuk untuk menyiapkan kaw! aku tido 40 minit je taw!! tu pown aku TAK DAPAT lagi nk kasi kau name ape kat cover page assignment tu.. Sumpah weyh... kau sangat complicated! kau tawu tak aku sampai mengganggu emosi nad, miza, azfar, jenab sebab nak minta idea daripada diowang?!! kaw sedar x?! kau memang FISHBALL!!! 

*bak kate jenab.. 'Duniawi Je Semua NIh!!!' Arghh!!!!


"Ya Allah,, kau bantulah Aida Sofea dalam menyiapkan Assignment COM163 hari ni juga bersamaan 2 Februari 2011...sebelum 12.00 tgh malam nanti...Amin.." 

(korang dah bace kan?? secare x langsung,, korang dah pown doakan aku.. thanks sebab doakan aku.. Amin...) ~__~


aku harap,, lepas aku post ni,, aku dapat idea dgn tiba2.. pls magic..dtg la magic.. Ya Allah tolongla... -___-

Kalau Kau Baca..

Kalau kau baca,,

insyallah,, 'assalamualaikum' ini untukmu.

Mungkin kau sedang membaca enteri aku kali ni,, ye,, enteri ini untuk kau.. kau tawu,,kan? aku harap kau gembira dgn ape yang kau dah lakukan pada aku.. hey,, kau tiba2 cari aku balik.. dan kemudian...terus lenyap lagi..

permainan ape lagi sebenarnye?

puas agaknye lepas kau buat aku mcm ni.. aku x faham permainan kau.. Kalau lah aku dapat jumpa kau lagi lepas ni,, aku nak tampar kau sampai aku puas. boleh??

huh..kau mesti tengah tersengih bila aku kate aku nk tampar kau,kan? mesti kau fikir aku x sampai hati nak tampar kau.. 

mungkin betul. kudrat aku x sekuat kudrat yang kau ade.. tapi kalau betul kau sedang bace enteri aku kali ni..,, aku harap kau tahu ape aku rase sekarang..

satu je aku nak beritahu,,

larilah sejauh mana,, usahalah sekuat mungkin untuk lari dari aku,,tapi kau x kan ke mana selagi aku masih berdendam..


*kepada yang len2,, enteri ini bukan untuk korang k.. Peace.

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari