Para Penyiasat Saya

10 November 2012

Terakhir

Bismillah.. Assalamualaikum..

Aku dah fikir masak-masak. Aku tak akan update lagi apa-apa kat blog ni.

YA. PASTI!

Aku dah buat keputusan untuk create blog baru. :)

Dan aku nak biarkan semua cerita lama dalam blog ni.

Hmmm... tak tau apa nama blog baru. Tapi aku akan update kat Facebook nanti ye. ;)

By the way, life is too wonderful when we know how make it..  AllahuAkhbar.


_THE END_

16 October 2012

Judi Vs Perang

Assalamualaikum.. Bismillah...

Selalu kita dengar, 'hidup itu seperti satu perjudian'. Ada kala kita akan dapat untung, ada kala kita rugi.

Bagi aku, hidup itu satu peperangan. 

Sama ada nak atau tidak, kita terpaksa berhadapan dengan peperangan ini. Di mana samada kita akan mati di medan perang, atau kita akan hidup selamat dengan kemenangan sehingga semuanya selesai.

Manusia boleh guna pelbagai senjata untuk menang. Dan pelbagai cara untuk kekal selamat.

Perjudian. Itu satu keghairahan untuk menang.
Peperangan. Bukan satu perjudian atau permainan. Ia satu tanggujawab dan kewajipan.

Manusia tetap akan mati. Tetapi biarlah mati setelah terselamat dari peperangan da memegang sebuah kemenangan. 



13 October 2012

Trust Me

Assalamualaikum, bismillah...

Mungkin kau boleh salahkan aku..
Aku membenarkan sesiapa sahaja untuk muncul dalam hidup aku..
Tetapi tidak dalam kisah cinta aku..

Aku akan tunggu kau selagi aku mampu..
Trust me, Pelangi.
:')

08 September 2012

Bila dah bersedia, cari saya balik

Dia: Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!

Saya: Ok, boleh je tade masalah. Couple ke?

Dia: Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

...

Saya: Ok. Bila nak kahwin?

Dia: Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

Saya: Ok, kita putus sekarang gak.

Dia: Eh, kenapa?????

Saya: Tiga sebab;

Satu: "awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka."

Dua: "kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama."

Tiga: "lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. "Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah." No."

dia: Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.

saya: "Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon." Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Ok, saya letak tepon dulu. Salam.

dia: Wslm.

Tut ~ Tut

05 September 2012

Untitled :'(

31 Ogos 2012.
Sekali lagi single.
Bermaksud..sunyi lagi.

Maafkan Aida, Ejal..
Aida masih sayang dia.. 
Aida tak sanggu beri harapan pada orang sebaik Ejal.
Terasa bodoh. Sebab Aida lepaskan Ejal. 
Terasa kejam. Sebab Aida lah punca segala-galanya.

Maaf Ejal.. :( Aida minta maaf. Aida yang salah. Aida tak patut terlalu yakin yang Aida boleh buka pintu hati Aida untuk Ejal selepas dia.. :( Maafkan Aida, Ejal. Maaf Ejal...




Apa yang Ejal rancang,
Tentang masa depan kita,
Tentang semua,
Maafkan Aida,
Aida dah musnahkan impian Ejal..

Aku sayang kau..
Tapi maafkan aku..
Aku tak sanggup menipu kau..
Sayang diantara kita masih belum mampu menyentuh sedikit pun perasaan aku pada dia.. :'(
Maaf Ejal..
Ampunkan Aida.. Memang salah Aida.
Tapi sejak awal, bukan niat Aida untuk main-mainkan Ejal.
Sebaliknya, Aida cuba sedaya upaya Aida untuk betul-betul terima Ejal.
Sebab Aida betul-betul nak lupakan dia..

Maafkan Aida, Ejal.. 
Aida banyak buat Ejal tersinggung..
Kalau lah Aida boleh buat apa sahaja, Aida nak Allah tak pertemukan kita berdua,Ejal..

Maafkan Aida sebab muncul dalam hidup Ejal..
Aida minta maaf sangat-sangat Ejal.. :'(

Semoga Allah berikan kita lebih banyak petunjuk..
Tiada siapa yang tahu siapa jodoh mereka..
Kalau kau pemilik tulang rusuk itu, Allah tahu untuk satukan kita..
Jika tidak,, Allah itu Maha Mengetahui, Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya..
Insyaallah..

Nazarudin bin Selamat, Maafkan Aku.. Selamat Tinggal.. (1Jun2012-31Ogos2012)


*Pelangi, aku tak mampu.

29 July 2012

Dosa Semalam.

Dosa semalam aku intai
Dan titis-titis air mata menunggu untuk keluar
Melepaskan kekesalan...

Gelapnya Ya Allah,
Terbiar aku di situ
Dunia aku gelap taktala itu
Mencari cahaya; tidak
Diberi cahaya; menolak...

Ampunkan aku Ya Allah.
Ganasnya angin kau pukul jasadku
Pukulah aku libas keluar segala dosaku !

Dan airmata deraslah kau keluar
Cuci segala kekotoranku
Aku butuh kesucian
Aku butuh keampuanan
Agar bersih di mataMu, Tuhan..

12 July 2012

Jumpa Cinta

Assalamualaikum dan Bismillah...

Entah kenapa rajin pula nak menjenguk blog yang dah bersawang ni. Dengan line enternet yang ala-ala siput bab* ni.. Gigihkan juga lah nak mengadu kat blog sendiri.

Bertunang?

Sebelum bertunang ada apa ye?

Merisik?

Merisik tu akan adanya perbincangan antara dua buah keluarga pasangan yang ingin mendirikan masjid.

Sekarang ni kat kampus ceritanya tak habis-habis tanya betul ke aku nak bertunang..?
Ya Allah... Sumpah aku sendiri pun tak tahu aku nak bertunang ke tidak.. 
hmm..??

Ceritanya, aku tak sedia lagi. itu ceritanya. OK?

Aku tahu kau dah jumpa pengganti aku AS.... Her name is Dara Mulia. :') entah, tapi rasa terkilan sangat sebab orang yang kau pilih sekarang bukan seperti apa yang kau nak dulu. Kau sendiri tahu orang yang macam mana kau nak.. Tapi akhirnya kau pilih orang yang macam tu.

AS, kau dah banyak berubah since kita putus.. Pendirian kau berubah ! Kau dah lupa apa yang kau nak.. Ramai yang kata kau akan mainkan DM.. entah. Kau sahaja yang tahu niat kau bersama DM sekarang. Aku doakan kau bahagia..

Biarkan aku tetap menyayangi kau dari jauh, merindui kau dalam senyap.. 

Ramai yang suruh aku move on. Aku sedang move on la ni.. tapi dengan membawa sekali nama kau.. Aku rasa bahagia sangat bila ada ketika aku teringatkan tentang kau dan aku rasa sedih. Kemuncak rasa bahagia itu bila aku akhirnya menangis bila terlalu rindu dengan kau AS.. Ya Allah, bahagianya aku mencintai orang yang aku sayang dalam senyap, tanpa orang itu tahu...

Aku jumpa cinta aku iaitu kau. :')




Mungkin Ini Cerita Yang Anda Cari