Para Penyiasat Saya

19 December 2010

mencurah-curah bhg 2 ^_^



Mengapa Ku Biarkan??


malam ini aku selami lagi kenangan kita
dan aku mula rasakan sesuatu
hakikat yang aku kini telah hilang
hilang entah ke mana
aku resah tetapi tidak mahu mencarinya

aku sememangnya rindu
rindu akan diriku dahulu
diriku yang telah hilang itu
rintihan tak berair mata dan tak berlagu
mengenangkannya itu nyata tersiksa
terkadang aku bertanya
"mengapa ku biarkan diriku terus hilang?"
kebiasaannya,, diam itulah jawapanku

dan hari berganti hari
aku masih meniti hidupku
hidupku yang kian kosong
yang kehilangan tuannya

dan sambil melayan sepiku
terkadang aku bertanya lagi
"mengapa ku biarkan diriku terus hilang?"

ada jawapannya
namun berat untuk aku ungkapkan
ku biarkan kerana diriku hilang sejak kau tinggalkan aku
diriku yang dahulu pasti kembali andai kau juga kembali
aku terus biarkan
kerana aku sedar kau pergi tak kembali...





Ku Coretkan Sedikit..

hari ini aku sendiri lagi
walhal di sekelilingku penuh manusia
manusia-manusia dengan kehidupan sendiri
aku terasa sendiri dan hanya mampu memerhati

melihat telatah dan gelagat
kadang-kala menghiburkan jiwa kosongku
dan terukirlah segaris senyuman yang sementara
lalu sepiku kembali semula

kau bagaimana??
ku ingin tahu,, tapi tiada coretan antara kita..
ku berkawan dengan angin
angin l=kau smpaikanlahh salamku padanya
ku berkawan dengan bulan
bulan kau terangilah gelap malamnya
terima kasih,,kawan..




Terlintas!!

haa... lagu dan lagu lagi..
nada dan nada lagi..
hidupku ditemani warna warni musik

apa yang terlintas??
urmm.. tentunya kamu..

mengapa terlintas??
kerana ia tentang dirimu..

hanya kisah kau dan aku
yang dulu sangkaku kita akan bersatu
sedang aku rupanya alpa..
ALLAH itu tuhan yang satu
jodoh bukan tulisan kau mahupun aku..

nada yang terus beralun, aku biarkan..
kenangan yang sedang melintas,
aku biarkan terlintas..
kerana aku rela ia terus terlintas daripada ianya berulang lagi..
menyakiti dan menyiksaku tanpa belas..

No comments:

Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari